WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, February 6, 2010

SUDAH TERHANTUK....HANTUK LAGI SEKALI!!!

(Jet ini mempunyai enjin yang hanya bersaiz "kotak mancis"..sebab itu senang diseludup keluar negara)


Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

Sumber : Bernama


JEBAT_BERANI : SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH....BILA DAH HILANG ENJIN F-5E NIE BARULAH BERSUNGGUH NAK BUAT KERJA...SEDANGKAN JIKA LANGKAH KESELAMATAN DIAMBIL PERKARA SEUMPAMA INI TIDAK AKAN TERJADI...NAMUN AKIBAT SIKAP TIDAK TELUS DALAM MENGENDALIKAN URUSAN KETENTERAAN DAN PERTAHANAN NEGARA MENGAKIBATKAN ENJIN INI BERJAYA DISELUDUP KELUAR NEGARA HANYA OLEH SEORANG PEGAWAI TUDM BERPANGKAT SARJAN(kata die orang la..hamba tak percaya)....NYATA SEKALI DIBAWAH PENTADBIRAN P-END NAJIB ALTANTUYA NEGARA KITA BERADA DALAM KEADAAN TIDAK SELAMAT....TIDAK CUKUP DENGAN KEHILANGAN ENJIN F-5E KINI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DIDEDARKAN PULA DENGAN ISU KEBOCORAN MATLUMAT SULIT ATM...SAPA PUNYA ANGKARA HAMBA TAK TAHU...TAPI YANG PASTI ADANYA PENGKHIANAT NEGARA DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA..DAN SEKIRANYA PERKARA INI TIDAK DIAMBIL BERAT HAMBA YAKIN AKAN ADA LAGI PERBUATAN KHIANAT YANG BERLAKU DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA INI...

2 comments:

  1. Sampai kat Uruguay tu,pakai pos laju agaknya sebab tu kerajaan tak dapat kesan.

    ReplyDelete
  2. ITULAH HEBATNYA PENANGAN SEORANG "SARJAN"....MALU PEGAWAI SEPERTI LEFTENAN DAN KAPTEN YANG TAK MAMPU MELAKUKAN SEPERTI MANA DILAKUKAN OLEH SEORANG YANG BERPANGKAT "SARJAN" INI...

    SAPA YE MENTERI PERTAHAN YANG BERTANGGUNGJAWAB KETIKA ITU...SENYAP JERK DIE....TAK ADA APA YANG NAK DIKATAKAN KE??ATAU LIDAH SUDAH KELU SERIBU BAHASA...HEHEHEHE

    ReplyDelete