WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, February 15, 2010

TOK GURU NIK AZIZ KUNJUNGI RUMAH TERBUKA KAUM TIONGHUA


Rizal Tahir

KOTA BHARU, 14 Feb: Sempena Tahun Baru Cina hari ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut mengunjungi beberapa orang pemimpin masyarakat Tionghua.

Bagi menzahirkan seorang pemimpin Islam yang memimpin pelbagai lapisan masyarakat dan lapisan kaum, pagi tadi beliau mengunjungi beberapa buah pemimpin masyarakat itu di negeri ini.

Kira-kira pukul 10.00 pagi, beliau meluangkan masa ke rumah pemilik Syarikat SBJ, Datuk Tan.Kemudian beliau ke rumah Kenny Chia pula.Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dan lain-lain pemimpin kerajaan.Para tamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti sate dan roti jala.

Kenny mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru serta timbalannya yang sudi mengunjungi rumah beliau sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.

“Moga dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kedua orang pemimpin berkenaan akan menambahkan lagi keharmonian dalam negeri ini,” ujarnya.

Sumber : harakah Daily

JEBAT_BERANI : KUNJUNGAN TOK GURU NIK AZIZ INIMNCERMINKAN SIKAP TERBUKA BELIAU TERHADAP LAIN-LAIN KAUM DI NEGERI KELANTAN SELAGI MANA IANYA TIDAK MENYALAHI AGAMA ISLAM...

KUNJUNGAN INI JUGA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT MUHIBAH DIANTARA RAKYAT KELANTAN YANG BERBILANG KAUM.MALAH ISLAM SENDIR MENGANJURKAN AGAR KITA SALING ZIARAH MENZIARAHI ANTARA KITA WALAUPUN BERBEZA AGAMA DAN BANGSA....

No comments:

Post a Comment