WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, February 16, 2010

TOK GURU NIK AZIZ : AMBO TOK SEKAT HIBURE!!!

(Golongan artis kini sudah mula mendekati PAS)



KOTA BHARU: Kerajaan pimpinan Pas di Kelantan tidak pernah menyekat pertunjukan hiburan, cuma mengawal dari segi peraturannya supaya tidak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Islam, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, ia kerana Islam tidak menegah seseorang daripada menghayati hiburan, asalkan tidak melalaikan kerana ia sudah menjadi fitrah yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.

"Malah, Nabi Muhammad (S.A.W) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (Pas) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem 'Ketika Cinta Bertasbih', Habibul Rahman di sini, hari ini.

Oleh itu, kata Nik Abdul Aziz, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya menikmati hiburan mengikut peraturan.

Ditanya syarat pertunjukan hiburan di negeri ini yang agak ketat menyebabkan artis dan penganjur tidak berminat mengadakan pertunjukan di Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, ia terletak kepada mereka.

"Jika artis wanita yang datang ke sini boleh pakai tudung kepala dengan baik, tidak ada sebab mereka tidak boleh mengadakan pertunjukan hiburan di negeri ini jika mereka boleh ikut peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen hiburan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa agama negeri ini," katanya.

Sementara itu, Wardina berkata, beliau amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, yang menghargai kehadirannya ke negeri ini sebagai ikon kepada persembahan hiburan Islam.

"Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik Abdul Aziz," katanya. -

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : PAS BUKAN ANTI PADA HIBURAN...KERANA ISLAM ITU SENDIRI TIDAK PERNAH MENGHALANG PENGANUTNYA UNTUK BERHIBUR...CUMA ISLAM TELAH MELETAKAN GARIS PANDUAN DALAM BERHIBUR YANG MESTI DIPATUHI OLEH ORANG-ORANG ISLAM..


HIBURAN TANPA BATASAN ITU SENDIRI BOLEH MEROSAKAN NILAI-NILAI SENI DALAM HIBURAN...HIBURAN DALAM ISLAM MENITIK BERATKAN ASPEK DAKWAH DAN PERADAPAN SERTA MEMASTIKAN BAHAWA IANYA TIDAK MELALAIKAN...



HARI INI KITA BOLEH MELIHAT MUSIBAH DARI HIBURAN YANG TIDAK TERKAWAL...PELBAGAI GEJALA SOSIAL DAN MAKSIAT BERLAKU KERANA MENGIKUT KAEDAH BERHIBUR YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM...



HARI INI KITA JUGA TELAH MELIHAT ARTIS-ARTIS TANAH AIR MULA MEMAHAMI SEKATAN YANG DIKENAKAN OLEH PAS SEBELUM INI TERHADAP MEREKA..DAN KINI MEREKA SUDAH BOLEH TAMPIL MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KERAJAAN PAS KELANTAN...



INI MENUNJUKAN BAHAWA PARA ARTIS TANAH AIR BOLEH DIDIDIK MEMBERI HIBURAN MENGIKUT APA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH AJARAN ISLAM..MEREKA INI PERLU DITEGUR DAN DILETAKAN GARIS PANDUAN AGAR MEREKA TIDAK TERBABAS DALAM MENGHIBURKAN MASYARAKAT
. HARI INI...

2 comments:

  1. Assalamualaikum jebat.
    Hamba Panglima7. Dari segi sosial dan adat, Jebat dan Panglima mestilah berkawan rapat. betul tak.

    layarilah laman web ambe. We are friend kekanda Jebat.
    http://daulatpang5.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Jebat Berani;

    How to regulate entertainment? What's your stand?

    ReplyDelete