WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, February 15, 2010

UMNO NAK PANDIRKAN RAKYAT TAPI SEBENARNYA UMNOLAH YANG PANDIR

(Gambar sekadar hiasan)

Anak Sengat
Isu perarakan Maulidurrasul mula menjadi isu politik yang lebih bersifat perkauman. Memang umNO menggunakan isu agam adan kaum untuk menguasai pengundi melayu, sebaliknya bagi pengundi bukan melayu mereka akan dipengaruhi melalui peruntukan.

Di saat orang melayu dilalaikan dengan isu nama Allah, orang bukan melayu diberi peruntukan. Di Perak sebagai contohnya... mereka dianugerahkan dengan lot tanah, peruntukan untuk SJKC/T, dan berbagai peruntukan lain lagi. Sayangnya melayu terus dihangatkan dengan isu yang datang dan pergi. Lebih malang lagi isu itu pula ialah isu yang bukan keputusan yang diangkat menjadi isu negara.

Di saat TPM mensifatkan pembatalan itu sebagai satu penghinaan terhadap Islam, Khairy Jamaludin juga mensifatkannya sebagai satu penghinaan. Lim Guan Eng sebagai ketua Menteri Pulau Pinang menafikannya dan Abd Malek pula telah menjelaskan kekeliruan tersebut.

Isu perarakan sempena Maulidurrasul hanyalah satu program tradisi. Ia dijadikan amalan masyarakat Malaysia. Ia bukan tuntutan agama.. bukan syariat, hanya mungkin bersifat syiar.

Diadakan atau tidak perarakan itu tidak penting, namun mengisi program yang bermanfaat adalah agenda utama yang disarankan untuk menghargai sambutan tersebut. Apa guna dihabiskan wang yang banyak hanya untuk berarak jika yang berarak itu pula ada yang tak solat lantaran letih berarak.

Berarak atau tidak bukan isu. Isunya orang melayu dilenakan dengan isu yang tidak membawa mereka kemana mana. Di saat bangsa lain menuntut sesuatu yang bersifat nyata danmenguntungkan, umNO mempermainkan bangsa melayu dengan isu yang akan berlalu begittu sahaja. Inilah politik membodohkan melayu yang diamalkan umNO.

Benarlah kisah Pak Pandir... menang sorak , kampung tergadai.....umNOlah yang mengajar bangsa melayu menggadai kampung dan negeri mereka

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI UM-NO/BE-END MEMANG SUKA MELIHAT RAKYAT MENJADI "BODOH" AGAR SENANG MEREKA PERKUDAKAN...TIDAK MEMAHAMI YANG MANA SATU ADAT DAN YANG MANA SATU TUNTUTAN AGAMA MENJADIKAN UM-NO YANG SEBENARNYA PANDIR....MENGUTAKAN APA YANG DIPANGGIL ADAT LEBIH DARI APA YANG DIFARDHUKAN OLEH AGAMA SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI CARA UM-NO...BIARKAN MEREKA HANYUT DENGAN KESOMBONGAN MEREKA...

No comments:

Post a Comment