WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, February 19, 2010

TIADA LAGI PELUANG UNTUK MU DUHAI IBRAHIM "KATAK"!!!


KUALA LUMPUR, Feb 18 — PAS tidak akan memberi laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding semula di kubu kuatnya di bahagian Parlimen Pasir Mas, Kelantan atas lambang parti itu pada pilihan raya umum akan datang. “Tidak, kami tidak akan membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS lagi... apa yang diputuskan pada tahun 2008 bersifat sekali sahaja, itu adalah keputusan ‘one-off’,” kata ahli jawatankuasa PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata pihaknya sudah memutuskan dari dahulu lagi bahawa ruang yang diberikan kepada Ibrahim dua tahun lalu hanya bersifat “sekali sahaja”.“Keputusan ini bukan yang baru, memang dari dulu lagi kami sudah memutuskan demikian. Pada pilihan raya umum akan datang PAS akan meletakkan calon di kerusi Pasir Mas, sama ada Ibrahim Ali tanding atau tidak, PAS tetap akan meletakkan calon sendiri,” kata bekas pengarah pilihan raya PAS Kelantan ini.

“Keadaan 2008 tidak akan berulang, sebaliknya jika PAS letak calon, BN letak calon, Ibrahim juga mahu bertanding, maka akan ada saingan tiga penjuru... balik kepada keadaan asal seperti tahun 2004 di mana beliau kalah teruk,” kata Wan Abdul Rahim yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Sebelum ini Ibrahim, ahli Parlimen Bebas pernah berkata bahawa walaupun beliau telah memutuskan kerjasama dengan PAS tetapi “hubungan di segi sahabat, berkongsi maklumat dan cita-cita politik masih macam biasa”.“Saya kekal sebagai calon Bebas, maknanya, saya boleh berkawan dengan sesiapa, boleh bertegur sapa dengan sesiapa, kritik sesiapa, dan semuanya boleh kritik dan hentam saya.

“Maksudnya (saya) tidak memihak pada mana-mana pihak tetapi bebas,” katanya.
Ibrahim menjadi ahli Umno sejak 1981 tetapi telah dipecat pada 2003.
Ekoran tindakan itu, Ibrahim bertanding di kawasan Pasir Mas pada 2004 sebagai calon Bebas tetapi gagal.Pada tahun 2008, Ibrahim bertanding menggunakan simbol PAS tetapi duduk di Dewan Rakyat atas kapasiti sebagai calon Bebas.
PAS menawarkan Ibrahim untuk menggunakan simbolnya.

Pada tahun 2004 kerusi Pasir Mas dimenangi calon PAS iaitu Ismail Noh yang memperoleh 17,526 undi manakala calon BN, Abd Rahim Abd Rahman mendapat 16,275 dan Ibrahim pula 6,198.Dua tahun lalu, Ibrahim menerima 28,673 undi manakala calon BN, Ahmad Rosdi Mahmud 19,682.

“Permusuhan” antara PAS dan Ibrahim mula tercetus awal tahun lalu selepas wakil rakyat itu dilihat mengkritik semua pihak tidak kira parti termasuk Pakatan Rakyat.
Situasi itu menyebabkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta beliau meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi berkenaan.Ibrahim kemudian menubuhkan Majlis Bertindak Rakyat Kelantan (MTRK) dan yang terbaru Perkasa.

Wan Rahim juga berkata berdasarkan maklumat yang beliau terima kemungkinan Umno juga akan meletakkan calonnya Pasir Mas dalam pilihan raya umum akan datang.Walaupun Perkasa dikatakan menjadi pertubuhan bukan kerajaan yang mencabar peranan Umno tetapi parti dominasi BN itu menganggap Ibrahim sebagai rakan mereka.

Sumber : The Malaysian Insider

JEBAT_BERANI : IBRAHIM KATAK NYATAA TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH KEPADA PAS DAN JUGA PENGUNDI PAS YANG SANGGUP MENGUNDI BELIAU PADA PILIHANRAYA UMUM 2008...KEMENANGAN YANG BELIAU KECAPI ADALAH HASIL DARI PERTOLONGAN JENTERA PASTI PAS.BELIAU TIDAK MUNGKINN MAMPU MEMENANGI PILIHANRAYA TERSEBUT BERSENDIRIAN..

PERBUATAN IBRAHIM KATAK INI UMPAMA MELEPASKAN ANJING TERSEPIT...BELIAU KEMBALI MENYERANG PAKATAN RAKYAT SELEPAS MEMENANGI PILIHANRAYA TERSEBUT...BELIAU TELAH LUPA AKAN IKRAR BELIAU UNTUK BERKERJASAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT DAN BERJUANG DEMI RAKYAT..BELIAU KINI TELAH KEMBALI MENJADI BONEKA UM-NO/BE-END KERANA KERAP KALI KELIHATAN DI MANA-MANA DEMONSTRASI ANJURAN UM-NO/BE-END..

PERBUATAN IBRAHIM KATAK INI MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BENAR-BENAR MEMPUNYAI SEMANGAT "KATAK" YANG TAK MUNGKIN AKAN KITA LIHAT PADA MANA-MANA ORANG LAIN..BELIAU JUGA MERUPAKAN PELOPOR KATAK-KATAK DI MALAYSIA....TAPI PERCAYALAH KATA-KATA HAMBA...KATAK INI TIDAK AKAN BERBUNYI LAGI PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG..APAKAH UM-NO/BE-END AKAN MENGAMBIL BELIAU SEBAGAI CALON??TIDAK SAMA SEKALI!!!DAN UNTUK KEMBALI KEPADA PAS JANGAN DIHARAP...KERANA PISANG TAK MUNGKIN BERBUAH DUA KALI...

No comments:

Post a Comment