WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, February 20, 2010

YB ZUL DAPAT PELUANG KEDUA..JANGAN PULA TUNGGU PELUANG KE-3,KE-4 ATAU KE-5!!!

Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin (kiri) diberikan peluang kedua oleh lembaga disiplin partinya itu.

Dia sepatutnya 'menghadap' lembaga disipin PKR malam semalam tetapi menurut timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan akhbar semalam, telah 'melarikan diri' ke Korea Selatan.

Zulklifi kini dilaporkan di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain sejak Rabu lalu dan dijadualkan akan hanya pulang ke tanah air pada 25 Feb ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi hari ini berkata “Zul kini diberi peluang bagi mempertahankan dirinya.”

Menurut Saifuddin (kanan), lembaga disiplin PKR bermesyuarat seketika malam semalam dan mengambil keputusan untuk memberikan Zulklifi peluang bagi mempertahankan dirinya berhubung beberapa dakwaan.


“Jawatankuasa disiplin mengambil keputusan untuk bermesyuarat sekali lagi pada 1 Mac depan,” kata ahli parlimen dari Lunas itu.

“Meskipun Zul bertubi-tubi menyerang partinya, pemimpin utama, Anwar Ibrahim, pemimpin kanan yang lain termasuk juga jawatankuasa disiplin, namun PKR tetap meletakkan proses keadilan mengatasi segala-galanya. Kesnya akan didengar dan semua fakta akan diambil kira.”

Malaysiakini juga menghubungi pengerusi jawatankuasa disipilin PKR, Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer tetapi beliau enggan mengulas, tetapi sebaliknya merujuk kami kepada Saifuddin.

Zulkifli sebelum ini mempertikaikan pemilihan tarikh berkenaan kerana mendakwa PKR sengaja memilih hari ketika dia berada di luar negara.

Ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga didakwa gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu dan memaklumkan kepada mereka mengenai kesesuaian tarikh yang dipilih itu.

Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : BAK KATA ORAN TUA-TUA..PELUANG KEDUA JANGAN DISIA-SIAKAN...JIKA YB ZUL BENAR-BENAR MERASAKAN DIRINYA DI PIHAK YANG BENAR MAKA BELIAU HARUS BERANI BERHADAPAN DENGAN JAWATAN KUASA DISPLIN INI...PERBETULKAN MANA-MANA YANG DIRASAKAN TIDAK BETUL...BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH...JIKA SESAT PULANGLAH KE PPANGKAL JALAN.....INSAALLAH KEBENARAN AKAN MENANG JUA AKHIRNYA..............

No comments:

Post a Comment