WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, February 8, 2010

MUSTAPA MOHAMMED PENGKHIANAT RAKYAT KELANTAN!!!



Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 7 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana didakwa bertindak di luar bidang kuasa berhubung wang ehsan negeri itu.

Laporan berkenaan dibuat anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah yang juga seorang peguam.

Mustapa sebelum ini dilaporkan menyebut Perhubungan Umno Kelantan akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan projek hasil wang ehsan.

Abdul Rashid berkata, tindakan Umno Kelantan itu bersalahan dengan bidang kuasa mereka yang tidak pernah diberi oleh kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan hasil berkaitan royalti petroleum.

Katanya, keghairahan pemimpin Umno terbabit dibimbangi boleh menyebabkan berlaku penyelewengan terhadap penyaluran wang tersebut.

“Oleh yang demikian saya memohon pihak SPRM mengadakan siasatan bagaimana yang diperuntuk di bawah Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM di sini.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, laporan itu dibuat bertujuan membolehkan SPRM menyiasat memandangkan usaha tersebut dibimbangi berlakunya penyelewengan duit dari hasil royalti petroleum.

Menurutnya, pengendalikan wang royalti di bawah agensi yang dipertikaikan rakyat Kelantan seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dianggap satu cara yang tidak sah.

“Tindakan Ketua Umno Jeli itu di luar bidang kuasa Umno Kelantan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat,” katanya.

Hadir sama di pejabat SPRM, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Hisyam Fauzi, bendahari, Wan Azimin Wan Adnan dan exco dewan berkenaan.

Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : SUNGGUH MEMALUKAN RAKYAT KELANTAN!!SEBAGAI ANAK JATI KELANTAN SEPATUTNYA MISTAFA MOHAMMED BERSAMA-SAMA RAKYAT KELANTAN MENUNTUT ROYALTI MINYAK INI...NAMUN BELIAU NAMPAKNYA LEBIH SUKA MENJADI "PENGKHIANAT" KEPADA RAKYAT KELANTAN...
SEPATUTNYA MUSTAFA MOHAMMED MENCONTOHI TENGKU RAZALEIGH HAMZAM YANG SANGGUP MENGENEPIKAN FAHAMAN POLITIK MEMPERJUANGKAN TUNTUTAN ROYALTI MINYAK INI DEMI KEBAIKAN RAKYAT KELANTAN...INI KERANA TUNTUTAN ROYALTI MINYAK INI BUKAN BERKAITAN DENGAN POLITIK TAPI IANYA ADALAH DEMI PEMBANGUNAN DAN KEBAIKAN RAKYAT KELANTAN...
SEBARANG USAHA MENAFIKAN HAK KELANTAN MENDAPATKAN ROYALTI MINYAK INI BERMAKNA MENAFIKAN HAK RAKYAT UNTUK HIDUP LEBIH SELESA..DAN JUGA PENAFIAN INI BERMAKNA MEREKA MEMUSUHI RAKYAT KELANTAN..KERANA RAKYAT KELANTAN TIDAK SAMA SEKALI AKAN MEMBIARKAN HAK MEREKA "DIROMPAK" BEGITU SAHAJA...

No comments:

Post a Comment