WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, February 6, 2010

ROYALTI @ EHSAN SERAHKAN PADA KERAJAAN KELANTAN!!


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi jaminan sebarang wang pemberian daripada Kerajaan Pusat, sama ada wang royalti atau ihsan tidak akan disalahgunakan dan sampai kepada rakyat jika disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata pengalaman mentadbir Kelantan kira-kira 20 tahun membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS tidak menyeleweng atau menyalahgunakan wang yang diperuntukkan bagi kepentingan rakyat.

"Kami boleh mengurus dan mentadbir sendiri wang daripada Kerajaan Pusat itu, walaupun tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Baharu.

Nik Aziz berkata demikian mengulas mengenai cadangan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan wang ihsan melalui JPP dan tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri itu kerana dikhuatiri tidak sampai ke matlamat asal untuk kepentingan
rakyat.

"Sepanjang 20 tahun mentadbir negeri ini, pegawai kami amanah, tidak rasuah dan inilah yang ditarbiahkan supaya menjadi manusia yang beriman dan bertakwa," kata Nik Aziz.

Ditanya mengenai kenyataannya semalam yang mengajak Umno duduk semeja untuk membincangkan isu agama, Nik Aziz berkata beliau bersedia bila-bila masa untuk mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai agama Islam.

Menurutnya persoalan yang beliau ingin tekankan ialah mengapa Umno menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau berkata jika Umno berjaya menjelaskan kepada PAS bahawa prinsip perjuangan yang dibawa parti menyalahi Islam, beliau bersedia menerima Umno.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : PAS KELANTAN YANG DITERAJUI TOK GURU NIK AZIZ TELAH MEMBUKTIKAN SELAMA 20 TAHUN MEMERINTAH KELANTAN BELIAU BERJAYA MENGURUSKAN KEWANGAN KELANTAN DENGAN BAIK DAN TELUS BERBANDING KETIKA UM-NO MEMERINTAH KELANTAN...

TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA NAJIB ALTANTUYA HENDAK MENGAGIHKAN WANG EHSAN KEPADA JPP AMAT-AMAT DIRAGUI AKAN KETELUSANNYA JIKA MENGAMBIL KIRA APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU DAN JUGA SEJARAH UM-NO MEMERINTAH KELANTAN....

DIBIMBANGI WANH EHSAN INI BUKAN SAHAJA TIDAK SAMPAI KEPADA RAKYAT TETAPI DISALAH GUNAKAN OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI...INI KERANA SEMEMANGNYA SUDAH DIKETAHUI BAHAWA UM-NO SEMEMANGNYA TIDAK BOLEH DIHARAP UNTUK MENJAGA WANG RAKYAT...MEREKA AKAN MEGHABISKAN WANG RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN PRIBADI SEBAGAIMANA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN SEKARANG....

JIKA UM-NO BENAR-BENAR HENDAK MEMBERIKAN WANG EHSAN INI IANYA HARUS DIBERIKAN TERUS KEPADA KERAJAAN KELANTAN TANPA MELALUI JPP..JIKA TIDAK GERAKAN MENUNTUT ROYALTI MINYAK INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGA RAKYAT KELANTAN MENDAPAT HAK MEREKA INI..KITA TIDAK BOLEH TERS-TERUS MEMBIARKAN UM-NO/BE-END MEROMPAK HAK RAKYAT...PERJUANGAN INI MESTI DITERUSKAN SEHINGGA WANG RAKYAT DIKEMBALIKAN...

No comments:

Post a Comment