Tindakan Umno Pahang menggunakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menjalankan program politik kerana tidak tahu wujudnya akta yang melarangnya menunjukkan mereka “jahil undang-undang”, kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.
Umno, kata beliau, sepatutnya lebih bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu kerana pemimpinnya dalam kerajaan terlibat menggubal Akta UiTM itu sebelum ini.
“Kejahilan Umno Pahang ini sangat mendukacitakan kerana mereka memperlakukan harta kerajaan seperti harta mak bapak mereka,” katanya.
Semalam Umno Pahang dilaporkan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penggunaan kemudahan UiTM di kampus Jengka untuk konvensyen Umno negeri yang dijadual bermula petang ini.
Setiausaha Umno negeri, Abdul Rahim Abas berkata, pihaknya bersikap telus dengan dan telah mendapat kebenaran universiti itu - yang dijadual dirasmikan oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Rahim juga dilaporkan berkata, pihaknya tidak tahu mengenai kewujudan akta tersebut serta tidak dimaklumkan oleh UiTM berhubung perkara itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga berkata, Umno negeri sebagai penyewa diharapkan benar-benar membuat pembayaran bagi kemudahan yang digunakannnya di universiti itu.
“Sudah ada beberapa kes dilaporkan yang mana Umno menempah, menyewa dan mengunakan sesuatu kemudahan tetapi mereka tidak bayar dan kes dibawa ke mahkamah.
“Kes-kes ini tidak termasuk kes pengunaan fasiliti seperti dewan orang ramai, tabika Kemas dan padang-padang awam yang sering digunakan Umno secara percuma selama ini,” katanya.
Idris juga mendesak UiTM mendedahkan kadar sewaan yang dikenakan kepada Umno negeri itu.
Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : APAKAH DAH TAK CUKUP DEWAN DAN HOTEL-HOTEL MEWAH DALAM MALAYSIA INI UNTUK UM-NO MENGADAKAN AKTIVITI MEREKA??KALAU DULU BUKAN MAIN LANTANG MELARANG PARA MAHASISWA TERLIBAT DENGAN POLITIK,TAPI MENGAPA KINI MEREKA HENDAK MEMBUAT PROGRAM DALAM KAMPUS PELAJAR??TIDAKKAH INI BERMAKSUD MEREKA CUBA MEMPENGARUHI PARA PELAJAR??
KALAU BENAR UITM MENGGENAKAN SEWA KEPADA UM-NO BAGI MENGADAKAN AKTIVITI MEREKA APAKAH PIHAK UITM JUGA BOLEH MEMBERIKAN RUANG KEPADA PAKATAN RAKYAT UNTUK MENYEWA UITM BAGI MENGADAKAN SEBARANG AKTIVITI??SUDAH TENTU PIHAK UITM TIDAK AKAN MEMBERI KEBENARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGADA SEBARANG AKTIVITI DI DALAM UITM...
NAMPAKNYA PIHAK PENGURUSAN UITM JUGA TURUT BERSUBAHAT DENGAN UM-NO BAGI MEMBENARKAN UM-NO MENGADAKAN AKTIVITI DI DALAM UITM..MANA PERGINYA AKTA AUKU YANG MEREKA GUNAKAN SELAMA INI BAGI MENGHALANG MAHASISWA TERLIBAT DENGAN SEBARANG AKTIVITI POLITIK DAN PERKARA-PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK UITM??ATAU APAKAH MEREKA SUDAH MENDAFTARKAN UITM SEBAGAI SEBAHAGIAN PARTI KOMPONEN BN??
No comments:
Post a Comment