PENDANG, 18 Feb: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Osman menyelar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memperbesarkan program Juara Rakyat yang sedang mereka laung-laungkan kebelakangan ini.
Menurut beliau, program bagi menawan hati dan mendengar masalah rakyat itu telah lama dilaksanakan oleh PAS, namun begitu ia tidak diperbesarkan sepertimana yang diuar-uarkan oleh Umno dan BN selama ini.
"Mereka akan menggunakan apa jua cara bagi menawan semula hati rakyat dengan harapan rakyat di negeri Kedah ini akan terpengaruh dengan tindakan mereka itu.
“Namun begitu saya yakin rakyat negeri ini tidak mudah dipengaruhi oleh mereka melalui sesetengah dakwaan mereka yang tidak tepat," ujarnya.
Hayati juga menolak dakwaan Umno dan BN yang mendakwa pemerintahan kerajaan negeri lemah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
"Tohmahan yang mereka (Umno/BN) lemparkan adalah rekaan semata-mata. Sebelum ini Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Mohd Rozai Safian mendakwa 22 buah kilang di negeri ini ditutup kerana pelabur tidak yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri yang ada,” ujarnya.
Katanya, untuk makluman mereka, negeri Kedah merupakan negeri kelima dalam negara ini yang pelaburannya semakin bertambah.
Begitu juga, katanya dengan dakwaan mereka yang mengatakan masalah gangguan bekalan air begitu serius berlaku dalam daerah ini semasa ditadbir oleh PAS juga merupakan satu pembohongan.
"Sebenarnya masalah bekalan air ini berlaku adalah kerana pusat memproses air di Jeneri, Sik masih belum disiapkan sepenuhnya. Ia dijangka siap pada Rancangan Malaysia ke-10 ini," katanya.
Beliau juga menasihatkan rakyat negeri ini supaya tidak menerima tohmahan dan dakwaan Umno/BN, kerana ia bertujuan untuk memanipulasikan rakyat supaya terpengaruh dengan dakwaan mereka yang berniat jahat dan cuba menjejaskan nama baik Kerajaan Pakatan Rakyat.
Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH BENAR UM-NO ADALAH "JUARA" RAKYAT??!!ATAU UM-NO HANYA "JUARA" MENGHABISKAN WANG RAKYAT...UM-NO SETIAP KALI MENGANJURKAN SESUATU PROGRAM PASTI MENGGUNAKAN WANG YANG BANYAK...DARI MANA DATANGNYA WANG INI KALAU BUKAN WANG RAKYAT....
SEDANGKAN PAS SEKIAN LAMA MENABUR BAKTI KEPADA RAKYAT TANPA MEMPERBESARKAN HAL INI...MALAH PAS MENGGUNAKAN SUMBER KEWANGAN SENDIRI DALAM MENGANJURKAN SEBARANG PROGRAM TERMASUK UNTUK RAKYAT..SESUATU YANG JARANG BERLAKU DALAM UM-NO/BE-END....
No comments:
Post a Comment