WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, February 3, 2010

SIPUTEH YANG TAK JELMA-JELMA..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan Putrajaya masih menunggu laporan bertulis penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai rayuan suruhanjaya itu terhadap kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas Mahkamah Rayuan menerima laporan bertulis penghakiman oleh Mahkamah Tinggi kelak, barulah Mahkamah Rayuan akan mendengar kes rayuan SPR itu.

"Mahkamah Rayuan masih menunggu laporan kes Mahkamah Tinggi, setelah itu barulah Mahkamah Rayuan memutuskan bilakah kes rayuan akan didengar," katanya kepada Bernama.

Katanya, laporan media yang memetik SPR kini sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah kurang tepat.

Pada 23 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, telah menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 November apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi ADUN.

Beliau juga telah mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil.Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Sumber : Cilok dari http://batuvskayu.blogspot.com/

JEBAT_BERANI : BERBEZA APABILA SESUATU KES ITU BERPIHAK KEPADA BE-END MAHKAMAH BEGITU CEPAT MENJALANKAN "TANGGUNGJAWABNYA" NAMUN APABILA SESUATU ITU DILIHAT AKAN BERPIHAK KEPADA PAKATAN RAKYAT MAHKAMAH BERGITU "TELITI" MENJALANKAN "TANGGUNGJAWABNYA"...

JIKA BEGINILAH SIKAP YANG DIAMALKAN OLEH MAHKAMAH DI MALAYSIA,HAMBA BIMBANG RAKYAT AKAN HILANG KEPERCAYAAN KEPADA INTITUSI KEHAKIMAN INI....SEPATUTNYA MAHKAMAH BEBAS DARI MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK...NAMUN APA YANG KITA SAKSIKAN HARI INI SEOLAH-OLAH MAHKAMAH TELAH MENJADI SEBAGAHAGIAN DARI KOMPONEN PARTI BE-END..

BEGITU JUGALAH HALNYA DENGAN SPR...ASALNYA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN PELIHANRAYA YANG ADIL,SPR KINI DILIHAT LEBIH CONDONG MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA SEUMPAMA SEBAHAGIAN DARI PARTI KOMPONEN BE-END...SPR JUGA DILIHAT CUBA MENGATASI KUASANYA SEHINGGA SANGGUP MENGENEPIKAN KUASA SPEAKER YANG DIPERUNTUKAN OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK APABILA TIDAK MEMBENARKAN PILIHANRAYA KECIL DUN SIPUTEH DIJALANKAN....

APAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS DIANIAYA OLEH KEDUA-DUA BADAN KEHAKIMAN DAN SPR INI....APAKAH MEREKA "TERLUPA" AKAN TANGGUNGJAWAB SEBENAR MEREKA...JANGAN SAMPAI KEBANGKITAN DAN KEMARAHAN RAKYAT MEMBUAK-BUAK BARU MEREKA HENDAK SEDAR..KITA ITU SUDAH TERLAMBAT.......

No comments:

Post a Comment