WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, February 18, 2010

LIM GUAN ENG DAPAT SOKONGAN PAKATAN RAKYAT DEMI KEADILAN RAKYAT PULAU PINANG


KEPALA BATAS, 18 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong dan mempertahankan apa juga tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sekiranya untuk kebenaran dan keadilan kepada rakyat.

Menurut, sekiranya Lim tidak dapat memberikan keadilan kepada semua golongan masyarakat yang dipimpinnya di Pulau Pinang termasuk orang Melayu, maka beliau sepatutnya ditentang.

"Kita bukan menyokong mereka yang memperjuangkan perkauman seperti Barisan Nasional, sebaliknya dalam PR, kita akan menyokong siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.

"Namun begitu, dalam konteks Pulau Pinang, orang Melayu adalah terbukti yang termiskin, maka perjuangan untuk memastikan nasib Melayu terbela harus dilakukan oleh kerajaan yang memerintah iaitu PR di negeri ini,” ujarnya.

Anwar berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Dewan Millenium, di sini kelmarin yang turut dihadiri Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I dan II, Dr Mansor Othman dan Prof Dr P Ramasamy, barisan Exco serta kepimpinan PKR, PAS dan DAP negeri.

Justeru itu, katanya dakwaan yang menyatakan masyarakat Melayu dipinggirkan oleh Kerajaan PR yang memerintah negeri ini adalah tidak benar dan berasas sama sekali.

Anwar juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin terhadap masalah kemiskinan.

"Masalah kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang ini bukannya satu masalah baru. Ia adalah masalah lama yang wujud sejak pemerintahan Umno dan Barisan Nasional lagi,” ujarnya.

Namun begitu, ujarnya dalam tempoh hampir dua tahun mentadbir negeri, usaha yang dibuat oleh Kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng telah dan masih berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, serangan demi serangan sedang diatur oleh Umno dan Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, bermula di Perak, mereka menuju ke Kelantan tetapi tidak berjaya, kemudian dihalakan pula ke Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ini semua, katanya adalah strategi mereka untuk meraih kembali sokongan daripada rakyat yang ternyata sudah terhakis terhadap mereka

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SERANGAN OLEH PUAK UM-NO/BE-END TERHADAP KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG PIMPINAN LIM GUAN ENG ADALAH BERNIAT JAHAT DAN INGIN MENCEMARKAN IMEJ LIM GUAN ENG DAN PAKATAN RAKYAT...DAKWAAN BAHAWA LIM GUAN ENG MENAFIKAN HAK ORANG-ORANG MELAYU ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI..

ORANG MELAYU YANG HIDUP MISKIN DI PUALU PINANG ADALAH WARISAN UM-NO/BE-END LAGI SEBELUM PAKATAN RAKYAT MENGAMBIL ALIH KERAJAAN...DAN DI BAWAH PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG,RAKYAT YANG DAHULUNYA HIDUP SUSAH DI BANTU SEDAYA UPAYA OLEH KERAJAAN UNTUK MENGUBAH NASIB HIDUP MEREKA..

BERBEZA DENGAN UM-NO/BE-END YANG KONONNYA MENGAKU MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU PULAU PINANG,PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG MENGAMALKAN KONSEP PEMERINTAHAN YANG LEBIH ADIL TANPA MELETAKAN SASARAN HANYA PADA SATU-SATU KAUM SAHAJA...NASIB PELBAGAI KAUM DI PULAU PINANG LLEBIH TERJAMIN DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT...

UM-NO/BE-END MELIHAT HAL INI SEBAGAI SATU ANCAMAN BUAT MEREKA LALU MEREKA MENCARI PELBAGAI ISU BAGI MEMBURUKKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG...YANG TERBARU ISU BERKAITAN DENGAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI NEGERI INI YANG DIKATAKAN DIBATALKAN OLEH LIM GUAN ENG.....

TANPA MEREKA MERUJUK KEPADA SEJARAH LALU,MEREKA MENGHENTAM LIM GUAN ENG DENGAN MENGATAKAN BELIAU MENGHINA AGAMA ISLAM APABILA MEMBATALKAN PERARAKAN INI...SEDANGKAN PERARAKAN INI BUKANLAH SESUATU YANG DIWAJIBKAN DALAM ISLAM..MALAH NEGERI SEPERTI KELANTAN JUGA TIDAK MENGADAKAN SEBARANG PERARAKAN MENYAMBUT MAULIDUR RASUL INI..

MALAHAN KETIKA UM-NO/BE-END MEMERINTAH PULAU PINANG MEREKA JUGA PERNAH TIDAK MELAKUKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL..TERBARU NEGERI PAHANG DAN BEBERAPA NEGERI YANG DIPERINTAH UM-NO/BE-END TURUT MENYATAKAN BAHAWA TIADA SEBARANG AKTIVITI PERARAKAN MENYAMBUT MAULIDUR RASUL BAGI TAHUN INI...MENGAPA NEGERI INI TIDAK DIKUTUK PUAK-PUAK UM-NO/BE-END??

INI MENUNJUKKAN BAHAWA UM-NO/BE-END TIDAK IKHLAS DALAM MENILAI PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG..MEREKA BERUSAHA MEMBURUKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG SUPAYA RAKYAT MEMBENCI DAN TAK AKAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT PADA PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG....NAMUN PERBUATAN MEREKA INI SIA-SIA SAHAJA KERANA RAKYAT SUDAH MENYEDARI TAKTIK KOTOR MEREKA INI...

HAMBA DOAKAN AGAR KERAJAAN PKATAN RAKYAT PULAU PINANG AKAN TERUS MAJU KEHADAPAN BAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA PAKATAN RAKYAT MAMPU MENTADBIR SEBUAH KERAJAAN NEGERI DENGAN ADIL DAN TELUS...MALAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT JUGA MAMPU MEMAJUKAN NEGERI YANG DITADBIRNYA...

No comments:

Post a Comment