WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, February 9, 2010

MB "MAHKAMAH" & MB "RAKYAT" YANG MANA HARAM DAN YANG MANA HALAL??!!

(Yang satu MB "mahkamah"=HARAM & yang satu lagi MB "rakyat"=HALAL)
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat rakyat lebih layak membuat keputusan sama ada memilih Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak melalui pilihan raya kecil peringkat negeri.

“Keputusannya adalah keputusan rakyat dan ini adalah isu demokrasi, suatu kepentingan politik, siapa sebenarnya yang mendapat mandat dan sokongan rakyat,” ujarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun Zambry berjaya diputuskan sebagai menteri besar melalui mahkamah, namun keputusan tersebut bukan mewakili rakyat.

“Saya percaya Zambry dan Umno/BN sendiri tidak bersedia berdepan dengan rakyat melalui pilihan raya, mereka lemah dan longlai untuk berdepan dengan kita.

“Maka Umno tidak boleh berselindung di sebalik apa-apa, termasuk mahkamah selama-lamanya, kecuali perlu kembali diputuskan oleh rakyat (melalui) pilihan raya,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan Nizar.

“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan awal Mahkamah Persekutuan, tetapi sepertimana kita faham Pakatan Rakyat Perak dan Kebangsaan menyatakan,” jelasnya.

Beliau juga menyeru semua kepemimpinan Pakatan Rakyat supaya bersikap bijaksana dan rasional meneruskan persiapan menghadapi pilihan raya peringkat negeri Perak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

Tambahnya lagi, dijangkakan persiapan tersebut turut diperlukan untuk menangkis serangan-serangan media propaganda yang dimiliki oleh Umno.

“Selain memperkuatkan parti dan jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil pada bila-bila masa, tidak mustahil kita terpaksa menghadapi serangan bertubi-tubi dari media-media Umno selepas ini,” katanya.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, rakyat lebih layak membuat keputusan memilih Menteri Besar Perak yang baru.

“Keputusan ‘Mahkamah Rakyat’ lebih layak buat keputusan berhubung Menteri Besar Perak yang sah, mahkamah hanya terdiri lima Hakim sahaja, mahkamah rakyat lebih dari itu,” jelasnya.

Seperti kenyataan Nizar tengah hari tadi, beliau turut mencabar Zambry membubarkan Dun demi membenarkan pilihan raya kecil peringkat negeri Perak diadakan dalam masa terdekat.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu sebenarnya tidak menyelesaikan fundamental politik di Perak kerana rakyat mengganggap Zambry sebagai menteri besar yang tidak sah, selepas Umno kudeta kerajaan dari Pakatan Rakyat.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : YANG SATU MB "MAHKAMAH" DAN YANG SATU LAGI MB "RAKYAT".....KALAU DIIKUTKAN SAPA YANG SEBENARNYA MB YANG SAH??!KEPUTUSAN MAHKAMAH HARI INI TIDAK MENCERMINKAN APA YAN DIKATAKAN SISTEM KERAJAAN DEMOKRASI.....
KEMENANGAN ZAMBRY ADALAH KEMENANGAN "MAHKAMAH"...KEMENANGAN BELIAU TIDAK SAMA SEKALI MENCERMINKAN BAHAWA BELIAU DISOKONG OLEH RAKYAT...KEMENANGAN INI HANYA MENJADIKAN RAKYAT SEMAKIN BERIKTIZAM DAN BERSEMANGAT UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN "HARAM" INI PADA PILIIHANRAYA UMUM AKAN DATANG....
MANAKALA DATO SERI NIZAR WALAUPUN KALAH BELIAU TETAP MENJADI PILIHAN RAKYAT PERAK...RAKYAT PERAK TETAP MENYOKONG BELIAU DAN MENGIKTIRAF BELIAU SEBAGAI MB PERAK YANG SAH...KEKALAHAN INI HANYA SEMENTARA....RAKYAT PASTI AKAN MENGHUKUM "PEROMPAK-PEROMPAK" INI SEMUA....

4 comments:

  1. Ujarnya, keputusan mahkamah itu sebenarnya tidak menyelesaikan fundamental politik di Perak kerana rakyat mengganggap Zambry sebagai menteri besar yang tidak sah, selepas Umno kudeta kerajaan dari Pakatan Rakyat.

    Sebenarnya kamu yang kata begitu. Janganlah palitkan rakyat. Setahu saya majoriti rakyat dah insaf dan menyokong BN semula. Nak harap pembangkang bakal dapat PM peliwatlah.

    Terimalah hakikat bahawa 3N's (Nizar, Nga, Ngeh + sivakumar) dah melapas dan jangan berdolak dalik. PRU 13 akan tiba nanti. Kami rakyat akan tunjukkan sapa yang kita mahu memerentah Malaysia. Sekarang sentimen perkauman sudah di bakar. Cina-cina perkauman berkenaan dah melampau menghina bangsa melayu, raja-raja malah Ugama islam pun di persenda. Sial penghianat bangsa. Semoga Allah melaknati mu berkat doa NIK AZIZ. AMIN............

    ReplyDelete
  2. hehehehehe.....tunjukkan kebenaran kata-kata kamu denganmembubarkan DUN Perak...hanya dengan pembubaran DUN kita akan ketahui dakwaan siapa yang betul...tak begitu sahabat????

    ReplyDelete
  3. tak guna kita dok bertekak mengatakan bahawa pakatan rakyat atau barisan nasiaonal yang menjadi piliha rakyat...serahkan kepada rakyat yang menentukan siapakah yang sebenarnya menjadi pilihan mereka..caranya senang sahaja..bubar dun perak dan biarkan rakyat mengundi wakil rakyat pilihan mereka...itu baru betul....

    ReplyDelete