WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, February 5, 2010

TOK GURU NIK AZIZ DIKAGUMI PESURUHJAYA TINGGI GHANA


Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 4 Feb: Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia, Daniel Kwasi Abodakpi melahirkan minat untuk mengenali lebih dekat seorang pemimpin negeri yang mempunyai integriti seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kunjungan ke sini untuk melihat hasil pemerintahan berintegriti yang diamalkan di Kelantan.

Katanya, hasil ketelusan yang diamalkan itu membolehkan pelbagai program pembangunan berjalan dengan baik.

“Pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar sekarang menjadi contoh nyata bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan.

“Tidak ada satu agama pun di dunia ini sama ada Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam boleh dilabel sebagai agama pengganas, tetapi ramai sering menyebut Islam terrorist.

“Namun saya tidak pernah percaya, Islam sejak dahulu adalah agama yang membawa tamadun dan membawa manusia mengenal sains. Malah hari ini Kelantan adalah contoh Islam bukan agama keganasan,” katanya ketika mengunjungi hormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim semalam.

Rombongan itu turut disertai Menteri Penasihat Kedutaan, Muhammed Fuseini Inusah dan Setiausaha Pertama, F.M. Brown.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai kerajaan negeri.

Daniel Kwasi berkata, kunjungannya ke Kelantan amat bermakna kerana dapat mengenali dengan lebih rapat Menteri Besar Kelantan.

“Saya memilih Kelantan untuk peringkat awal lawatan kerana ia begitu unik apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang penuh integriti,” ujar beliau.

Katanya integriti yang ada pada Nik Abdul Aziz sudah lama diketahui ramai.

“Saya kagum dan teruja dengan apa yang sudah dicapai Menteri Besar di negeri ini. Beliau amat dikenali sebagai pemimpin yang baik dan berintegriti, tidak selalu kita jumpa pemimpin yang hebat dalam sejarah.

“Tuhan hanya memberi amanah kepada ‘true man’ dan saya berharap Tuhan akan terus memberi kesihatan yang baik kepada beliau untuk meneruskan segala kerja,” katanya.

Beliau memberitahu rombongannya kini dalam rangka lawatan ke seluruh Malaysia dan Kelantan dipilih negeri kedua selepas Sarawak.

Beliau juga mengakui pembangunan Kelantan tetap rancak dan berharap hubungan dapat diperluas termasuk dalam sektor ekonomi dan sosial dengan Ghana.

Menurutnya juga pencapaian Menteri Besar Kelantan dalam menyatukan rakyat dan membawa pembangunan menjadi inspirasi kepadanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan mengalu-alukan mana-mana kedutaan asing datang bagi mendengar dan melihat sendiri pembangunan sosio ekonomi negeri ini.

Sumber : Harakah daily

JEBAT_BERANI : INTERGRITI TOK GURU MEMANG DIAKUI RAMAI TERMASUK DARI LUAR NEGERA....SEBAGAI RAKYAT KELANTA HAMBA BERASA SANGAT BERTUAH DAN BANGGA MEMPUNYAI MENTERI BESAR SEPERTI TOK GURU NIK AZIZ...BELIAU BUKAN SAJA MAMPU MEMIMPIN SEBUAH KERAJAAN MALAH MENGIMANKAN SEMBAHYANG YANG JARANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN MANA-MANA NEGERI SELAIN KELANTAN.....

MALAH KERAJAAN YANG DIPIMPIN TOK GURU NIK AZIZ JUGA DIAKUI ANTARA YANG PALING TELUS DI MALAYSIA...HASIL DARI CORAK PEMERINTAHAN YANG DITONJOLKAN OLEH TOK GURU NIK AZIZ TELAH MENAMBAT HATI RAKYAT NEGERI LAIN UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA PAS MEMERINTAH...DAN AKHIRNYA SELAIN KELANTAN PAS BERJAYA MEMERINTAH DI KEDAH DAN JUGA PERAK SEBELUM KERAJAAN HARAM ZAMBRY KUNDETA MERAMPAS TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI PERAK...

TOK GURU NIK AZIZ JUGA DIKAGUMI OLEH PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA SEHINGGAKAN KAUM CINA DAN INDIA MEWUJUBKANKELAB PENYOKONG PAS KERANA YAKIN AKAN CORAK PEMERINTAHAN PAS SEBAGAIMANA YANG DITUNJUKKAN OLEH TOK GURU NIK AZIZ....BUKTINYA RAKYAT KAUM CINA DAN INDIA DI KELANTAN SANGAT SELESA DI BAWAH PEMERINTAHAN TOK GURU NIK AZIZ..

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TOK GURU NIK AZIZ DARI SEBARANG ANCAMAN MUSUH-MUSUH YANG BERNIAT JAHAT TERHADAPNYA.....

No comments:

Post a Comment