(Apakah Hishamudin berani "menghunuskan" keris keramat kepada "Bosnya"
Angkasanuri
Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamudin Tun Hussein berkata, satu kertas siasatan telah dibuka untuk mendakwa bekas pegawai khas Dato Seri Najib, Datuk Nasir Safar di mahkamah di bawah Akta Hasutan.
Bagi saya pengumuman Hishamudin adalah cakap politik. Sama macam dakwaan Hishamudin pada Naib Presiden Keadilan Azmin Ali bila Azmin kata beliau ada bukti orang Umno terlibat bakar gereja.
Walaupun Nasir telah letak jawatan sebagai pegawai khas Najib, beliau tetap orang kepercayaan Najib. Cuma dalam konteks kenyataan Nasir yang terlampau itu, Najib terpaksa meminta Nasir letak jawatan.
Kalau tidak slogan juara rakyat dan 1Malaysia akan jadi lawak jenaka. Tetapi orang tua-tua ada berkata sebab pulut santan binasa sebab mulut Umno bakal tumbang dalam pilihanraya. Kenyataan Nasir keluar dalam tajuk utama akhbar Cina dan Tamil.
Walaupun saya tak faham makna tapi mudah diteka apa beritanya. I Malaysia orang cina dan India dah baca tembelang Umno menipu mereka.
Berbalik pada tajuk beranikah Hishamudin untuk heret Nasir di bawah Akta Hasutan? Nasir telah jadi orang kepercayaan Najib kira-kira 30 tahun. Mendakwa Nasir bererti memalukan Najib kerana Nasir merupakan penasihat beliau sekian lama.
Bermakna mendakwa Nasir seperti melawan dan memalukan Najib. Persoalannya adakah Hishamudin akan bertindak atau sekadar cakap politik atau gimik murahan.
Apa yang pasti orang Cina dan India tidak pernah lupa tindakan Hishamudin menghunus keris dalam Persidangan Pemuda Umno. Mungkin Hishamudin je yang terlupa.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : APAKAH HISHAMUDIN INGIN MENJADI JUARA ATAU SEKADAR BERMAIN WAYANG MENGABURI MATA RAKYAT??!!APAKAH HISHAMUDIN BERANI MELAWAN "TOKEY" BELIAU??!!DAN ADAKAH P-END NAJIB AKAN BERDIAM DIRI MELIHAT "ORANGNYA" DIHUKUM TANPA CUBA BERBUAT APA-APA??!!DAN ADAKAH DENGAN MENGHUKUM NASIR SAFAR AKAN MENGEMBALIKAN KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KONSEP 1MALAYSIA CIPTAAN P-END NAJIB ALTANTUYA INI??!!
PELBAGAI PERSOALAN YANG SUKAR UNTUK KITA JAWAB...MALAH JIKA DIAJUKAN KEPADA HISHAMUDIN DAN P-END NAJIB ALTANTUYA SOALAN INI SEKALIPUN HAMBA RASA MEREKA TIDAK MAMPU MENJAWABNYA...DALAM SITUASI SEKARANG APA JUA YANG MEREKA LAKUKAN GAGAL MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KONSEP 1MALAYSIA INI...MASYARAKAT CINA DAN INDIA PASTI AMAT-AMAT TERLUKA DENGAN PERBUATAN NASIR SAFAR YANG SAMA SEKALI TIDAK MENCERMINKAN APA YANG DILAUNGKAN OLEH "BOS" BELIAU-NAJIB ALTANTUYA...
No comments:
Post a Comment