WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, February 19, 2010

WANITA DISEBAT AKUI RASANYA TAK SAKIT : APAKAH HUKUMAN INI BENAR-BENAR MENEPATI KEHENDAK ISLAM??!!


JEBAT_BERANI : TIGA WANITA YANG MENJALANI HUKUMAN SEBAT MENGIKUT UNDANG-UNDANG SYARIAH DI NEGARA INI ATAS KESALAHAN MELAKUKAN PERSETUBUHAN LUAR NIKAH,REDA DISEBAT DAN MENGAKUI HUKUMAN ITU MEMBERIKAN MEREKA KESEDARAN YANG CUKUP MENDALAM...

MENURUT SALAH SEORANG YANG DIROTAN,AYU,20-AN,"Hukuman itu memberi kesedaran mendalam dalam jiwa saya. Allah memberi peluang untuk saya bertaubat dan kembali ke jalan-Nya," KATANYA KEPADA PEMBERITA DI PENJARA KAJANG.AYU DIBEBASKAN AHAD LALU SELEPAS MENJALANI HUKUMAN PENJARA DUA BULAN DAN 4 SEBATAN.BELIAU JUGA DIDENDA RM1,000 MENGIKUT SEKSYEN 23(20 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1997 SELEPAS MENYERAH DIRI DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (Jawi)

PELAKSANAAN HUKUMAN TERSEBUT DIJALANKAN DI PENJARA WANITA KAJANG PADA 9 FEBRUARI LALU DENGAN DISAKSIKAN OLEH 13 ORANG TERMASUK PENGARAH JABATAN AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN SERTA PEGAWAI DARI BAHAGIAN SYARIAH JABATAN PEGUAM NEGARA,JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (Jakim) DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

WAKIL MEDIA JUGA TURUT HADIR MENYAKSIKAN DEMINSTRASI HUKUMAN SEBAT KE ATAS PESALAH SYARIAH WANITA.MENGIKUT UNDANG-UNDANG SYARIAH,HUKUMAN ITU HANYA DIJALANKAN KE ATAS PESALAH YANG DISAHKAN SIHAT OLEH PEGAWAI PERUBATAN HOSPITAL KERAJAAN.HUKUMAN TERSEBUT DILAKSANAKAN DALAM KEADAAN PESALAH MENUTUP AURAT DAN DILAKUKAN OLEH PEGAWAI SEBAT WANITA.ROTAN BERUKURAN MAKSIMUM 1.22 METER PANJANG DAN KETEBALAN 1.25 SENTIMETER BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN MAHKAMAH.

SELAIN DARI AYU TURUT MENJALANI HUKUMAN SEBAT INI ADALAH AISHAH,18 DAN NOR,20-AN.KESEMUA PESALAH YANG DI SEBAT TIDAK MERAYU HUKUMAN TERSEBUT KERANA MERASAKAN IANYA SEBAGAI PENEBUS KEPADA KESILAPAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.DAN KESEMUA MEREKA MENGAKU BAHAWA HUKUMAN SEBAT INI TIDAK MENCERDERAKAN DAN JUGA TIDAK MENYAKITKAN...

HAMBA SEBENARNYA MERASA SANGAT GEMBIRA DAN JUGA TERTANYA-TANYA..GEMBIRA KERANA JABATAN AGAMA MULA MENGAMBIL SERIUS PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT INI TERHADAP PESALAH SYARIAH DAN DALAM MASA YANG SAMA TERTANYA-TANYA APAKAH PELAKSANAAN HUKUMAN INI MENEPATI SEBAGAIMANA YANG TELAH DIGARIS OLEH AL-QURAN DAN HADIS..APAKAH HUKUMAN SEBAT YANG TIDAK MENDATANGKAN KESAKITAN INI BENAR-BENAR MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA MEREKA..ATAU MEREKA HANYA "MEMBACA SKRIP" YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK TERTENTU..

PADA PANDANGAN HAMBA SESUATU HUKUMAN ITU SELAIN DARIPADA MENYEDARKAN PESALAH IANYA JUGA HARUS MENDATANGKAN RASA GERUN KEPADA MASYARAKAT DAN PESALAH DARI MENGULANGI KESALAHAN YANG SAMA..DAN SEKIRANYA HUKUMAN ITU TIDAK MENDATANGKAN RASA SAKIT DAN GERUN KEPADA PESALAH DAN MASYARAKAT,HAMBA KUARTIR PELAKSANAAN HUKUMAN INI HANYA AKAN DITERTAWAKAN OLEH PESALAH INI DAN JUGA MASYARAKAT...

APA-APA PN HAMBA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT MELAKSANAKAN HUKUMAN SEBAT INI...CUMA PINTA HAMBA PERHALUSILAH IA AGAR MENEPATI APA YANG DIKEHENDAKI OLEH ISLAM SEBAGAIMANA YANG TELAH DIPERJELASKAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS...

No comments:

Post a Comment