WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, February 1, 2010

KAIL PANJANG SEJENGKAL : UM-NO/BE-END NAK PANCING YG PR


Hazayani Zakaria
PETALING JAYA, 31 Jan: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR agar sentiasa berwaspada dengan usaha Umno memujuk dan 'membeli' mereka untuk menyertai parti itu.

Ingatan itu dibuat ekoran pendedahan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail bahawa beliau menerima 'pelawaan' untuk menyertai Umno.

Anwar diberitahu Azan bahawa usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Seperti yang dimaklumkan Azan kepada saya, ada percubaan untuk menghasut dan meyogok beliau untuk meninggalkan PKR dan Pakatan. YB Azan sendiri menunjukkan sms mereka untuk tujuan itu," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, dekat sini, hari ini.

Anwar juga berterima kasih kepada Azan kerana memaklumkan perkara itu sebagai bukti terdapat usaha membeli ahli parlimen Pakatan oleh Umno.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Azan yang dedahkan perkara ini. Jadi orang tahu bahawa wujudnya usaha Umno untuk membeli ahli parlimen Pakatan.

"Kita faham modus operandi orang-orang ini yang cuba membuat semua cara yang tidak bermoral untuk menimbulkan masalah dalam Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, saya minta semua rakan dalam Pakatan berwaspada dengan pelancaran pembelian besar-besaran sebelum hari raya Cina ini," katanya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA UM-NO/BE-END CUBA NAK "MEMANCING" AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT TANPA MEREKA SEDARI BAHAWA MEREKA HANYA MEMPUNYAI "KAIL PANJANG SEJENGKAL"....APAKAH RELEVANNYA AHLI PARLIME PAKATAN RAKYAT KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT MENYERTAI MEREKA...

SEDANGKAN MEREKA NAK MENJAGA AHLI PARLIMEN MEREKA SENDIRI PUN TAK MAMPU MASIH LAGI "BERMIMPI" NAK MEMANCING AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT....SESUDAH GAGAL MEMENANGI DAN "MEMANCING" HATI RAKYAT UM-NO/BE-END CUBA PULA "MEMANCING" AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT....

TAKTIK KOTOR SEPERTI INI TIDAK LAGI AKAN "BERKESAN" BUAT WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT SEBAGAIMANA YANG MEREKA GUNAKAN TERHADAP "3 EKOR KATAK" DI PERAK....UM-NO/BE-END NAMPAKNYA BENAR-BENAR TERDESAK KALI INI UNTUK MENGAMBIL BALIK NEGERI YANG DITAWAN PAKATAN RAKYAT SEHINGGA SANGUP MENGGUNAKAN PELBAGAI TAKTIK KOTOR....

NAMUN JANGAN PULA TAKTIK KOTOR MEREKA ITU NANTI MEMAKAN DIRI....RAKYAT YANG SUDAH MUAK DENGAN PELBAGAI SALAH-LAKU YANG DILAKUKAN OLEH UM-NO/BE-END INI...SALAH-LAKU MEREKA INI PASTI AKAN MENERIMA HUKUMAN YANG SETIMPAL DARI RAKYAT PADA PILIHANRAYA UMUM YANG KE-13 NANTI....TUNGGUUUUUU!!!!!!!

No comments:

Post a Comment