WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, June 29, 2010

UM-NO/BE-END TERDESAK MERAIH SOKONGAN PARA ULAMA!!!

JEBAT_BERANI : DAH LAMA AKU TAK MENULIS DALAM BLOG NIE...ADA 2 SEBAB..PERTAMA KERANA KESIBUKKAN DUNIAWI YANG TAK MAMPU AKU ATASI DA YANG KEDUANNYA KERANA MENYAMPAH NGAN PUAK2 UMNO/BE-END...BALIK2 BENDA DAN MASALAH YANG SAMA MEREKA LAKUKAN...MAKAN DUIT RAKYAT DAN TIPU RAKYAT...

TERKINI USAHA UMNO/BE-END YANG CUBA MENAMPAKKAN BAHAWA MEREKA JUGA MENGALU ALUKAN KEMASUKAN ULAMA DALAM PARTI MEREKA...MEREKA CUBA MENGABURI MATA MASYARAKAT AGAR MEREKA DILIHAT SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG JUGA BERCIRIKAN ISLAMIK SEBAGAIMANA PAS....APAKAH MEREKA BENAR-BENAR MENERIMA PARA ULAMA INI ATAU SEKADAR UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT???!!!

RASANYA GAMBAR DAN PETIKAN BERITA DIATAS SUDAH CUKUP JELAS BAGI MENCERITAKAN MAKSUD DAN NIAT SEBENAR PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI...MEREKA SANGGUP MEMPERRALATKAN PARA ULAMA MUDA INI BAGI MENUNJUKKAN KEPADA MASYARAKAT BAHAWA MEREKA JUGA MENDAPAT SOKONGAN PARA ULAMA....

TAPI APAKAH MEREKA HANYA MAHUKAN SOKONGAN???!!!BAGAIMANA PULA DENGAN AJARAN ISLAM YANG DIBAWAKAN OLEH PARA ULAMA INI???!!!APAKAH MEMADAI DENGAN HANYA MENERIMA PARA ULAMA DALAM PARTI MEREKA SUDAH CUKUPUNTUK MENGAMBARKAN BAHAWA MEREKA MENERIMA AJARAN ISLAM SEPENUHNYA???!!!

SUNGGUH MURAH DAN MENJIJIKAN PERMAINAN POLITIK UM-NO...MEREKA BUKAN MEMPERALATANKAN AGAMA AKAN TETAPI MEREKA TELAH MEMPERSENDAKAN ISLAM DAN PARA ULAMANYA...INIKAH DIDIKKAN ISLAM HADHARI YANG MEREKA PELAJARI SELAMA INI DARI MANTAN P-END TERDAHULU???!!!SEDIH SUNGGUH MENYEDIHKAN....

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI PERTUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA MEREKA SEBELUM AJAL DATANG MENJEMPUT...SEMOGA MASIH ADA KESEMPATAN KEPADA MEREKA UNTUK MEMPERBETULKAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN MEREKA....SEMOGA ISLAM AKHIRNYA DILETAKKAN DITEMPAT YANG TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA....

Thursday, June 10, 2010

ISA DIARAHKAN MAHKAMAH BAYAR RM3.3 JUTA KEPADA BEKAS TAHANANNYA


Mahkamah Tinggi di Putrajaya memerintahkan agar RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan menyalahi undang-undang atas dakwaaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata mahkamah bersetuju dengan plaintif seorang ahli perniagaan Badrul Zaman P.S. Mohamed (kanan) bahawa penahanannya di bawah ISA 1994, menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.

Mohd Hishamudin dalam penghakimannya berkata mahkamah telah mempertimbangkan kos kecederaan terhadap reputasi plaintif dengan memerintahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi am dan teladan dengan kos kepada beliau.

Beliau berkata setelah membaca dengan teliti autoriti itu, satu gantirugi sebanyak RM20,00 sehari adalah adil dan saksama untuk dibayar kepadanya dengan mengambilkira fakta plaintif yang dialami semasa dalam tahanan.

Katanya dengan mengambilkira 300 hari dalam tahanan, plaintif hendaklah dibayar RM6 juta, bagaimanapun mahkamah memutuskan untuk memberikan diskaun 50 peratus kepada defendan yang mahkamah fikirkan adalah adil dan munasabah.

Mohd Hishamudin yang kini adalah Hakim Mahkamah Rayuan, juga memerintahkan agar gantirugi teladan RM300,000 diberikan atas dua alasan, pertama kerana penahanan menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan, kedua perintah penahanan terhadap plaintif dilanjutkan selepas pencegahan penahanan pada awalnya selama dua tahun.

Badrul Zaman memfailkan saman itu pada 30 November 1994, menamakan superitenden Pusat Tahanan Kamunting sebagai defenan pertama, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama mengikut Seksyen 8(1) ISA pada 12 September 1991 di mana beliau ditahan selama dua tahun.

Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu yang dikeluarkan timbalan menteri untuk tempoh dua tahun lagi berkuatkuasa 14 September 1993.

Plaintif mencabar kesahihan di mana beliau hanya menjalani tahanan itu dengan arahan perintah tahanan tanpa kenyataan bertulis perintah tahanan
tersebut dan fakta dakwaan berdasarkan perintah tahanan berkenaan.

Pada 1994, Badrul Zaman memfailkan satu writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan mahkamah berkenaan membenarkan permohonannya dan membebaskannya.

Mahkamah itu memutuskan bahawa penahanan yang dilanjutkan itu adalah menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan atas alasan tidak ada pematuhan dengan peruntukan ISA.

Ketika ditemui Badrul Zaman berkata beliau gembira dengan keputusan itu setelah menunggu hampir 16 tahun untuk mendapatkan keadilan bagi membersihkan reputasinya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Isnan Ishak berkata beliau akan merujuk keputusan ini kepada Pejabat Peguam Negara sebelum memfailkan rayuan. Peguam M. Manoharan mewakili Badrul Zaman.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : ISA MERUPAKAN SATU HUKUMAN YANG SANGAT TIDAK ADIL DAN MENGENEPIKAN HAK MANUSIA UNTUK MENDAPAT PEMBELAAN...IANYA BUKAN SAHAJA PERLU DIPINTA MALAH SEPATUTNYA DIBUBARKAN AGAR SETIAP MANUSIA YANG DITUDUH MELAKUKAN KESALAHAN DIBERIKAN PELUANG YANG SEADILNYA UNTUK MENDAPATKAN PEMBELAAN..

HARI INI ISA BUKAN SAHAJA DIGUNAKAN TERHADAP MEREKA YANG DIDAPATI MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH MENGUGAT KESELAMATAN NEGARA..IANYA KINI TELAH DISALAH GUNAKAN OLEH PIHAK BE-END UNTUK MENYEKAT DAN MENGHALANG PAKATAN RAKYAT DARI MENGUASAI DAN MEMPENGARUHI RAKYAT..PUAK-PUAK BE-END TELAH MENJADIKAN ISA INI SEBAGAI ALAT UNTUK MENYELAMATKAN MASA DEPAN POLITIK MEREKA...

Thursday, June 3, 2010

DEMO ANTI ISRAEL DI MASJID KG BARU KUALA LUMPUR

JEBAT-BERANI : JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI MENYERTAI PERHIMPUNAN INI BAGI MEMBANTAH KEZALIMAN YANG DILAKUKAN REJIM ISRAEL TERHADAP UMAT ISLAM PALESTIN DAN TINDAKAN BIADAP MEREKA MEYERANG BANTUAN KEMANUSIA GAZA BARU-BARU INI....
ANTARA PERALATAN YANG PERLU DIBAWA KETIKA MENGHADIRI PERHIMPUNAN INI BAGI LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN ANDAINYA KERAJAAN 1MALAYSIA MENGARAHKAN FRU BERTINDAK MENGHALANG PERHIMPUNAN INI...KITA SEMUA HARUS MAKLUM BAHAWA APCO ADALAH ISRAEL DAN 1MALAYSIA ADALAH APCO...JADI KITA TAK BOLEH MENGHARAPKAN LALUAN MUDAH UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN INI...

10 JENIS TANGISAN


Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Firman Allah S.W.T,“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan dituntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka...Rasulullah saw bersabda :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis,kalau tak tercapai cita-cita, bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat
amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi
dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda, “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat
dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”