APAKAH SALAH TIDAK MENGADAKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI??DAN ADAKAH SALAH MELAKUKAN PERARAKAN INI??...PERTAMA KITA HARUS KEMBALI KEPADA HUKUM MELAKUKAN PERARAKAN INI MENGIKUT APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH AL-QURAN DAN HADIS....APAKAH ADA DALAM MANA-MANA AYAT DALAM AL-QURAN YANG MENGATAKAN BAHAWA MELAKUKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI WAJIB??HAMBA PERCAYA TIADA SEORANG PUN YANG BERJUMPA DENGAN AYAT YANG MEWAJIBKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI...
DAN ADAKAH DALAM AL-QURAN ATAU HADIS YANG MELARANG PERARAKANN MAULIDUR RASUL INI...HAMBA JUGA YAKIN TIADA SEBARANG AYAT YANG MENGATAKAN HARAM MENGADAKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI....JUSTERU ITU APAKAH KEPENTINGAN PERARAKAN INI UNTUK KITA ADAKAN??APAKAH KEBAIKAN PERARAKAN INI TERHADAP SYIAR ISLAM ATAUPUN UMAT ISLAM ITU SENDIRI??
DALAM AKHBAR ARUS PERDANA WAL PENGAMPU ,MUFTI PERAK,TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA MEMPERSOALKAN TINDAKANKERAJAAN PULAU PINANG DENGAN MENGATAKAN,"MEMANG PERARAKANN MAULIDUR RASUL TIADA DALAM SYARAK DAN LEBIH MENJURUS KEPADA SATU 'TREND' TAPI INI MENJADI ANTARA CARA KITA MENARIK MINAT BELIA KEPADA SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W DAN AGAMA ISLAM....
APAKAH BENAR PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI MAMPU MENARIK MINAT BELIA KEPADA SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W??APAKAH PENGISIAN YANG MAMPU DIBERIKAN DALAM PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI TERHADAP BELIA-BELIA INI??APAKAH DENGAN HANYA BERARAK MENYAMBUT MAULIDUR RASUL BELIA-BELIA INI AKAN MEMAHAMI SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W??
APA YANG JELAS PADA PANDANGAN HAMBA ADALAH UM-NO HANYA CUBA MENJADI "JUARA" DALAM ISU PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI KERANA MERASAKAN IANYA BOLEH MEMBERIKAN KEUNTUNGAN DARI SUDUT POLITIK KEPADA MEREKA...NAMUN KALAU HENDAK MENGATAKAN BAHAWA MEREKA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMPERJUANGKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL INI SANGAT-SANGAT HAMBA SANGSI....SELAMA INI MEREKALAH YANG LANTANG DAN AGRESIF MENENTANG USAHA MENDAULATKAN ISLAM DAN HUKUMNYA DI MALAYSIA...
Di Kota Bharu, Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.
“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.
“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam
Sementara di Kuala Terengganu pula, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan”.
Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.
“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.
Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.
Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. sudah wafat.
Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.
Tambahnya, akibat tidak melaksanakan hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, pembunuhan dan sebagainya.
Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.
“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.
Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah dengan syariat Allah.
DARI PENJELASAN KEDUA-DUA TOK GURU INI BOLEHLAH KITA FAHAMI SEJAUH MANA PERLUNYA MELAKUKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI..DAN DENGAN INI JUGA BOLEHLAH KITA FAHAMI APAKAH TINDAKAN LIM GUAN ENG MEMBATALKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI MERUPAKAN SATU KESALAHAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM ATAU TIDAK...
JANGAN NANTI KITA MENJADI MANUSIA YANG MEMBUDAYAKAN AGAMA DAN MENGAGAMAKAN BUDAYA...RASANYA PEMBACA SEKALIAN BOLEH MEMAHAMI AKAN MAKSUD HAMBA INI...SEMOGA KITA SEMUA DIBERIKAN PERTUNJUK DAN HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T DENGAN SEBENAR-BENAR PERTUNJUK...
No comments:
Post a Comment