WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, February 6, 2010

TOK GURU AJAK UM-NO DIALOG KEMBALI PADA ISLAM

Dzulfikar Mashoor

KOTA BHARU, 5 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyuarakan niat supaya PAS dan Umno boleh berdialog atas kepentingan Islam, sebagaimana yang telah pun dilakukan dalam Forum Kalimah ‘Allah’ yang melibatkan tokoh-tokoh dari agama Islam, Kristian dan Buddha.

“Kalau boleh, majlis sebegini (dialog) dibuat antara PAS dan Umno,” jelas beliau selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemikiran Islam Semasa, anjuran Tabung Amanah Tok Kenali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mempersoal kewajaran tindakan Umno menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS sejak 50 tahun yang lalu.

“50 tahun Umno bertengkar dengan PAS, apa hasil? Umno menggunakan masa yang begitu banyak, kepakaran begitu banyak, kewangan yang begitu banyak melawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS,” jelas beliau di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Kota Bharu.

Ujarnya lagi, sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, Umno acap kali mempersenda keupayaan PAS dalam membangunkan kerajaan negeri.

Pun begitu, sejak Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, menurut beliau, Umno tidak berupaya meneruskan pertengkaran dengan PAS menggunakan isu-isu ‘pembangunan’ seperti dua dekad sebelum ini.

“Masalah pembangunan, PAS buat juga. Sekarang ini pula, (pembangunan di) Pulau Pinang orang lain pula (Pakatan Rakyat dan DAP) pula buat, pembangunan negara tidak (dilakukan) Umno (semata-mata).

“Jadi, tak ada sebab langsung PAS bertengkar dengan Umno disebabkan pembangunan, tidak semestinya Umno boleh buat, sesiapa saja yang memegang negeri, mereka buatlah.

“Sekiranya komunis yang pegang Kelantan, maka komunislah yang buat pembangunan,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan harapan supaya para cendekiawan Islam di dalam Umno berfikir tentang tujuan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

“Jadi, tolong fikirlah 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS (sedangkan) PAS ini dibuat (ditubuhkan) oleh alim ulamak Umno.

“Ulama Umno (yang) tubuh Partubuhan Islam Se-Tanah Melayu (yang) kemudiannya (ditukar) Parti Islam Se-Malaysia (PAS), jadi apa pentingnya Umno nak bertengkar dengan PAS sedangkan PAS bawa Islam,” katanya.

Katanya lagi, orang Melayu tidak mengira kaum guru, peladang dan sebagainya pada tahun 1946 semuanya menyertai Umno, tetapi sebahagian daripada mereka kemudiannya meninggalkan Umno pada tahun 1952 kerana Umno tidak komited memperjuangkan Islam di tanah air.

“Jadi, tokoh-tokoh agama Umno tolong fikir apa yang saya cakap ini,” jelasnya.

Turut menyertai kenyataan media bersama-sama Nik Aziz, Ketua Pengarah akhbar mingguan The Herald Tuan Lawrence Andrew dan Naib Presiden Malaysia Consultative Council Buddist, Christian, Sikh, Hindu and Tao (MCCBCSHT) Cawangan Kelantan Loo Choo Siang yang masing-masing merupakan panel forum, mewakilil agama Kristian dan agama Buddha.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : PENENTANGAN UM-NO TERHADAP PERJUANGAN ISLAM YANG DIBAWA PAS SANGAT-SANGAT MERUGIKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU....UM-NO SEBENARNYA BUKAN MENENTANG PAS SEBALIKNYA MENENTANG AJARAN ISLAM YANG DIBAWA DAN DIPERJUANGANKAN PAS....

UM-NO YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI DALAM MASA YANG SAMA SANGAT KUAT MENENTANG USAHA MEMARTABATKAN ISLAM DI MALAYSIA..MEOLAK HUKUM HUDUD YANG DIPERJUANGKAN PAS BERMAKNA UM-NO MENOLAK HUKUM ISLAM KERANA HUDUD YANG DIPERJUANGKAN PAS BUKAN HUDUD PAS TETAPI HUKUM YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH...

DIALOG YANG DISARANKAN OLEH TOK GURU NIK AZIZ INI SANGAT BAIK BAGI MENJELASKAN SEGALA PERBEZAAN PENDAPAT YANG MEMBAWA SENGKETA SELAMA INI..DALAM MASA YANG SAMA IANYA BOLEH MEMBERSIHKAN IMEJ ISLAM YANG SEMAKIN TERCEMAR AKIBAT PERBUATAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MEMBAKAR GEREJA TEMPOH HARI...

SEMOGA USAHA MURNI INI MEMDAPAT SAMBUTAN DARI PIHAK UM-NO JIKA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMPERJUANGKAN ISLAM...

No comments:

Post a Comment