WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, February 7, 2010

ZAMBRY KUNDETA RESAH GELISAH UMPAMA CACING KEPANASAN!!!


IPOH, 6 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kerajaan BN/Umno semakin resah gelisah sehingga menggunakan jentera kerajaan termasuk setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk mengerah pegawai kerajaan dan isteri hadir solat hajat di kediaman menteri besar malam ini.

Setiausaha PAS negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menganjurkan solat hajat waktu menjadi kerajaan tetapi tidak pernah menggunakan SUK atau jabatan agama untuk mengerah pegawai kerajaan hadir.

“Kita guna jentera parti pertahan kerajaan tetapi Umno/BN guna jentera dan pegawai kerajaan untuk pertahan kerajaan. Jadi Umno peralat pegawai kerajaan untuk kepentingan politik,” ujarnya.

Selain itu, katanya penyelaras masjid juga diperkuda untuk mengerah pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid melalui panggilan telefon supaya hadir ke majlis itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jemputan yang dihantar oleh SUK melalui sms kepada semua pegawai kerajaan bersama pasangan ke program solat hajat itu dengan berpakaian baju kebangsaan dan sopan.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA ZAMBRU KUNDETA SEMAKIN TAK LENA TIDO MENANTIKAN 9HB FEBUARY INI..APAKAH BELIAU PERLU MEMBUBARKAN DUN ATAU TIDAK...JIKA KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK MEMIHAK KEPADA BELIAU PASTINYA AKAN BERLAKU PEMBUBARAN DUN...NAMUN JIKA SEBALIKNYA MAKA KEKALLAH ZAMRY KUNDETA DENGAN KERAJAAN HARAMNYA...

TINDAKAN ZAMBRY MENGGUNAKAN SUK NEGERI MEMPERLIHATKAN BAHAWA BETAPA TERDESAKNYA BELIAU UNTUK MERAIH SOKONGAN...APAKAH BELIAU SUDAH MULA HILANGAN KEYAKINAN UNTUK MEMPERTAHANKAN JAWATAN MENTERI BESAR DI MAHKAMAH DAN APAKAH BELIAU JUGA TIDAK YAKIN UNTUK BERHADAPAN DENGAN PEMBUBARAN DUN??JELAS SEKALI ZAMRY KUNDETA INI TIDAK YAKIN SAMA SEKALI RAKYAT PERAK AKAN BERPIHAK KEPADA BELIAU....

No comments:

Post a Comment