WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, February 18, 2010

ZULKIFLI NORDIN : BERSILAT TAK KENA TEMPAT!!!


Rizal Tahir
KOTA BHARU, 17 Feb: Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dianggap gemar mendapat publisiti murahan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah peribadinya.

Malah tindak tanduknya tambah keterlaluan apabila menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai lupa sejarah.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan yang dibuat Zulkifli hanya ingin menarik perhatian masyarakat terhadapnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar Zulkifli berhenti bermain wayang dan memberi tumpuan kepada tugas asas.

Tambahnya, dengan mengeluar kenyataan berkenaan, menunjukan keangkuhan Zulkifli, di mana beliau sahaja betul dan orang lain dianggap salah.

“Sepatutnya beliau lebih menumpukan kepada bagaimana boleh membantu rakyat yang diwakili di kawasannya.

“Beliau juga seharusnya melihat fakta bahawa beliau hanyalah seorang ahli Parlimen yang baru dan belum banyak pengalaman sebagai wakil rakyat,” katanya pada kenyataan media di sini, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru itu membidas kenyataan Mursyidul Am PAS kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Hisham berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang ahli politik yang lama dan sangat berpengalaman luas mengenai sepak terajang politik.

“Berbanding dengan Zulkifli, tidak mungkin beliau lebih memahami apa yang berlaku semasa kerajaan campuran BN-PAS dahulu,” ujarnya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH ZULKIFLI NORDIN SUDAH BERASA DIRINYA SANGAT HEBAT??HAMBA SEBENARNYA SANGAT-SANGAT TIDAK BERMINAT UNTUK MENGULAS ISU BERKAITAN DENGAN BELIAU..TETAPI MELIHAT KECELUPARAN BELIAU MENBUAT KENYATAAN TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ MEMBUATKAN HAMBA TERPANGGIL UNTUK MEMBERI KOMEN TERHADAP BELIAU...

DARI PEMERHATIAN HAMBA BELIAU INI MERUPKAN SEORANG YANG TIDAK BOLEH HIDUP DALAM JEMAAH...APA JUA TINDAKAN BELIAU SELALUNYA TIDAK MEMIKIRKAN AKIBAT DAN KESAN TERHADAP JEMAAH ATAU PARTI POLITIKYANG BELIAU SERTAI..BELIAU PADA HAMBA TERLALU PERASAN HEBAT SEHINGGAKAN PENDAPAT DAN TEGURAN ORANG LAIN DIPANDANG SEBELAH MATA SAHAJA OLEH BELIAU...

TINDAK TANDUKNYA BUKAN SAHAJA MELUKAKAN HATI RAKAN-RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT MALAH IANYA JUGA MEMBERI KEUNTUNGAN TERHADAP PIHAK LAWAN...ZULKIFLI NORDIN JELAS SEKALI TIDAK SEDARC DIRI YANG BELIAU DIPILIH MENJADI AHLI PARLIMEN ATAS KAPASITI PARTI YANG BELIAU SERTAI..HAMBA PERCAYA KALAU SEKADAR MEMPERTARUHKAN BATANG TUBUH BELIAU, UNTUK MENDAPAT KEMBALI WANG DEPOSIT PUN BELUM TENTU...

JIKA ZULKIFLI NORDIN BENAR-BENAR INGIN BERKHIMAT UNTUK MASYARAKAT ELOKLAH BELIAU MENUMPUKAN KEPADA KERJA-KERJA MENJAGA KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN RAKYAT DI KAWASAN BELIAU DARI MENIMBULKAN KEKECOHAN DALAM PAKATAN RAKYAT YANG AKHIRNYA HANYA AKAN MENGUNTUNG PIHAK LAWAN...

No comments:

Post a Comment