PULAU PINANG, 15 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar sesetengah media arus perdana berbahasa Melayu dan Inggeris yang memutarbelitkan fakta dan tidak melaporkan perkara sebenar mengenai dakwaan perarakan Maulidur Rasul anjuran kerajaan negeri yang akan diadakan pada 26 Februari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan tersebut, namun telah dimanipulasikan oleh media bagi menimbulkan anggapan negatif terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
"Mereka (media arus perdana) bukan saja tidak menyiarkan perkara yang benar mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tetapi sebaliknya memutarbelitkan fakta sehingga memesongkan pemikiran rakyat dengan tujuan untuk menimbulkan anggapan negatif rakyat kepada kerajaan.
"Malah mereka juga cuba membesarkan isu (perarakan) ini walaupun sebenarnya kerajaan negeri tidak pernah membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul sepertimana yang telah diadakan sebelum ini. Mereka juga cuba mensensasikan isu ini bagi mencari pengaruh yang selama ini semakin hilang,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Komtar Walk, semalam.
Turut hadir ialah Yang Dipertua negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2, Dr Mansor Othman dan Dr P Ramasamy, Speaker Dewan Undangan negeri, Abdul Halim Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri.Katanya, segala perancangan sepertimana yang diatur untuk majlis sambutan Maulidur Rasul akan dijalankan seperti biasa.
Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : MEDIA PENGAMPU UM-NO/BE-END SEMEMANGNYA CUBA MEROSAKAN IMEJ KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG....MEREKA CUBA MENSENSASIKAN SESUATU ISU WALUPUN HAKIKATNYA PERKARA TERSEBUT BUKANLAH ISU YANG BESAR...
TERBARU APA YANG DIDAKWA SEBAGAI TINDAKAN BIADA LIM GUAN ENG KERANA MEMBATALKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL WALAUPUN HAKIKAT SEBENAR ADALAH BERBEZA DENGAN APA YANG DISAMPAIKAN MEDIA PENGAMPU INI..
PIHAK MEDIA PENGAMPU SERING KALI TIDAK BERLAKU ADIL KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM MELAPORKAN SESUATU BERITA..DAN APA YANG LEBIH BERBAHAYA ADALAH TINDAKAN MEDIA PENGAMPU INI YANG SANGGUP MENGADAKAN CERITA DEMI MENJATUHKAN IMEJ KERAJAAN PAKATAN RAKYAT....
No comments:
Post a Comment