WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, February 3, 2010

BAKAR GEREJA 4 DIDAKWA

Empat lelaki dalam lingkungan usia 18 hingga 29 dihadapkan ke mahkamah majistret Taiping hari ini atas tuduhan membakar dua gereja dan sebuah sekolah di Taiping pada 22 Jan lalu.

Semua tertuduh yang menggangur itu didakwa mengikut Seksyen 436 Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Abdul Sattah Shaharuddin 29, dan Mohd Abdul Wahab 20 yang didakwa membakar Gereja All Saints Church di Jalan Taming Sari.
Tertuduh ketiga, Andidi Rosdi 22 dituduh menyerang SMK Taiping hingga menyebabkan pondok pengawal sekolah berkenaan terbakar.

Suspek termuda Mohamad Azreen Rosli 18, pula didakwa cuba melemparkan bom api ke atas Gereja di St Louis.

Pertuduhan dibacakan dihadapan majistret Sharifah Izura Syed Mashor, manakala dakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah.


Jaminan ditetapkan pada RM30,000 seorang namun tiada yang mampu membiayainya.Tiada pengakuan dicatatkan hari ini kerana keempat-empat mereka dijangka akan sekali lagi didakwa di mahkamah sesyen. Ini kerana hakim di mahkamah sesyen sedang bercuti hari ini.Kes akan disebut semula di mahkamah sesyen pada 8 Feb.
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : MEREKA YANG TERLIBAT DALAM KEJADIAN MEMBAKAR GEREJA INI PERLU DIADILI SEADIL-ADILNYA...DAN JIKA DIDAPATI BERSALAH MEREKA PERLU DIKENAKAN HUKUMAN YANG KERAS KERANA MELAKUKAN 2 KESALAHAN BESAR PADA PANDANGAN HAMBA...
YANG PERTAMANYA MEREKA TELAH MENCETUSKAN PROVOKASI YANG BOLEH MENGAKIBATKAN BERLAKUNYA RUSUHAN ANTARA AGAMA ISLAM DAN KRISTIAN..INI KERANA AKIBAT DARI PERBUATAN MEREKA TELAH MENCETUSKAN KEMARAHAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN DAN PASTINYA AKAN ADA TINDA BALAS DARI PENGANUT AGAMA KRISTIAN YANG MARAH AKAN PERBUATAN INI...
YANG KEDUANYA MEREKA TELAH MENCEMARKAN IMEJ AGAMA ISLAM APABILA MELAKUKAN PERBUATAN YANG TIDAK MENCERMINKAN SIKAP ISLAM YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN PERPADUAN SESAMA MANUSIA...PERBUATAN MEREKA INI MEMBERIKAN GAMBARAN YANG SALAH TERHADAP ISLAM KEPADA BUKAN ISLAM..BUKAN ISLAM AKAN MENGANGGAP ISLAM AGAMA YANG GANAS DAN TIDAK TAHU MENGHORMATI AGAMA LAIN...
MAKA DEMI MENJAGA KEAMANAN DAN JUGA IMEJ ISLAM MEREKA YANG TERLIBAT MEMBAKAR GEREJA INI PERLU DIHUKUM DENGAN SEBERAT-BERAT HUKUMAN AGAR IANYA MENJADI PENGAJARAN KEPADA PIHAK LAIN TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA..

No comments:

Post a Comment