WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, February 21, 2010

PERSIAPKAN PARTI UNTUK PILIHAN RAYA KE-13

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Lajnah Kebajikan PAS akan mempertingkat dan memperkasakan gerak kerja mereka ke arah persediaan berdepan pilihanraya umum ke-13.

Siang tadi satu perbincangan meja bulat 'gerak gempur PRU-13' anjuran Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah diadakan bertujuan memperkasakan gerak gempur kebajikan PAS di semua peringkat.

Pengerusi Lajnah tersebut, Dr. Lo'lo' Ghazali berkata, lajnah tersebut itu mempunyai tugas semakin beras dengan keadaan politik negara pada waktu ini.

"Dalam PRU-13 yang bakal tiba ini, kita mempunyai tugas berat.

"Kita perlu mengambil semula Perak yang telah dirampas, kita perlu meningkatkan kemenangan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh PR." katanya melalui teks ucapan yang dibacakan oleh timbalannya, Brig Jen (B) Abdul Ghani Bin Mahluddin.

Dr Lo'lo' tidak dapat hadir program berkenaan kerana mengikuti program Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di luar negara.

Apa yang penting jelas beliau, PAS perlu dekat dengan hati rakyat, dan lajnah tersebut adalah antara yang terpenting menjayakan matlamat itu.

"Untuk berjaya dalam pilihanraya, kita perlu memenangi hati rakyat, dan tidak ada cara lain untuk memenagi hati rakyat ini melainkan melalui gerak kerja kebajikan" ujar beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa.

Program tadi juga menjemput Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad, dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nazri Din sebagai pembentang Kertas Kerja.

Seramai lebih kurang 100 orang hadir dalam program tersebut yang terdiri daripada pengerusi dan ajk Lajnah Kebajikan peringkat negeri.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : JIKA BENAR KITA BERHASRAT UNTUK MERAMPAS KERAJAAN DARI BE-END MAKA USAHA KE ARAH ITU MESTI DIMULAKAN DARI SEKARANG...SELAIN MEMPERKEMASKAN JENTERA PILIHANRAYA KITA JUGA HARUS MEMPERSIAPKAN MINDA DAN MORAL AHLI PARTI KITA AGAR MEREKA DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK APABILA TIBA MASANYA NANTI...

PERNILAIAN TERHADAP CALON-CALON YANG INGIN DIPERTARUHKAN JUGA PERLU DIBUAT SEKARANG...CALON-CALON INI BIARLAH MENEPATI KEPERLUAN RAKYAT DAN PERJUANGAN....JADIKAN IKTIBAR BEBERAPA EKOR "KATAK" SEBELUM INI AGAR IANYA TIDAK BERULANG LAGI...JIKA PERKARA INI BERULANG LAGI IANYA AKAN MEMBUATKAN RAKYAT MUAK DENGAN KITA..

SELAIN ITU AGENDA-AGENDA YANG INGIN DIPERTARUHKAN JUGA PERLU DIFIKIRKAN DARI SEKARANG...AGENDA INI MESTILAH MENEPATI KEPERLUAN DAN KEHENDAK RAKYAT...DAN YANG PALING PENTING AGENDA INI BIARLAH DALAM KEMAMPUAN KITA UNTUK MELAKSANAKAN..TAK GUNA KITA BERJANJI SESUATU YANG TAK MAMPU KITA LAKSANAKAN KERANA IANYA HANYA AKAN MEMBUATKAN RAKYAT AKAN MENGATAKAN BAHAWA KITA SEBUAH PARTI PENIPU JIKA GAGAL MELAKSANAKANNYA...

DAN AKHIR SEKALI PADA PANDANGAN HAMBA KITA JUGA PERLU MEMBINA KESEPAKATAN ANTARA PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT..TANPA KESEPAKATAN INI MANA MUNGKIN KITA MAMPU MENEWASKAN BE-END...JESTERU ITU KITA PERLU KERAP MENGADAKAN PERBINCANGAN DAN PERJUMPAANN BAGI MEMBINA KEMUFAKATAN ANTARA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT...

No comments:

Post a Comment