WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, February 7, 2010

YANG SATU MULUT "LONGKANG" YANG SATU "MULUT SAMPAH"!!!

(gambar tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang belum mati-mati lagi)

Angkasanuri
Aduka Taruna, blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi. Didakwa di bawah Akta Hasutan kerana keceluparan mulutnya kerana didakwa menghina Kesultanan Johor.

Selepas sahaja artikel menghina kerabat Diraja Johor diterbitkan di blognya, kira-kira 20 laporan polis dibuat. Walaupun beliau sudah meminta maaf dan menarik semula artikel yang diterbitkan,namun itu semua sudah terlambat kerana akhirnya beliau didakwa di mahkamah.

Datuk Nasir Safar, nama beliau sebelum ini tidaklah glamour seperti Aduka Taruna. Malah ramai yang tidak mengetahui kewujudan beliau sebagai pegawai khas PM. Tetapi nama beliau tiba-tiba sahaja meletup kerana kenyataan menghina orang cina dan india di negara ini dalam satu ceramah di Melaka baru-baru ini.Beliau telah dapat menandingi kehebatan Aduka Taruna apabila 45 laporan polis telah dibuat terhadap kenyataanya yang menghasut dan berunsur perkauman.

Telah mengakui ketalanjurannya dengan meminta maaf dan meletak jawatan sebagai pegawai khas PM. Polis Melaka melalui kenyataan ketuanya,Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata 85 % siasatan telah dilakukan.

Kita tunggu apa kesudahannya. Datuk Rais Yatim meminta Aduka Taruna meminta maaf kepada seluruh kerabat diraja Johor atas keceluparan yang dilakukan tetapi bersediakah Rais Yatim meminta Nasir Safar meminta maaf kepada seluruh orang cina dan india di negara ini yang dihina sedemikian rupa. Adakah orang cina dan india di negara ini akan memaafkan atas penghinaan yang dilakukan?

Apa yang pasti Aduka Taruna dan Nasir Safar ada persamaannya. Dua-dua mulut celupar. Cuma celupar Nasir Safar dilihat lebih merbahaya kerana segala tembelang Umno melalui1Malaysia hancur dalam sekelip mata dari sudut pandangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NIELAH PAYAHNYA APABILA BERMULUT INSURAN THIRD PARTY....CAKAP MAIN LEPAS TANPA MEMIKIRKAN KESANNYA TERHADAP ORANG LAIN DAN JUGA DIRI SENDIRI....YANG SATU BERMULUT "LONGKANG" DAN YANG SATU BERMULUT "SAMPAH"....DUA-DUA BUSUK DAN MENJIJIKKAN....

MULUT-MULUT SEPERTI INI SANGAT BERBAHAYA DAN BOLEH MENGANCAM KETENTERAMAN AWAM....SI NASIR SAFAR DENGAN MULUT BERBAU LONGKANG TELAH MENIMBULKAN KEMARAHAN MASYARAKAT INDIA DAN CINA APABILA MENGATAKAN MEREKA ADALAH PENDATANG YANG BOLEH DILUCUTKAN KEWARGANEGARAAN....NYATA SEKALI KENYATAAN INI TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH MASYARAKAT CINA DAN INDIA DAN IANYA JUGA TIDAK MENCERMINKAN SLOGAN 1MALAYSIA YANG DILAUNG-LAUNGKAN "BOSNYA" NAJIB ALTANTUYA....

MANAKALA ADUKA TARUNA YANG BERMULUT SAMPAH TANPA BERFIKIR PANJANG TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BERBAUR PENGHINAAN KEPADA AL MARHUM SULTAN JOHOR YANG BARU SAHAJA MENINGGAL DUNIA...ADUKA INI SEMAMANGNYA TERKENAL DENGAN TULISAN-TULISAN BIADAPNYA DI DALAM BLOG BELIAU...BELIAU BUKAN SAHAJA TELAH MENGHINA SULTAN JOHOR MALAH SEBELUM INI PERNAH ENULIS DI DALAM BLOG BELIAU YANG MANA TULISAN ITU TELAH MENGHINA SITI AISYAH...

MANUSIA SEPERTI INI TIDAK BOLEH DIBIARKAN TANPA SEBARANG TINDAKAN TEGAS..JIKA TIDAK IANYA PASTI AKAN MENGUGAT KEAMANAN NEGARA...TINDAKAN TEGAS TERHADAP MEREKA BERDUA JUGA BOLEH MENJADI PENGAJARAN KEPADA ORANG LAIN AGAR MEMIKIRKAN DULU SESUATU PERKARA YANG INGIN DIUCAPKAN ATAI DITULIS....KERANA "TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR..TERLAJAK KATA LU PIKIR LA SENDIRI"......

No comments:

Post a Comment