WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, February 23, 2010

NAKHAIE SAMAN DR ASRI : APE KE HALNYER???


KUALA LUMPUR, 22 Feb — Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi ini.
Dalam saman itu, Nakhaie sebagai palntif menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan pertama hingga kelapan.
Hussamuddin merupakan penerbit akhbar Sinar Harian, manakala Sri Diah, Azmi dan Lailatun Khalilah adalah editor akhbar tersebut dan Siti Azila merupakan wartawannya.
Kumpulan Karangkraf merupakan pemilik akhbar Sinar Harian, dan syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar terbabit


Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 Nov tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.
Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada kesemua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.

Sementara itu dalam sidang media di luar mahkamah, Nakhaie memberitahu pemberita bahawa beliau telah beberapa kali memberi peluang kepada Asri untuk membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataan tetapi beliau gagal berbuat demikian. —

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : SIAPA NAKHAIE DAN SIAPA DR ASRI KITA SEMUA PASTINYA SUDAH TAHU...DR ASRI PASTINYA TIDAK AKAN MENGELUARKAN DAKWAAN TANPA HUJAH ATAU ALASAN YANG KUKUH...APAKAH NAKHAIE AKAN BERJAYA DALAM SAMANNYA SAMA-SAMA KITA LIHAT NANTI..ATAU APAKAH NANTI SAMANNYA ITU AKAN MEMDEDAHKAN KEBENARAN YANG AKAN MENJATUHKAN AIR MUKANYA??KEBENARAN PASTI AKAN MENCERITAKAN SEGALANYA....TUNGGUUUUUUUUU!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment