KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.
Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.
Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.
Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.
Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.
Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.
"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).
"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.
Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.
Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.
Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : PENAFIAN BERTERUSAN KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA TERHADAP HAK RAKYAT KELANTAN UNTUK MENDAPAT WANG ROYALTI MINYAK MEMBUKTIKAN SIKAP SEBENAR KERAJAAN UM-NO/BE-END..
JIKA SELAMA INI NAJIB ALTANTUYA MERASAKAN BAHAWA SLOGAN 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN BOLEH MENAMBAT HATI RAKYAT KINI BELIAU BOLEH MEMIKIRKAN UNTUK MENCARI SLOGAN LAIN...INI KERANA SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN NYATA SAMA SEKALI TIDAK RELEVAN JIKA DILIHAT CARA KERAJAAN 1MALAYSIA MELAYAN RAKYAT KELANTAN DALAM TUNTUTAN WANG ROYALTI INI..
TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA MENGANTIKAN WANG ROYALTI DENGA WANG EHSAN ADALAH SUATU TINDAKAN YANG MEMPUNYAI MAKSUD JAHAT DAN SANGAT-SANGAT DIRAGUI AKAN KETELUSANNYA...INI MENGAMBIL KIRA DARI APA YANG PERNAH TERJADI DI NEGERI TERENGGANU KETIKA PAS MEMERINTAH..NYATA SEKALI WANG EHSAN ITU TIDAK SEPENUHNYA SAMPAI KEPADA RAKYAT...BERLAKUNYA PENYELEWENGAN DALAM PENGAGIHAN WANG TERSEBUT..
RAKYAT KELANTAN TELAH BERSUARA MENOLAK WANG EHSAN INI..DAN JIKA BENAR KERAJAAN 1MALAYSIA MENDAHULUKAN RAKYAT DAN MENGUTAMAKAN PERCAPAIAN MAKA WANG ROYALTI MINYAK INI MESTI DISERAHKAN KEPADA KELANTAN...INI KERANA KELANTAN SEMEMANGNYA BERHAK MENDAPAT WANG ROYALTI INI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITANDA TANGANI DALAM PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN PUSAT,KERAJAAN NEGERI DAN JUGA PETRONAS..
SEBARANG CUBAAN MENAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN INI ADALAH CUBAAN MENGKHIANATI PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI SEBELUM INI...DAN IANYA JUGA MERUPAKAN SATU PENGKHIANATAN TERHADAP AMANAH YANG DITINGGALKAN OLEH MANTAN PM TUN RAZAK YANG JUGA MERUPAKAN BAPA KEPADA NAJIB ALTANTUYA...KEMBALIKAN HAK RAKYAT JIKA BENAR MENDAHULUKAN RAKYAT!!!!
No comments:
Post a Comment