WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, February 7, 2010

MEDIA PENGAMPU...UMPAMA "KERAJAAN GHAIB"




Khairul Azlam Mohmad
KUALA TERENGGANU, 6 Feb: Media memainkan peranan yang sangat besar dalam masyarakat hingga dianggap sebagai ‘kerajaan kedua’ kerana mereka boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Mohd Salleh berkata, peranan wartawan media seperti sebuah ‘kerajaan’ yang boleh menjatuhkan kerajaan yang sedia ada hari ini.

“Kita menyedari peranan wartawan dalam mencorakkan masyarakat sangat besar dan sebagai kuasa penentu.

“Peranan wartawan juga seperti sebuah kerajaan kedua yang boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan sebagaimana yang berlaku dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kewartawan Islam anjuran Jabatan Penerangan PAS negeri di Markas Tarbiah PAS Kawasan Kuala Terengganu, di sini pagi ini.

Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tumbang di beberapa buah negeri pada PRU ke-12 lepas tetapi menghilangkan kemenangan dua pertiga di peringkat Pusat.

Menurutnya, situasi yang berlaku itu adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh media terutama media baru dan alternatif yang mendedahkan kepincangan dan penyelewengan BN secara meluas.

“Kami berharap para wartawan media baru dan alternatif ini dapat meneruskan peranan dengan lebih serius agar Pakatan Rakyat memenangi PRU ke-13 nanti di peringkat Pusat dan meruntuhkan kerajaan BN negeri-negeri,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa masyarakat hari ini sudah celik media dan tidak lagi bergantung dengan berita yang disiarkan oleh media arus perdana yang mengampu kerajaan sebaliknya mendapatkan maklumat daripada media baru dan alternatif.

Justeru itu, beliau berharap para wartawan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat berdasarkan sumber yang jelas agar masyarakat mendapat info yang benar-benar sahih.

Ketika berucap merasmikan seminar yang julung kali diadakan itu, beliau berharap para peserta dapat memainkan peranan serta mempunyai tanggungjawab keagamaan.

Menurutnya, ini kerana wartawan Islam juga mempunyai peranan dakwah kepada umum.

“Kita harap peserta kursus atau seminar ini supaya aktif dan maklumat parti dapat disalurkan sebaik mungkin dan berperanan memperkenalkan PAS kepada masyarakat,” ujarnya.

Katanya, banyak isu di peringkat akar umbi perlu disebarkan kepada umum termasuk peranan PAS dalam membina masyarakat dan negara.

Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong turut membentangkan kertas ‘Asas Penulisan Berita’ pada seminar sehari itu yang dikendalikan oleh Ketua Unit Penerbitan PAS negeri, Dr Azman Ibrahim.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KERANA SIKAP BERAT SEBELAH MEDIA PENGAMPU INILAH MAKA WUJUBNYA PARA BLOGGER DI NEGARA INI....DAN AKIBAT LAPORAN BERITA YANG SERING KALI TIDAK TEPAT DAN BERAT SEBELAH OLEH MEDIA PENGAMPU INI MAKA BLOG-BLOG KINI MENJADI SUMBER RUJUKAN ALTERNATIF RAKYAT MELAYSIA YANG LEBIH DIYAKINI AKAN KEBENARANNYA......

No comments:

Post a Comment