WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, February 3, 2010

LAKSAMANA KULI YANG GAGAH PERKASA BERJUANG MENENTANG LANUN DURJANA

(Um-no cuba "merompak" wang royalti rakyat Kelantan)


Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah berbeza pandangan dengan kepimpinan Umno dalam isu royalti minyak berpunca dari dasar dan amalan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak bersifat pro-rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Keberanian Ku Li mengambil pendirian yang bertentangan dengan pendirian kerajaan (pimpinan Najib) adalah suatu langkah yang mendahulukan rakyat," katanya.

Kerajaan Najib menafikan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan dan meniru apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang memutuskan untuk memberikan wang ihsan sahaja kepada Terengganu yang waktu itu ditadbir oleh kerajaan PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menidakkan royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebagai tindakan yang bersifat memusuhi dan melancarkan perang, Mahfuz melihat tindakan Razaleigh hakikatnya mahu mempertahankan kedaulatan kerajaan dan rakyat Kelantan.

Beliau bersetuju dengan penegasan Razaleigh di akhir ucapannya dalam majlis Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Kota Bharu minggu lalu bahawa Kelantan bukan peminta sedekah.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tindakkan Razaleigh itu mengingatkan kembali rakyat Malaysia pada peristiwa keberanian beliau menentang Dr Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden Umno 1987 lalu sedangkan pada waktu itu Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Tindakkan Ku Li pada waktu itu adalah berpunca daripada dasar dan tindakkan Dr Mahathir yang merugikan rakyat," katanya.

Mahfuz yakin, tindakan Razaleigh adalah untuk meletakkan kembali Malaysia pada landasan yang betul setelah sekian lama menyimpang dari landasan dan amalan demokrasi.

Tindakan kerajaan Najib yang tidak pro-rakyat itu, katanya, termasuk penafian bayaran tunai royalti minyak ke atas Kelantan yang merupakan lanjutan dari dasar penafian ke atas Terengganu yang dibuat oleh Dr Mahathir ketika PAS memerintah negeri itu.

"Saya mengharap lebih ramai di kalangan pimpinan Umno dan BN akan tampil untuk bersama Tengku Razaleigh dan rakyat Malaysia dari semua latar belakang agama, warna kulit dan ideologi politik untuk menyelamatkan Malaysia dari porak poranda akibat dari dasar kerajaan BN yang bersifat kemaruk kuasa," katanya.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : UM-NO NAMPAKNYA BARANGKALI TERLUPA SIAPA TENGKU RAZALEIGH(KuLi)....SELAIN MERUPAKAN ANAK JATI KELANTAN BELIAU JUGA MERUPAKAN BEKAS PENGERUSI PETRONAS YANG TERLIBAT DALAM MENANDATANGANI PERJANJIAN WANG ROYALTI ANTARA PETRONAS DAN KERAJAAN NEGERI DI MALAYSIA..
SEBAGAI ANAK JATI KELANTAN SUDAH TENTU KU LI TAK SANGGUP MELIHAT "HAK" NEGERI KELAHIRANNYA DINAFIKAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END YANG TAMAK DAN BERSIFAT PENDENDAM INI....KEBERANIAN KU LI HADIR MEMBERIKAN CERAMAH DI PERHIMPUNAN SOLAT HAJAT DAN CERAMAH ROYALTI MINYAK PADA 28 HB JANUARI BARU-BARU INI MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU SANGGUP MENGENEPIKAN PERJUANGAN PARTI YANG BELIAU SERTAI DEMI MENEGAKKAN YANG "HAK"....
KEBERANIAN INI PATUT MENDAPAT PERHARGAAN DARI RAKYAT KELANTAN....WALAUPUN BERBEZA PARTI POLITIK DEMI MENDAPATKAN"HAK" NEGERI KELAHIRAN BELIAU SANGGUP BERSAMA-SAMA KERAJAAN PAS KELANTAN MENUNTUT HAK ROYALTI MINYAK INI....SEMOGA AKAN ADA LEBIH RAMAI LAGI ANAK KELAHIRAN BUMI KELANTAN YANG BERADA DI DALAM UM-NO/BE-END BERANI TAMPIL MENYATAKAN KEBENARAN DEMI MENDAPATKAN HAK RAK KELANTAN INI...

No comments:

Post a Comment