WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, February 4, 2010

NASIB BAIK KONDO...KALAU TIDAK KENA USUNG KE MAHKAMAH LAGI LER..!!



Hafiz Yatim

Kes perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.

Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : KALAU DULU TILAM DIBAWA KE MAHKAMAH TAPI KALI INI NASIB BAIK IANYA MELIBATKAN SEBUAH KONDO YANG TAK BOLEH NAK DIUSUNG KE MAHKAMAH...BAYANGKANLAH KALAU HAKIM MENGARAHKAN KONDO TERSEBUT DIUSUNG KE MAHKAMAH....TERPAKSALAH MINTA PERTOLONGAN DENGAN JIN ALADIN....

No comments:

Post a Comment