IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.
Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini Isnin.
Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Feb ini berpihak kepadanya.
Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.
"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.
Sumber : Bernama
JEBAT_BERANI : SI KUDETA NI SEDAR KE TAK APA YANG DIUCAPKANNYA??!!LAWAK APA KE JENIS YANG CUBA DIE NIE NAK BUAT??!!DOK CABAR YB PR LETAK JAWATAN JIKA BENAR MENJADI PILIHAN RAKYAT...??YANG HANG-TU BERANI KE BUBAR DUN KALAU YAKIN SANGAT KERAJAAN YANG "DIROMPAK" ITU DISOKONG RAKYAT...KALAU BENAR SI KUNDETA INI YAKIN MENJADI PILIHAN DAN DISOKONG RAKYAT SEMENJAK MEMERINTAH PERAK,BUBARLAH DUN...KITA TENGOK SAPA SEBENARNYA YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT...JANGAN HANYA TAHU MENCABAR ORANG TAPI TAKUT UNTUK "BERADU"...
No comments:
Post a Comment