KOTA BHARU, 25 Feb: Masyarakat minoriti di Kelantan bertuah apabila sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Malah setiap tahun kaum Tionghua dan India diraikan kerajaan negeri pada sambutan hari kebesaran kaum terbabit.
Dan pada 27 Februari ini kaum Cina akan diraikan sempena Tahun Baru yang akan diadakan di Tokong Kuang Thai Meow Kampung Baru, Gua Musang.
Program yang dikenali sebagai Malam Jalinan Mesra Antara Kaum peringkat negeri itu diadakan pelbagai aktiviti termasuk jamuan makan malam, pertunjukan kebudayaan Cina dan persembahan akrobatik dari negara China.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, program itu diadakan setiap tahun dengan melibatkan pelbagai kaum sehingga ke peringkat jajahan.
“Kita sentiasa mendampingi masyarakat dari kaum lain seperti Tionghua, India, Siam dan Orang Asli.
“Dengan adanya program seperti itu diharap hubungan antara kaum di Kelantan dapat dipertingkatkan lagi,” katanya di sini.
Beliau juga berkata, konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan sejak 20 tahun lalu kini diterima dengan lebih meluas semua kaum di Kelantan.
“Keharmonian kaum di Kelantan terbukti pada tahun 1969 ketika berlakunya rusuhan kaum, Kelantan tetap selamat dan berada dalam aman,” katanya.
Baru-baru ini PAS Kota Bharu, Pusat Khidmat Dun Kota Lama dan Pusat Khidmat Dun Chetok mengadakan program khas sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : INILAH YANG MENARIKNYA BILA BERBICARA TENTANG RAKYAT KELANTAN...TAK KIRA MELAYU,CINA ATAU INDIA MEREKA BEGITU RAPAT SEKALI SEHINGGA KITA TIDAK AKAN MELIHAT SEORANG PUN MASYARAKAT CINA ATAU INDIA YANG TIDAK BOLEH BERDIALEK KELANTAN DENGAN BAIK..MALAH KADANG KALA ORANG LUAR YANG MELAWAT NEGERI KELANTAN AKAN TERKEJUT MELIHAT BAGAIMANA KAUM CINA DAN INDIA KELANTAN BEGITU FASIH BERBAHASA MELAYU BERBANDING DENGAN KAUM CINA DAN INDIA DI NEGERI LAIN..INI ADALAH KERANA KEAKRABAN MEREKA DENGAN KAUM MELAYU DI KELANTAN..HASILNYA MEREKA BERUPAYA BERBAHASA MELAYU DIALEK KELANTAN DENGAN SANGAT BAIK SEKALI..MALAH BUKAN ITU SAHAJA,KAUM CINA DAN INDIA KELANTAN JUGA BEGITU MEMAHAMI AKAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN..INI KERANA MEREKA TIDAK PERNAH DIPINGGIRKAN DALAM APA JUA MAJLIS YANG DIANJURKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU KELANTAN..KEADAAN INI MENIMBULKAN RASA HORMAT DAN MEMAHAMI AKAN BUDAYA ANTARA SATU SAMA LAIN..SELAIN ITU JUGA KITA AKAN MELIHAT BAGAIMANA ADANYA KAUM CINA DAN INDIA DI KELANTAN YANG DIPANGGIL DENGAN NAMA MELAYU OLEH KAUM MELAYU BAGI MEWUJUDKAN SUASANA YANG LEBIH MESRA DIANTARA MEREKA..DAN KAUM CINA DAN INDIA INI TIDAK MERASA MARAH MALAH MERASA BANGGA DAN SANGAT SUKA SEKALI..INI MENUNJUKKAN MEREKA DITERIMA OLEH KAUM MELAYU DI KELANTAN TANPA MEMBEZAKAN ANTARA SATU-SATU KAUM...HAL INI NYATA SEKALI JARANG KITA LIHAT DI MANA-MANA NEGRI DALAM MALAYSIA..OLEH ITU JIKA DIAMATI BETUL-BETUL,HANYA KELANTAN NEGERI YANG LAYAK DIKATAKAN MENGAMALKAN KONSEP 1MALAYSIA YANG SEBENAR-BENARNYA..MALAH P-END NAJIB ALTANTUYA YANG MENGASASKAN 1MALAYSIA INI PUN TIDAK BERUPAYA MEREALISASIKANNYA SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN...HAMBA BERANI MENCABAR SESIAPA SAHAJA UNTUK MENAFIKAN KENYATAAN HAMBA INI..OLEH YANG DEMIKIAN JIKA P-END NAJIB ALTANTUYA BENAR-BENAR INGIN MELIHAT KONSEP 1MALAYSIA INI BERJAYA BELIAU PERLU BELAJAR DARI RAKYAT KELANTAN DAN JUGA KEPIMPINAN KERAJAAN KELANTAN...JIKA TIDAK KONSEP 1MALAYSIA INI HANYA AKAN MENJADI ANGAN-ANGAN MAT JENIN SEMATA-MATA SAHAJA..
No comments:
Post a Comment