WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, February 6, 2010

KERANA "DIRECTOR" DAN "SKRIP" SAIFUL FITNAH "IDOLANYA"!!!

(Benarkah Dato Seri Anwar Ibarahim "idola" Saiful Bukhari)

S Pathmawathy

Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala lumpur bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi idolanya semasa dia membesar.

Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang berkarisma.

Saiful juga menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat dengan Anwar.

Katanya, seorang rakannya Rahimi Osman menelefonnya meminta beliau datang ke pejabat Rahimi yang juga merupakan pejabat Anwar untuk berbual kerana mereka lama tidak berjumpa.

Saiful mendakwa semasa berbual, Rahimi ada bertanya kepadanya sama ada beliau berminat untuk bekerja di pejabat itu sebagai pembantu pejabat bagi membantu Rahimi kerana mereka kekurangan kakitangan disebabkan ramai yang terlibat dalam pilihan raya umum ke-12.

"Lepas kami berbincang, saya mula-mula 50-50 sama ada nak setuju atau tidak. Lepas itu Rahimi ajak saya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Rahimi kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihan raya," katanya.

Beliau duduk dalam bilik itu dan beberapa minit kemudian Anwar masuk dan diperkenalkan kepada Anwar oleh Rahimi.

Saiful berkata selepas mesyuarat itu, Anwar berkata "Saya hargai bantuan awak kepada kami", sebagai isyarat beliau menerimanya sebagai sukarelawan.

Mohamed Yusof: Ada Anwar tanya latar belakang anda?
Mohd Saiful : Ada
Mohamed Yusof : Ada anda minat kerja itu?
Mohd Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil.

Ditanya mengapa dia berhenti bekerja untuk Anwar, saiful mengulangi bahawa dia kekurangan disiplin dan tidak layak untuk jawatan berkenaan.

Beliau juga bimbang berhubung pandangan kakitangan lain kerana layanan istimewa yang diberikan kepadanya, termasuk sebuah pejabat persendirian.

Saiful berkata beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan, bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di Seksyen 16, Petaling Jaya.

"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya, serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.

Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?
Mohd Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.

Pada peringkat ini, peguam utama Anwar, Karpal Singh membantah penggunaan perkataan "lagi" memandangkan perkataan itu tiada dalam pertuduhan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menjelaskan bahawa perkataan "lagi" yang dimaksudkan oleh Mohd Saiful ialah "dia tidak mahu insiden itu berulang di masa depan."

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : KASIHAN SISAIFUL TERPAKSA MENFITNAH IDOLANYA SENDIRI....KERANA MENURUT ARAHAN "DIRECTORNYA" DAN APA YANG TERTULIS DALAM "SKRIP" SISAIFUL DENGAN BERAT HATI TELAH MENFITNAH IDOLANYA...APALAH AGAKNYA YANG BERMAIN DI BENAK FIKIRAN SISAIFUL APABILA TERPAKSA BERBUAT DEMIKIAN....SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN BUAT SAIFUL KEMBALI MENYATAKAN KEBENARAN SEBELUM TERLAMBAT...

No comments:

Post a Comment