WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, February 20, 2010

SAKSI : MAKAN RASUAH BUKAN PELIK..HAHAHAHAHA


Dua saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, memberitahu Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini penerimaan wang tunai dalam satu majlis yang dihadiri mereka bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran, Nasaruddin Abdullah, 47, berkata beliau tidak berasa pelik selepas menerima wang daripada seorang lagi AJK Umno Bahagian itu, Datuk Khadri Musa pada satu majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh, Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lepas yang turut dihadiri Mohamad Norza.

Ketika disoal balas peguam Halimi, Jahaberdeen Mohd Yunoos mengenai alasan kenyataannya itu, Nasaruddin yang merupakan saksi pendakwaan ke-12 berkata, mereka berdua sering berbalas memberikan wang.

Jahaberdeen: Bila Datuk Khadri bagi (wang), adakah kamu rasa pelik?

Nasaruddin: Biasa saja, sebab biasa jumpa, dia (Khadri) bagi duit, kadang-kadang saya bagi duit kat dia...kami sama-sama kontraktor.

Terdahulu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Hairy, Nasaruddin berkata beliau ada menerima wang berjumlah RM300 dan telah membelanjakannya.

Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang sebenarnya memberikan wang itu, Nasaruddin berkata, beliau tidak mengetahuinya.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Januari tahun lalu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula didakwa atas dua tuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sementara itu, seorang lagi saksi, pegawai seranta Felda, Shaiful Azman Mohtar Afendi, 46, juga menyatakan beliau tidak hairan dengan pemberian wang oleh Khadri pada majlis itu kerana telah mengenali individu tersebut sejak kecil lagi.

Katanya, Khadri kadang-kadang meminta wang daripadanya selain beliau sendiri ada meminta wang daripada kawannya itu.

Malah Shaiful Azman yang juga merupakan Ketua Penerangan Umno Bahagian Maran berkata, ketika menghadiri majlis tersebut, Khadri mengetahui beliau baru sahaja pulang daripada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan mungkin memerlukan wang.

Jahaberdeen: Jadi dalam minda, kamu rasa pemberian duit ini, kawan yang bagi sebab dia prihatin?
Shaiful Azman:Ya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof bersambung pada 2 April depan.

Sumber : Bernama
JEBAT_BERANI : BUKAN JEBAT YANG KATA,BUKAN PAS YANG KATA,BUKAN PAKATAN RAKYAT YANG KATA...DEPA SENDIRI YANG KATA.....DUIT SAPA DEPA BAGI??!!MUNGKIN DUIT MAKCIK YANG JUAL GORENG PISANG,MUNGKIN JUGA DUIT PAK MAT YANG JUAL CENDOL ATAU MUNGKIN JUGA DUIT AH CHONG POMEN MOTOR....APA-APA PUN HAMBA YAKIN ITU BUKAN DUIT MEREKA......SAPA KATA??!!MEREKALAH YANG KATA........................................................................

No comments:

Post a Comment