WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, February 16, 2013

UMNO YANG GILA TALAK!!!!



A minta B rujuk semula dengannya dan dalam masa yg sama A minta B bercerai dengan pasangannya sekarang...

Tapi A tak nak pula bercerai dengan pasangannya...Patut ke?...Gila talak betul la...hahaha

Itulah UMNO...Nak 'bersatu' dengan PAS kononnya....Dan mahukan PAS meninggalkan rakan sekutunya DAP dan PKR...Tapi UMNO tak nak pula tinggalkan MCA,MIC dan lain2 rakan sekutunya...Apa kes?!....Nie tak lain dan tak bukan hanya untuk menghancurkan Pakatan Rakyat semata-mata...

p/s : gambar diambil dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi...Lokasi gambar ini di jejantas berhampiran pejabat New Straight Times Bangsar dan bersebelahan Restoran Leeyas Coerner

Jebat tertanya-tanya siapakah gerangan yang mencetak banner ini...NGO kah,UMNO kah atau PAS kah...kah,kah,kah,kah,kah,kah....Yang pasti bagi Jebat bukan PAS sebab PAS memang tak hingin nak 'rujuk' balik dengan UMNO yng dah bercerai 'talak 3' dengan PAS sebelum ini....

Mungkin gambar2 dibawah ini boleh menceritakan serba sedikit dari mana datangnya banner2 ini....

 
 
KAH,KAH,KAH,KAH.....SIAP TEMPAH KAT KILANG....NAMPAK SANGAT2 TERDESAK....KASIHAN...ITULAH...ORANG BAGI AMANAH KORANG PERSIAKAN...BILA DAH TERDESAK,MULA LA MEROYAN 'GILA TALAK'....KAH,KAH,KAH

Monday, August 13, 2012

DAP SEDIA MUZAKARAH...UMNO BILA LAGI?!

So apa penjelasan UMNO pula selepas ini??

Hudud: DAP sedia muzakarah
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
13 Ogos 2012
Hudud: DAP sedia muzakarah
Muka depan Sinar Harian Ahad 12 Ogos 2012 (semalam)
SHAH ALAM - DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu.

"Komponen kita berbeza dengan Umno yang tidak hirau dengan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) sama ada MIC, MCA, mahupun parti komponen di Sabah dan Sarawak.

"Saya mahu tahu adakah persetujuan parti-parti lain diminta oleh Umno bagi mengisytiharkan negara Islam secara unilateral? Bagi saya, kenyataan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan pendirian Pas yang juga dihormati dan diiktiraf oleh DAP," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, walaupun berbeza pendapat mengenai sesetengah isu, perjuangan PR atas dasar bersama dan prinsip sejagat seperti kebenaran, ketelusan, kesaksamaan dan demokrasi akan terus dipertahankan.

Kelmarin, Abdul Hadi menegaskan DAP berhak menyatakan pendirian berkenaan hudud, termasuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum Islam itu.

Namun kata Abdul Hadi, Pas akan terus berusaha jelaskan kepada pemimpin DAP, termasuk Pengerusinya, Karpal Singh, tentang prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, DAP menghormati syariah dan hudud yang dibawa agama Islam kerana ia adalah sebahagian daripada agama itu.

"Kita menghormatinya, malah nilai keamanan dan kebaikan dibawa setiap agama perlu dihormati agama lain. DAP hormati asas agama yang dibawa mana-mana agama," katanya.

Jebat Berani : Nampaknya UMNO/Bn telah terperangkap dengan permainannya sendiri...Jika DAP dikatakan kafir harbi kerana sebelum ini menolak pelaksanaan negara Islam oleh PAS,kini mereka sedia untuk bermuzakarah dengan PAS untuk menilai dan memahami akan pelaksanaan negara Islam ini...

Tapi bagaimana pula dengan MIC dan MCA? Apa yang UMNO lakukan untuk menjelaskan kepada mereka tentang negara Islam? Bukankah MCA sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud dan negara Islam? Mengapa mereka ini tidak UMNO kategorikan sebagai kafir harbi??

Nampaknya ulama UMNO hanya berfatwa untuk RM sahaja...Tanpa RM maka tiadalah fatwa....ermm ULAMA @ ULAR MAMAK???!!!

Sunday, August 12, 2012

FATWA RM50K???!!!...BILA AGAMA DIDUSTAKAN...


RM50,000 untuk keluarkan fatwa haram sokong DAP

0
-1
  
Pada 7 Ogos lalu, Utusan melaporkan tentang seorang tokoh ulama di Kelantan yang mengeluarkan fatwa tentang haram menyokong DAP. Dalam laporan tersebut, Abdullah Saamah dikatakan berkata,
“Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.”
ADUN Kelaboran, YB Mohd Zaki Ibrahim menjelaskan siapa sebenarnya Abdullah Saamah. Mohd Zaki mendedahkan bagaimana Abdullah Saamah menerima cek bernilai RM50,000 dari Muhyidin Yasin untuk bantuan kepada Pondok Geting. Mohd Zaki juga mendedahkan bahawa Pondok Geting sebenarnya tidak wujud dan gelaran Tuan Guru yang diberikan kepada Abullah Saamah hanyalah dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.
Tontoni video dibawah.


Sumber : Media Perak


JEBAT BERANI : Bila wang ringgit mengatasi kewarasan dan ilmu di dada maka inilah yang berlaku...Ilmu tidak lagi 'memandu' diri ke arah kebenaran...Kewarasan akal fikiran tidak lagi mampu membuat keputusan dengan bijaksana...Moga-moga Allah S.W.T membuka pintu hati mereka....

Saturday, August 11, 2012

1MALAYSIA BIKIN 1MALAYSIA PENING : UMNO/BN NAK PERANG???!!!!


Fatwa kafir harbi umpama ajak perang

Harakahdaily,10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin(gambar) berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Katanya, mana-mana pihak perlu membuat penelitian dalam konteks politik sebenar negara ini sebelum mengeluarkan 'fatwa' sedemikian.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan, kafir harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan ummat Muslimin dan agama Islam.

Mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka menyerang ummat Islam atau membantu pihak lain menyerang ummat Islam. Dan Allah SWT juga memerintahkan kita ummat Muslimin supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin).

JANJI DICAPATI : KERANA MULUT,ANU JADI MANGSA


Cabar Pandelela, peminat tuntut 'janji kerat'
RAZIATUL HANUM A. RAJAK DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
10 Ogos 2012
Laman sosial yang menyokong Pandelela.
Laman sosial facebook yang menyokong Pandelela.
[DIKEMAS KINI JAM 4.30 PETANG] SHAH ALAM - Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.
Johari antara lain menulis: "Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."
Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.
Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen... siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."
"Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain... saya sedihlah," katanya dalam mesej Twitter berikutnya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online mendapati laman sosial itu telah pun ditutup sejak tengah hari tadi.
Pemegang akaun itu juga telah memohon maaf atas keterlanjuran.
Laman Facebook yang dibuka untuk menyokong Pandelela menyebut, "Johari sudah meminta maaf atas tindakkannya mengeluarkan status berbaur lucah terhadap atlet Malaysia."
Ini merupakan kes kontroversi kedua melibatkan kejayaan dan prestasi atlet negara mengutip pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London.
Sabtu lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mempertikaikan Datuk Lee Chong Wei selepas beliau gagal memperoleh pingat emas dalam acara badminton.

Pemantauan ke atas laman sosial Facebook dan Twitter mendapati mereka menuntut Johari, yang menggunakan nama Johari Yahiko dan alaun @JohariPain, agar menunaikan janji kerana Pandelela berjaya memperoleh pingat gangsa kira-kira jam 3 pagi tadi.
Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, Khairy Jamaluddin berkata, "orang yang paling benci tema 'Janji ditepati' adalah brader yang kata nak potong kemaluannya jika Pandelela menang pingat Olimpik. Oh mai."

Seorang peminat Pandelela, Putera Miza berkata: "Kesian Johari Pain, kena kerat kali kedua, kah kah kah. Siapa suruh cakap macam tu, kan dah terkena. Apa lagi kita potong potong potong."

Insan Kerdil pula berkata: "Inilah orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."
Afiq Maolenin berkata: "Johari Pain juga dikenali sebagai Yahiko Akatsuki. Hahahaha! dari orang Kelantan jadi orang Jepun sesat pulak."
Sementara itu, terdapat beberapa akaun yang didaftarkan atas nama "Johari Pain Mohon Kerat", "Johari Pain dah potong ke belum", "Johari Pain ku tunggu janji mu", "Janji Johari Pain Janji Dikerat." telah mendapat jumlah pengikut yang ramai semenjak Johari mengeluarkan kenyataan "janji kerat" di laman sosial Facebooknya.
Seorang lagi peminat Khairulnnisa, menyatakan di Twitter "bila dah gelabah dan-dan buat statement 'sedangkan Nabi ampunkan umat', ada akal tak nak guna sebelum buat statementpotong penis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat status yang memuji kemenangan penerjun negara itu melalui laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Pandelela berkata kejayaannya di Sukan Olimpik London semalam akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.

Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik," kata anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik, London.

Friday, August 10, 2012

HANYA DI KELANTAN : BILA RAJA MENDAULATKAN AGAMA BUKANNYA DARJAT



Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan

Harakahdaily,10 Ogs 2012
KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.

Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.

Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.

Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.

Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.

Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.

Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi.





Wednesday, August 8, 2012

PENCEN SEMINGGU TERUS SERTAI PAS


Baru seminggu pencen, pegawai kanan sertai PAS


Yang dah Pencen lama apa tunggu lagi, sampai bila nak duduk dalam kelompong dunggu huhuhuhu
 
KETEREH: Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai PAS.

Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.

Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.

Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama di majlis  tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.

“Sebenarnya saya sudah lama mengikuti kuliah Musyidul Am di Medan Ilmu setiap pagi Jumaat. Jarang benar saya tidak hadir.

“Kesedaran agama sudah lama berputik. Ini tidak pelik bagi setiap pegawai kerajaan di Kelantan. Ketika berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Krai saya mulai menghafal ayat-ayat suci al Quran,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1982 berkata, mahu menzahirkan secara rasmi sebagai ahli PAS selepas tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

“Insya-Allah kehadiran saya mungkin boleh memberi sedikit nilai tambah kepada perjuangan PAS di sini,” katanya yang kini menetap di Ketereh. Berasal dari Tendong, Pasir Mas.

Jebat Berani : Kalau macam nielah gayanya...Lama lama boleh pupus UMNO/BN...So kepada yang mempertikaikan keupayaan Pakatan Rakyat untuk memerintah,lihatlah kini dalam Pakatan Rakyat dah ada macam2 orang..Takde hal la nak memerintah Malaysia..hehe

UMNO BAGI 'ANGPAU' KEPADA MCA.MIC & GERAKAN


Umno hadiah kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan



Isu  yang sering dicampak oleh media khadam UMNO ialah 90 kerusi untuk DAP, tujuannya untuk memikat pengundi Melayu supaya terus bersama UMNO, walaupun sudah ada keraguan yang banyak terhadap kemampuan UMNO memimpin negara bersama rakan-rakannya, khususnya dengan penyertaan beberapa tokoh UMNO dan pegawai tinggi kerajaan yang bersih dan tidak berkepentingan bersama PAS. Memang rakyat Melayu yang jahil sepak terajang politik tidak nampak dengan hakikat yang nyata berlaku di lapangan seluruh negara.

Perlu dikaji bahawa beberapa senario pilihanraya menunjukkan DAP terus bertapak di kawasan majoriti bukan Islam. DAP tidak mampu bertapak di kawasan majoriti Melayu, jumlah sebenar yang mampu bagi DAP untuk menang  tidak sampai lebih daripada 50 kerusi. Kedudukan DAP yang kuat ini  sehingga MCA, MIC dan Gerakan (rakan sejawat UMNO) tersingkir dalam beberapa kali pilihanraya dan akhirnya  hilang  kuasa di Pulau Pinang dan tersingkir di banyak tempat di peringkat Parlimen. Maka UMNO terpaksa merancang untuk menyelamatkan kuasa  semata-mata, walaupun menjual maruah agama dan bangsanya sendiri.

Keadaan menunjukkan bahawa DAP sekadar berkemampuan lebih kurang  jumlah kerusi tersebut sehingga tidak ada alasan untuk menjadi parti mengepalai kepimpinan negara, dengan kadar itu daripada jumlah semuanya 222 kerusi di parlimen. Maka yang lebih daripada itu adalah  rebutan di antara PAS, PKR Melayu dan UMNO dengan sedikit berbeza di Malaysia Timur bagi bumiputera. Di sinilah juga maka DAP bersama menerima asas yang sudah ada dalam Perlembagaan Negara yang telah disalah urus oleh UMNO bersama BN. DAP menerima kedudukan Islam adalah agama persekutuan, serta hak yang adil kepada agama-agama yang lain. Hak istimewa bumiputera dan hak yang adil terhadap kaum yang lain, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan hak bahasa ibunda berbagai kaum, dan menerima konsep raja berperlembagaan.

Sesiapa yang mengkaji secara mendalam di sepanjang perjalanan pilihanraya mencetuskan kesedaran betapa UMNO adalah  parti sekular pragmatik yang lebih bertujuan untuk mempertahankan kuasa  semata-mata, tanpa agenda yang sebenar mempertahankan Melayu dan Islam, lebih malang dan zalim apabila menyalahkan pihak lain yang boleh mencetuskan kekacauan dan UMNO hanya ingin mengambil kesempatan dengannya bagi meneruskan kuasanya.

Sikap pemimpin UMNO dan langkah politik  mereka mendedahkan perjuangannya yang sebenar, bukan sahaja Islam dan Melayunya diperkuda dengan topeng hak istimewa, bahkan kerusi Islam dan Melayu yang telah diakui oleh semua kaum lain dihapuskan oleh UMNO, demi menyelamatkan rakan sejawatnya, MCA, MIC dan Gerakan.

Kepada sesiapa yang  membaca politik UMNO akan menemui betapa UMNO menyerahkan banyak kerusi campuran, majoriti Islam dan Melayu di seluruh negara kepada rakan sejawatnya MCA, MIC dan Gerakan bagi menyelamatkan kuasa semata-mata. Walaupun PAS meletakkan calonnya di kawasan tersebut, UMNO wajib mengalahkan PAS walaupun dengan politik wang tanpa batas khususnya membeli pengundi-pengundi Melayu Islam di kawasan yang dihadiahkan kepada MCA dan Gerakan. Jentera UMNO dikerahkan bermati-matian, termasuk guru-guru agama  bagi menunjukkan kesetiaannya kepada MCA, MIC dan Gerakan.

Dipihak yang lain pula UMNO menggunakan kuasa majoriti di parlimen menambah kerusi di peringkat negeri dan pusat. Hanya di negeri-negeri dan kawasan Melayu kuat UMNO sahaja dilakukan penambahan kerusi dengan jumlah dan persempadanan yang sangat tidak seimbang  dan dengan sengaja tidak menambah kerusi di negeri-negeri dan kawasan-kawasan di pantai timur dan utara semenanjung yang besar majoriti Islam dan Melayunya (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis). Ada kawasan yang jumlahnya lebih daripada lapan puluh ribu dan sempadannya lebih besar daripada negeri Melaka dan Perlis, seperti Baling, Gua musang, Kemaman dan sebagainya, tidak berubah sejak berpuluh tahun. Di Johor, Sabah dan Sarawak dibanyakkan kawasan tambahan dan sebahagiannya dihadiahkan kepada MCA, MIC dan Gerakan  dan rakan-rakannya yang lain.

Adapun kenyataan pemimpin UMNO bahawa DAP akan menguasai seluruh negara sekiranya BN kalah dengan  provokasi  perkauman,  adalah satu cara yang zalim, demi mencapai kemenangan dengan apa cara, walaupun  boleh menyebabkan kebencian di kalangan kaum dalam masyarakat majmuk. Sepatutnya kaum Melayu dan Islam diperkasakan pengetahuan politik, bukannya diperbodohkan, khususnya melalui media arus perdana berbahasa Melayu yang digunakan menjadi khadam dan hamba abdi UMNO.

UMNO yang gagal menunjukkan  contoh Islam dan sifatnya yang sebenar kepada kalangan bukan Islam, bahkan menunjukkan amalan yang mencalarkan imej Islam. Contoh tidak adil terhadap semua, contoh rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru, pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum Yahudi. Dalam masa yang sama memperbodohkan rakyat dengan politik wang dan media terhadap kaumnya sendiri.

UMNO yang menunjukkan sifat pemimpin yang berlagak menjadi Tuhan, Maha suci daripada segala kesalahan dan kekal berkuasa selama-lamanya, melakukan apa sahaja terhadap pemimpin dan parti kalangan bangsanya sendiri, walaupun dengan cara merempuh dasar konsep perlembagaan, seperti tidak melaksanakan konsep Federalisme  apabila PAS memimpin Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak, dengan melakukan tindakan yang lebih keras daripada negeri yang dikuasai oleh kaum lain, seperti terhadap Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan, Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika berada dalam Malaysia. Maka UMNO tidak layak menjadi pelakon pahlawan Melayu menentang DAP.

UMNO jangan menyalahkan parti bangsa lain kerana Melayu bumiputera masih lambat untuk mengejar kefahaman bangsa lain, UMNOlah yang menghilangkan jatidiri Melayu Islam di Singapura  dan negeri-negeri Melayu pantai barat semenanjung dan kelemahan bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak disebabkan berebut jawatan parti untuk merebut kekayaan. Cukuplah baki orang Melayu dan bumiputera dengan sejarah yang terlalu dekat, peristiwa  kematian Bank Bumiputera yang berada di bawah ketiak UMNO, kerana di mana adanya pejabat bahagian UMNO maka di bawahnya Bank Bumiputera  dan yang terbaru Bank Pertanian diubah nama kepada BANK AGRO, seronok dengan nama orang putih, inilah dia bahasa jiwa bangsa, sehinggalah bahasa kebangsaan dikecilkan tulisannya dan berada digaris yang direndahkan dalam segala iklan di Malaysia bukannya di England.

UMNO hanyalah teringat kepada agama dan bangsanya sepenuh semangat ketika hampir pilihanraya dan di masa kempen pilihanraya. Menggunakan sebanyak duit untuk meraih kemenangan, kemudian menyalahgunakan duit dan kuasa selepas kemenangan. Perkara ini tidak berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, oleh kerana ini maka ramai kalangan  UMNO lama dan bekas pegawai kerajaan bersama PAS dan mengharapkan PAS ganti UMNO.

Perkembangan menarik juga berlaku di kalangan bukan Islam dan Melayu, apabila media bahasa ibunda mereka agak terbuka, tidak seperti media khadam Umno yang membodohkan bangsanya sendiri, Apabila sedikit kuasa yang penuh cabaran dan sekatan kepada PAS dilaksanakan terhadap kaum bukan Islam dilaporkan oleh media bahasa cina dan tamil , menyebabkan bukan Islam dan bukan Melayu mengundi calon PAS yang menentang calon MCA , MIC dan Gerakan.

Dalam ruangan ini PAS berusaha untuk menyelamat secara khusus, kaum Islam dan Melayu supaya mengubah kepercayaan mereka terhadap UMNO dalam masa yang lama, kepada memberi kepercayaan kepada PAS memimpin kaum Islam dan Melayu khususnya bersama Pakatan Rakyat dengan Negara Berkebajikan yang adil untuk semua.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Monday, August 6, 2012

1MALAYSIA JANJI DICAPATI : NAJIB ALTANTUYA KHIANATI AMANAT AYAHANDA!!!


Royalti: Tun Razak janji, Najib khianati

Abdul Aziz Mustapha,05 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

"Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tetapi, tanpa rasa malu dan rasa bersalah sedikitpun, anak Tun Razak sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri mengkhianati perjanjian itu," katanya.

Bagi Mahfuz, apabila Perdana Menteri mengajak kerajaan Kelantan berbincang mengenai royalti minyak itu, ia jelas memperbodohkan ayahnya sendiri.

Beliau mempersoalkan, adakah Najib hendak memberi gambaran bahawa ayahnya dahulu tidak berbincang sebelum membuat janji di dalam Parlimen itu?

"Ajakan untuk berbincang itu hakikatnya memperbodohkan ayahnya sendri yang membuat keputusan memberikan royalti tersebut berdadarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974," katanya.

Mahfuz menyifatkan ajakan Najib untuk berbincang itu sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Najib yang semakin kelihatan begitu takutkan pilihan raya sengaja berbuat demikian dalam usaha terdesak untuk memberikan gambaran yang positif tentang dirinya.

"Saya yakin usaha terdesak itu akan memakan diri kerana rakyat sudah tidak percayakan Najib yang mengkhianati serta tidak menepati janji yang dibuat oleh ayahnya sendiri.

"Kerajaan Najib hanya pandai berbohong sahaja kononnya janji ditepati" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang yakin rasa sakit hati rakyat kepada Najib kini kian parah berikutan pelbagai tindakan kerajaannya kini termasuk dakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semata-mata kerana mendedahkan penyelewengan dalam projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri tersebut.

Sumber : HarakahDaily

Jebat Berani : Dalam keadaan apa sekalipun hak rakyat kelantan ini perlu dikembalikan kepada rakyat kelantan jika benar UMNO/BN mengamalkan dasar 'Janji Ditepati'...Jangan ianya hanya sekadar slogan semata mata bagi memenangi hati rakyat demi mendapatkan undi mereka menjelang PRU13 nanti.

Sunday, August 5, 2012

1MALAYSIA BIKIN 1MALAYSIA PENING KEPALA : PELBAGAI BANGSA KIBARKAN BENDERA PAS!!



Lihatlah siapa yang kibarkan bendera ini

Harakahdaily,05 Ogs 2012
(Pelbagai bangsa dan agama mengibarkan bendera PAS di Lumut)

LUMUT: Pelbagai bangsa dan agama naik ke pentas anjuran PAS DUN Pasir Panjang, Lumut malam tadi bagi menyatakan sokongan dengan mengibarkan bendera PAS.

Mereka mengibarkan bendera PAS tanda sokongan dan menyokong perjuangannya di majlis makan malam komiti Jentera
Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang.

Majlis diadakan semalam mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Majlis telah diadakan di Marina Island Hall, Teluk Muruh, Lumut bersebelahan kem Tentera Laut Di Raja Malaysia dan Pulau Pangkor.

Antara yang hadir di majlis ini adalah Speaker DUN Selangor, Teng Chan Khim,  Adun Sekinchan, Pengarah Starategi PKR Rafizi Ramli, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Chang Leng Kang dan pimpinan setempat DAP, PAS dan PKR.

Jebat Berani : Dalam erti kata sebenar,banyak yang UMNO/BN kena belajar dengan Pakatan Rakyat terutamanya dalam bab 1Malaysia ini.Mereka hanya tahu mengucapkan 1Malaysia namun hakikatnya mereka langsung tidak memahami akan semangat 1Malaysia yang mereka perjuangankan.