WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, January 7, 2010

ZAMBRY KATA PAKATAN RAKYAT MENYELEWENG BALAK

BN Perak dakwa kerajaan Pakatan seleweng balak

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my


IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak akan membongkar penyelewengan pengagihan konsesi balak yang didakwa dilakukan pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan sehingga Februari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Mesyuarat Exco semalam bersetuju menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk mengenal pasti secara terperinci pemimpin yang terbabit, lokasi, keluasan konsesi dan tarikh kelulusannya dikeluarkan kepada individu tertentu.

Katanya, jawatankuasa berkenaan juga mendedahkan kepada rakyat mengenai beberapa konsesi balak yang sudah diluluskan kerajaan BN sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibatalkan kerajaan Pakatan Rakyat untuk diagihkan kepada penyokong mereka.

“Isu pengagihan balak ini ditimbulkan Pakatan Rakyat dan kita ada bukti. Saya tidak mahu melindungi sesiapa yang menyalahgunakan kuasa dan jawatannya.

“Kami tidak mahu sesiapa pun menukar nama penerima konsesi balak yang layak. Apabila bertukar kerajaan, mereka menukar semuanya. Saya mempunyai bukti dan akan mendedahkannya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkenaan di sini, semalam.

Zambry berkata, jawatankuasa khas itu dipengerusikan Exco Kanan Pembangunan Usahawan, Pelaburan, Teknologi Komunikasi Maklumat, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Katanya, konsesi balak yang dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu dikhaskan untuk golongan kurang berada.

“Mereka bercakap mengenai keadilan, mendakwa kerajaan mereka lebih baik daripada kerajaan BN dan mengatakan kezaliman datang daripada kerajaan BN. Kita akan membuktikan sebaliknya.

“Apabila tiba masa, saya akan mendedahkan perkara sebenar. Kita buktikan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata, panel peguamnya belum menetapkan jumlah saman malu terhadap Suara Keadilan dan tarikh saman berkenaan difailkan.

Katanya, peguam masih meneliti jumlah saman berkenaan dan enggan mencampuri urusan mereka.

Beliau turut menafikan beberapa laporan akhbar dan portal berita yang melaporkan beliau mahu menyaman RM100 juta atau RM400 juta.

Zambry Sabtu lalu mengumumkan bakal menyaman akhbar milik Parti Keadilan Rakyat itu kerana menerbitkan berita beliau dilarang memasuki Amerika Syarikat bulan lalu kerana namanya didakwa ada dalam senarai pengganas.

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : JANGAN MELALK JERK TAU..KALAU BETUL DEDAHKAN DAN BAWA KE MUKA PENGADILAN...JANGAN NAK BUAT CERITA TEMBERANG ATAU DAKWAAN KOSONG SAHAJA...JIKA BENAR HAMBA PUN SOKONG KERAJAAN BE-END MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG DAN MEMBUAT PENDEDAHAN KEPADA RAKYAT...

No comments:

Post a Comment