WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, April 29, 2010

DR HASSAN ALI BUAT LAPORANN POLIS TERHADAP ZAHID HAMIDI



Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hassan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.

"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : DALAM USAHA PUAK-PUAK BE-END MEMPENGARUHI PENGUNDI DI HULU SELANGOR DR HASSAN ALI MENJADI MANGSA...PUAK-PUAK BE-END INI SANGGUP MEMBUAT PERTUDUHAN PALSU DEMI MENCAPAI MATLAMAT POLITIK MEREKA..NAMUN KEBENARAN BUKANLAH SESUATU YANG BOLEH DISOROK...KEBENARAN TETAP AKAN TERSELAH DAN MENANG...SEMOGA DR HASSAN ALI AKAN BEROLEH KEADILAN...

EZAM KOTAK : DULU LAIN SEKARANG LAIN.........


(Dulu lain sekarang lain..dahulu hero sekarang baruaaaaa)

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : APABILA SESEORANG MANUSIA ITU MELETAKKAN SESUATU KEPENTING DALAM PERJUANGANNYA MAKA JADILAH DIA SEUMPAMA "EZAM KOTAK" INI...EZAM YANG DULUNYA LANTANG MEMPERJUANGKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN BELIAU JUGA CUKUP LANTANG MENGUTUK DAN MENCERCA UM-NO/BE-END KINI MELAKUKAN PERKARA YANG SEBALIKNYA PULA..

MENGAPAKAH "EZAM KOTAK" INI MULA BERPALING TADAH??APAKAH BELIAU GAGAL MENCAPAI AGENDA POLITIKNYA KETIKA BERSAMA PKR?APAKAH BENAR DAKWAAN BELIAU BAHAWA BELIAU MENINGGALKAN PKR KERANA PARTI ITU TIDAK LAGI BERADA DALAM LANDASAN PERJUANGAN YANG BETUL??DAN APAKAH YANG MEMBUATKAN BELIAU YAKIN BAHAWA UM-NO/BE-END TELAH KEMBALI BERADA PADA LANDASAN PERJUANGAN YANG BENAR SEHINGGA MENYEBABKAN BELIAU KEMBALI MENYERTAI UM-NO/BE-END???

PADA HAMBA HANYA SATU SEBAB MENGAPA "EZAM KOTAK" KEMBALI "RUJUK" KEPADA UM-NO/BE-END...PANGKAT DAN KEBENDAAN MENJADI SEBAB UTAMA BELIAU KEPADA "RUJUK" KEPADA UM-NO/BE-END...SUATU YANG GAGAL BELIAU PEROLEHI KETIKA BERSAMA PKR/PR SEBELUM INI...DAKWAAN BELIAU BAHAWA PKR SUDAH TERKELUAR DARI LANDASAN PERJUANGAN HANYA ALASAN BELIAU SEMATA-MATA BAGI "MENGHALALKAN" PERBUATAN BELIAU KEMBALI KEPADA UM-NO/BE-END...

PERLANTIKKAN BELIAU SEBAGAI SENATOR JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA TINDAKKAN BELIAU MENINGGALKAN PKR SEBELUM INI BUKAN DISEBABKAN OLEH APA YANG BELIAU DAKWA SEBALIKNYA SEPERTI SUDAH ADA JANJI YANG DIMENTERAI AGAR BELIAU MENINGGALKAN PKR...SAMAADA APA YANG HAMBA DAKWA INI BENAR ATAU TIDAK,RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENILAINYA SENDIRI...DARI UM-NO "EZAM KOTAK" MENGERAKKAN PKR DAN KEMUDIANNYA KEMBALI RUJUK SEMULA DENGAN UM-NO...RENUNG2KAN LA.....

Sunday, April 25, 2010

MESEJ TERAKHIR DARI CALON PKR HULU SELANGOR DATO ZAID IBRAHIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25hb April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka.

Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

Pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

Pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalanraya sesak.

Keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

Ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

Berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

Sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

Datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim

Saturday, April 24, 2010

TOK GURU NIK AZIZ TURUN BERKEMPEN DI HULU SELANGOR





"Saya datang bukan sebagai orang Melayu, tetapi atas nama Islam. Jika saya turun sebagai orang Melayu, maka mesej saya hanya terhad pada orang Melayu. Tetapi kalau atas nama Islam, mesej saya untuk semua,"

"Prinsip Islam adalah untuk semua. Buktinya, saya telah diberi amanah untuk memimpin rakyat Kelantan kira-kira 20 tahun.

"Saya sendiri pernah suatu ketika menyokong Umno, mengikut pimpinan Pas menyertai BN dahulu. Ketika itu Umno lemah, dan mereka meminta kepada perpaduan. Bila mereka kuat, mereka singkirkan kami. Perit rasanya dikhianati. Sekali digigit, kedua tidak lagi,"

"Yang melemahkan orang Melayu adalah dakyah yang disebarkan Umno. Mereka pisahkan agama dari politik, menyebabkan rasuah jadi halal begitu juga bermacam lagi kejahatan"
"Berpuluh tahun orang Melayu dilemahkan, dan kerana itu hari ini saya tolak Umno-BN,"

Sumber Gambar: http://politikbanjar.blogspot.com


JEBAT_BERANI : MESEJ TOK GURU SANGAT JELAS...PERJUANGAN PERKAUMAN SEPERTI YANG DIAMALKAN OLEH UM-NO/BE-END SELAMA INI ADALAH SANGAT TIDAK RELEVAN DAN SANGAT TIDAK SESUAI DENGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM..

MALAH DALAM ISLAM ITU SENDIRI MENOLAK PERJUANGAN YANG BERSIFAT PERKAUMAN...RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA PENGUNDI DI HULU SELANGOR HARUS "MENGAJAR" PUAK2 BE-END INI AGAR TIDAK MENGAMALKAN KONSEP POLITIK PERKAUMAN..SEKEJAP MEREKA MELAUNGKAN HAK MELAYU DAN SEKEJAP LAGI MEREKA MENGATAKAN MEMPERJUANGKAN HAK SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM..

OLEH YANG DEMIKIAN PARTI BE-END HARUS DITOLAK SELURUH RAKYAT MALAYSIA...PARTI SEUMPAMA BE-END HANYA AKAN MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN KAUM YANG TELAH TERBINA SEKIAN LAMA...TOLAK UM-NO/BE-END NEGARA AMAN SENTOSA...

INDIA CINA SOKONG ZAID...TAKKAN MELAYU SOKONG CALON BE-END

Wakil masyarakat India di Hulu Selangor, P. Gunasegaran berkata, 90 peratus daripada masyarakat India meletakkan kepercayaan dan menyokong sepenuhnya calon PR untuk memegang amanah rakyat di kawasan itu memandangkan kaum mereka telah lama terabai sepanjang 50 tahun di bawah pentadbiran BN, demikian lapor erapakatan.

Beliau memuji usaha dan tindakan kerajaan PR yang telus dalam memberi bantuan dan sumbangan terutamanya yang berbentuk kewangan kepada rakyat.

“Sebelum ini, kerajaan BN hanya menyerahkan sumbangan yang kononnya kepada rakyat, melalui orang atasan dan ini menyebabkan rakyat tidak menerima habuan yang sepatutnya berbanding dengan kerajaan PR yang melakukan penyerahan sumbangan terus kepada rakyat,” ujarnya.

Katanya, BN dan MIC juga hanya mementingkan kepentingan peribadi dan politik semata tanpa memikirkan hak serta kebajikan penduduk yang menyokong mereka.

“Konflik dan kontrovesi yang dihadapi MIC dan Umno dalam memilih calon yang sesuai untuk bertanding di Hulu Selangor jelas menunjukkan kehancuran kumpulan itu dan hal ini telah meyakinkan kami untuk terus menolak BN dalam pilihanraya kecil kali ini,” katanya.

BN dan MIC sepanjang tempoh pilihan raya telah menerima kecaman dari penyokong-penyokong mereka berikutan kegagalan mendapatkan kata sepakat dalam memilih calon yang akan bertanding di Hulu Selangor.

“Apa yang PR buat untuk rakyat tidak pernah mengira kaum dan agama, jadi buat apa kita perlu menyokong mereka ini lagi?” tegas Gunasegaran apabila ditanya mengenai sokongan pengundi India terhadap Datuk Zaid.

Menurut seorang penduduk dari Bukit Sentosa, N.Nadarajan (gambar) saha mengekonomikan rakyat selangor oleh Menteri Besar Selangor merupakan suatu usaha yang tidak mungkin dilakukan oleh BN.

“Masyarakat India sangat berterima kasih kepada PR khususnya di negeri Selangor kerana kini kami telah memperoleh geran tanah untuk sekolah dan kuil yang selama ini tidak mampu diberi oleh kerajaan BN,” kata beliau dengan nada lega.

“Kami bukan sahaja mahu PR kekal di Hulu Selangor, bahkan berharap PR akan berjaya mengambil alih kerajaan pusat kelak,” ujar beliau lagi.

N Mathivalen dari Bukit Beruntung pula berharap semua masyarakat India dan penduduk berbilang kaum di negara ini agar menolak calon BN yang telah terbukti menjalankan dasar pilih kasih dan mengutamakan kaum tertentu dalam memberi agihan kerapa rakyat.

"Sudah cukuplah lebih 52 tahun memerintah di negara ini jika dibandingkan dengan hanya dua tahun PR memerintah. Selama ini kekayaan negara hanya berkisar dikalangan para kroni BN sahaja dan kita dari kaum lain tidak ubah menjadi rakyat klas kedua.

"Kita amat yakin PR akan berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti yang lebih kerana berdasarkan maklum balas dari pengundi kaum India, mereka memang telah berpecah dua atau tiga. Sebab itu dua calon bebas bertanding untuk memecah undi BN," jelas beliau

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.



Sumber : http://greenboc.blogspot.com/



JEBAT_BERANI : KALAU SUDAH KAUM INDIA MENYOKONG PAKATAN RAKYAT...AGAK2NYA TAKKAN LA PULA KAUM MELAYU NAK SOKONG CALON BE-END KOT...APAKAH ORANG MELAYU ISLAM YAKIN BAHAWA UM-NO/BE-END AKAN MENDAULATKAN ISLAM?APAKAH PEMINPIN SEPERTI NAJIB ALTANTUYA BOLEH MEMBELA KAUM MELAYU DAN AGAMA ISLAM?...


DENGAN PELBAGAI KEZALIMAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEHB BE-END TERHADAP RAKYAT,APAKAH DENGAN MENABUR WANG RINGGIT DAN PELBAGAI PROJEK RAKYAT AKAN MELUPAKAN KEZALIMAN BE-END?APAKAH JANJI-JANJI MANIS BE-END INI DAPAT MENGUBAT KESENGSARAAN YANG DITANGGUNG OLEH RAKYAT SELAMA INI....


HAMBA HARAP AGAR RAKYAT TIDAK TERMAKAN DENGAN JANJI-JANJI MANIS BE-END INI..BAGI DUIT AMBIL TAPI UNDI ANDA TENTUKAN!!!

DEBAT ISU APCO: BERANIAH NAJIB ALTANTUYA


KUALA KUBU BAHARU 23 Apr - KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.

Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung esok (hari ini) bertempat di Stadium Mini Kuala Buku Baharu bermula pukul 9 malam.
Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dia hari lalu.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.
"Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.

Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana Pakatan Rakyat tidak diberi ruang oleh media dengan adil.
Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.

"Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.
Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat cabaran itu selepas beliau dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan berhubung 1Malaysia dan Apco Worldwide yang kemudiannya dinafikan oleh kerajaan.

Sumber : Suara-Keadilan

JEBAT_BERANI : 100% HAMBA YAKIN SI P-END NAJIB ALTANTUYA TIDAK AKAN BERANI HADIR KE MAJLIS DEBAT INI...BERCAKAP BELAKANG BERANI LA P-END NAJIB ALTANTUYA NIE...KALAU BERHADAPAN MANA BELIAU BERANI...

P-END NAJIB ALTANTUYA HARUS HADIR DI MAJIS INI BAGI MEMBUKTIKAN DAN MENJELASKAN BAHAWA 1MALAYSIA BENAR-BENAR TIADA KAITAN DENGAN APCO...BUKTIKAN DAN JELASKAN DIHADAPAN RAKYAT BUKAN HANYA BERANI MELALAK DI DALAM PARLIMEN...

INIKAH PEMIMPIN ISLAM UM-NO??


JEBAT_BERANI : SIAPAKAH LELAKI INI DAN SIAPA PULA PEREMPUAN DISISINYA...KALAU SEMUA NAK TAHU INILAH PENGATIN BARU YANG "TERHANGAT" TAHUN INI...SELAMAT PENGATIN BARU HAMBA UCAPKAN...

NAMUN SEDIKIT MENDUKACITAKAN APABILA MELIHAT ISTERI SEORANG PEMIMPIN UM-NO BERAGAMA ISLAM INI TIDAK "BERTEGAS" MELARANG ISTERINYA BERPAKAIAN SEDEMIKIAN...APAKAH INI ISLAM YANG DITERAPKAN OLEH UM-NO??DAN APAKAH INI CORAK ISLAM YANG DIPERJUANGKAN UM-NO?

PUAK2 UM-NO/BE-END LANTANG MENUDUH DATO ZAID IBRAHIM SEBAGAI SEORANG BEBAS TANPA AGAMA ATAU 'freethinker' HANYA KERANA BELIAU BERSETUJU DENGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PENGANUT BUKAN ISLAM..SEDANGKAN APA YANG DILAKUKAN OLEH DATO ZAID ITU TIDAK SALAH DISISI ISLAM...

NAMUN PUAK2 UM-NO INI TIDAK PULA BERKATA APA APABILA MELIHAT ISTERI PIMPINAN UM-NO BERPAKAIAN YANG LANGSUNG TIDAK ENCERMINKAN DIRI SEBAGAI SEORANG MUSLIM..APAKAH PEMAKAIAN SEBEGINI "DIHALALKAN" PUAK2 UM-NO??APAKAH INI YANG DIKATAKAN "ISLAM HADHARI"..ATAU INI ADALAH ISLAM VERSI TERBARU UM-NO IAITU "ISLAM 1MALAYSIA"???

JIKA BENAR PENGUNDI HULU SELANGOR BERBANGSA MELAYU DAN YANG BERAGAMA ISLAM MAHUKAN ISLAM DIDAULATKAN...SELAMATKANLAH ISLAM DARI PUAK2 UM-NO/BE-END DARI TERUS DIROSAKKAN....MEREKA MENGATAKAN ORANG YANG MENGAMALKAN ISLAM MEMPERALATKAN ISLAM SEDANGKAN MEREKA MENOLAK ISLAM ITU SENDIRI...

MAKA OLEH ITU HAMBA MERAYU KEPADA PENGUNDI DI HULU SELANGOR AGAR DAPAT BERFIKIRAN MATANG KETIKA MEMILIH NANTI..BIAR PUN DIBERIKAN WANG RINGGIT ATAU DIJANJIKAN PELBAGAI GANJARAN PASTIKAN ANDA SEMUA MENGUNDI DENGAN MEMILIH PEMIMPIN YANG BOLEH MENGEMBALIKAN KEADILAN DAN KEDAULATAN ISLAM...BERI DUIT AMBIL TAPI UNDI ANDA TENTUKAN....

DUIT:SENJATA BE-END RAIH UNDI DI HULU SELANGOR


HULU SELANGOR, 24 April: Dalam tempoh 48 jam menjelang pusat pengundian dibuka perkara pertama yang perlu diperhatikan, berapa banyak umpan pilihan raya sudah sampai ke tangan pengundi.

Seorang petugas PAS dari Kuala Krai ketika ditemui di Batang Kali memberitahu umpan duit daripada Umno/BN menyebabkan ramai pengundi di atas pagar di Manek Urai menjadi kelabu mata.

“Ada pengundi yang mendapat RM2,000. Mereka datang pada waktu malam ketika kita syok mendengar ceramah dan mengadakan program bersama rakyat.

”Lebih mendukacitakan lagi ada juga penyokong kita yang menjadi tali barut membawa agen Umno. Mereka membahagikan umpan pilihan raya kepada orang PAS.

”Ini perlu diperhatikan. Hulu Selangor seakan-akan Manek Urai kerana ramai juga pengundi Melayu,” katanya di sini, semalam.

Pengalaman di Manek Urai pada Julai tahun lepas cukup memeritkan. Majoriti daripada 1,352 pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 menjunam kepada 65 undi pada pilihan raya kecil itu yang patut menjadi pengajaran di Hulu Selangor.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah ketika dihubungi memberitahu sekiranya aliran duit dapat dikawal, peristiwa seperti di Manek Urai sukar berulang di Hulu Selangor.

Beberapa penduduk India yang asyik bersembang di sebuah kedai kopi di pekan mati Batang Kali tidak yakin dengan Kamalanathan.

Mereka memberitahu bekerja di ladang sejak berpuluh tahun lalu hanya mendapat gaji di bawah paras kemiskinan.

”Dahulu Datuk G (Palanivel) tidak buat apa. Biar pun menjadi orang kuat Datuk Samy namun orang India masih tidak terbela,” kata mereka ketika didekati ke meja tempat mereka bersembang.

Tharuman Arjunam, seorang aktivis masyarakat India dari Kota Bharu berkata, hasil tinjauan rambangnya di Kuala Kubu Baru mendapati rata-rata orang India mengharapkan pemimpin yang berani dan bukan lembut macam Nathan.

Katanya, kalau menangkan Nathan sekali pun dia tidak boleh buat apa-apa kerana Datuk Palanivel lebih berkuasa di mana hubungannya amat rapat dengan Presiden MIC.

”Saya dengar cerita penyokong setia Datuk G tidak berkenan sangat dengan Nathan. Kalau Nathan menang bermakna Palanivel akan bersingkir.

”Dan pelan peralihan kuasa yang dijanjikan Samy Vellu akan terbantut. Maka lebih baik jangan menangkan Nathan, Ahad ini. Kalau Nathan menang, Samy lambat lagi akan berundur sedangkan segala masalah orang India di negara ini berpunca kepada kelemahan pimpinan Samy,” kata Tharuman.

Menurutnya juga, biar pun baru dua tahun kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, namun program kebajikan seperti sumbangan kepada warga emas yang meninggal dunia dan tabung Tawas untuk bayi baru lahir menjadi sebutan penduduk.

Selain itu, air percuma bagi 20 meter padu pertama dinikmati penduduk Selangor.

Beliau datang membantu kempen di Hulu Selangor bersama beberapa kawan di kalangan masyarakat Cina dari Kota Bharu.

Sumber Umno di Selangor pula memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mengharapkan sepenuhnya kepada Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila sehingga hari ini sudah tiga kali turun ke Hulu Selangor.

Menurutnya, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan Jepun, Najib bergegas datang ke Hulu Selangor.

”Situasi seperti ini jarang berlaku. Biasanya Timbalan Perdana Menteri sahaja yang turun padang berkempen siang dan malam. Namun di Hulu Selangor ada kelainan.

”Saya dibayangkan Perdana Menteri begitu bimbang kerana orang Melayu tidak lagi berminat dengan calon MIC. Isu perebutan calon sebelum ini memberi kesan mendalam,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Abdul Rahman Yunus berkata, pilihan raya kecil itu memperlihatkan BN kekeringan isu untuk diketengahkan kepada rakyat.

Beliau membuktikan teori itu dengan alasan BN melalui media massa harian yang menjadi tali barut Umno menggunakan isu peribadi Datuk Zaid Ibrahim sebagai senjata.

”Saya melihat ini satu kesilapan apabila dimainkan isu arak atau kuda lumba kerana di Hulu Selangor pengundi Melayu hampir setara dengan bukan Melayu.

”Tentunya bagi orang India dan Cina, arak tidak menjadi isu besar bagi mereka. Dan orang Melayu pun boleh memberi simpati kepada Zaid kerana dipermainkan pemimpin Umno terutamanya Muhyiddin sendiri,” katanya.

Kata beliau, kesilapan itu mungkin seperti baru disedari apabila ia tidak lagi menjadi mainan media mereka sehari dua ini.

Namun Abdul Rahman berkata, kesilapan itu telah memberi kesan simpati yang mendalam kepada Zaid terutamanya di kalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir pula memberitahu suatu kejutan berlaku apabila kawasan ladang di Hulu Bernam yang sukar dimasuki petugas Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu sudah berubah sekarang.

Beliau mendakwa penduduk kebanyakan keturunan India di kalangan pekerja ladang di situ memberi sambutan baik terhadap kunjungan dan program dianjurkan Pakatan.

”Saya melihat ini satu perkembangan positif. Sekiranya situasi itu dapat dikekal kerusi Hulu Selangor dapat dipertahankan Zaid Ahad ini,” katanya ketika dihubungi di parlimen semalam.

Seorang penduduk di taman perumahan di Kuala Kubu Baru menjelaskan isu calon MIC sukar diterima kebanyakan penduduk Melayu di situ.

Menurutnya, orang Melayu rata-rata tidak boleh lagi menerima calon daripada MIC kerana mereka sudah muak dengan Palanivel selama empat penggal berkuasa di Hulu Selangor.

”Saya melihat satu kesilapan besar dilakukan Umno apabila mengekalkan kerusi majoriti Melayu kepada MIC. Keadaan sekarang sudah berubah.

”Rakyat sudah pandai menilai. Saya percaya sekiranya calon Umno diturunkan tentunya persaingan kali ini menjadi 50 – 50. Tetapi sekarang sudah tidak seimbang,” katanya yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan di situ.

Biar pun beliau bukan anak tempatan namun tinggal di taman perumahan tersebut lebih 10 tahun.Maka bagi memenangi hati rakyat, Umno terus menggulakan dengan projek demi projek.

Seorang ketua kampung di Sungai Buaya membilang-bilang projek diluluskan kerajaan BN. Antaranya membina padang kawat berharga RM144,000, membaik pulih dua madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000).Kelulusan itu bukan dibuat menteri sebaliknya Datuk G selaku penyelaras BN di parlimen Hulu Selangor.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim ada pesanan buat pengundi di Hulu Selangor.Katanya, janji pilihan raya di Bagan Pinang dan Manek Urai belum lagi Umno tunaikan lagi.

”Apakah pengundi di Hulu Selangor sanggup dipermainkan sama,” katanya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : SEMEMANGNYA INILAH BUDAYA BE-END DALAM MEMENANGI HATI PENGUNDI..MALAH BUDAYA INI JUGA TE;AH MENJADI "DARAH DAGING" MEREKA SETIAP KALI MENGADAKAN PEMILIHAN PARTI....MEREKA SANGGUP BERABIS WANG RINGGIT DEMI MEMENANGI PEMILIHAN KERANA YAKIN IMBUHAN YANG BAKAL DIPEROLEHI KEMUDIANNYA SETELAH MENJAWAT JAWATAN DALAM PARTI...
DAN KINI MEREKA MEMBAWA BUDAYA TERSEBUT UNTUK MEMPENGARUHI PENGUNDI DI HULU SELANGOR..MEREKA MENGANGAP PENGUNDI DI HULU SELANGOR BOLEH "DIBELI" DENGAN WANG RINGGIT..HUH!!SUNGGUH MURAH MEREKA MENILAI MARUAH PENGUNDI DI HULU SELANGOR....MEREKA MERASAKAN DENGAN MEMBERIKAN PROJEK ITU DAN INI (walhal itu sememangnya hak rakyat) MEREKA SUDAH BERBAKTI DAN LAYAK MENJADI PILIHAN RAKYAT..TETAPI MEREKA LUPA AKAN APA YANG TELAH MEREKA "ROMPAK" DARI RAKYA....

SIAPA MAMAT NIE DAN APA YANG DIE BUAT??!!


JEBAT_BERANI : GAMBAR SIAPAKAH INI??MACAM HAMBA KENAL??RASA2NYA SEMUA ORANG KENAL MAMAT SORANG NIE...NIE LER NAK TAHU "beruk-beruk" YANG TERLOMPAT-LOMPAT DI JALAN RAYA BERDEMONSTRASI...(saja nak pulangkan balik gelaran yg beliau bagi kat pendemonstrasi Pakatan Rakyat)
PUAK2 BE-END NAMPAKNYA HANYA TAHU MELIHAT KEBURUKKAN YANG DILAKUKAN MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN MEREKA..BAGI YANG MASIH BERSAMA MEREKA KESALAHAN YANG DILAKUKAN MEREKA TUTUP MATA SAHAJA DAN TAK KETERLALUAN JIKA HAMBA KATAKAN BAHAWA APA SAHAJA KESALAHAN YANG DILAKUKAN AKAN "DIHALALKAN" PUAK2 BE-END INI ASALKAN YANG MELAKUKAN KESALAHAN ITU "SETIA" BERSAMA MEREKA DULU,KINI DAN SELAMANYA.....
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA PENGUNDI DI PARLIMEN HULU SELANGOR NILAILAH SENDIRI...APAKAH KITA TIDAK MAHU MEMAAFKAN MANUSIA YANG TELAH BERTAUBAT??DAN APAKAH KITA MAHU MEMBIARKAN MEREKA YANG MASIH KEKAL MELAKUKAN KESALAHAN TANPA MEMBERI SEBARANG HUKUMAN??
PUAK2 BE-END MEMBURUKKAN DATO ZAID IBRAHIM KERANA KESILAPAN LALU YANG TELAH BELIAU KESALKAN...DALAM PADA ITU INSAN YANG MEREKA BURUKKAN INILAH YANG MEREKA INILAH YANG PERNAH MEREKA LANTIK MEMEGANG JAWATAN DALAM UMNO DAN JUGA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI..APAKAH KETIKA ITU DATO ZAID TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN YANG MEREKA KATAKAN ITU?ATAU APAKAH KESALAHAN DATO ZAID ITU MEREKA "HALALKAN" KERANA KETIKA ITU DATO ZAID BERSAMA MEREKA?APA JENIS MANUSIA PUAK2 BE-END NI?HUKUM MANA DIE ORANG PAKAI??
JANGAN CUBA BODOHKAN RAKYAT LAGI...CUKUP APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN SELAMA INI KEPADA RAKYAT..JANGAN INGAT LAMBAKKAN PROJEK SANA-SINI DI HULU SELANGOR MAMPU MERAWAT LUKA HATI PENGUNDI DI HULU SELANGOR SELAMA INI...MEREKA HANYA HADIR SEBAGAI PENYELAMAT KONONNYA HANYA PADA MUSIM MENGUNDI DAN SELEPAS BEROLEH APA YANG MEREKA MAHUKAN SEGALA SLOGAN DAN JUGA JANJI HILANG BEGITU SAHAJA...RAKYAT BUKAN BUTA TIDAK DAPAT MELIHAT SEMUA INI.....

1MALAYSIA KE 1ISRAEL?15 FAKTA KONSPIRASI MALAYSIA-ISRAEL



Pertama

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia dan boleh mencetuskan pergolakan politik kepada parti pemerintah Barisan Nasional/UMNO. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel. Sebarangan hubungan dengan Yahudi Amerika turut ditafsir Malaysia mengiktiraf negara Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1957. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Kedua

Jarak negara Israel dengan Malaysia sangat jauh tetapi realitinya sangat dekat. Majoriti rakyat Malaysia yang berugama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang berugama Islam. Sedangkan Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.

Dalam al Quran, Israel merujuk kepada Bani Israel yang degil dan menyeleweng. Ramai Nabi dan Rasul dari keturunan Israel seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ishak, Nabi Musa dan lain-lain. Sedangkan Nabi Muhamad keturunan Arab. Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama samawi yang muncul di Semenanjung Arab. Baitul Maqdis menjadi kota suci Yahudi dan Kristian dan kota suci ke-3 bagi umat Islam. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah oleh Nabi Muhamad.

Ketiga

Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan di bumi Arab Palestin yang berugama Islam. Perang Iarael - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya. Sementara China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar. Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.[1]

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Keempat

Cendekiawan dan jutawan Yahudi dari Jerman dan seluruh dunia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana dasar bebas negara tersebut.Bilangan Yahudi Amerika kecil sahaja tetapi menjadi pelobi dasar luar Amerika yang cukup berjaya. Survival dan keselamatan Israel di bumi Arab menjadi teras dan tidak pernah berganjak sejak 1948.

Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.

Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Iarael dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.

Kelima

Malaysia berpendapat Perang Arab Israel perlu ditamatkan dan biarkan rakyat asal menentukan arah tuju negara Palestin mahupun Israel. Malaysia amat mengharapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah Iarael-Palestin. Tetapi anggota Majlis Keselamatan PBB sentiasa sahaja tidak memihak kepada OIC atau tidak dikuatkuasakan. Kejayaan Razali Ismail menyertai Majlis Kesrelamatan PBB juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun , penduduk 27 juta tidak mampu memberikan tekanan politik dan ketenteraan kepada Israel, Britain apalagi Amerika Syarikat. Malaysia selesa menjadi ahli Komanwel dan NAM. Dasar berkecuali ini dilakukan oleh Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Tun Dr Mahathir.

Jarak yang jauh menyukarkan Malaysia terlibat dalam Perang Arab-Israel.

Pemimpin kerajaan dan pembangkang di Malaysia dilihat hanya berkokok di luar tanpa sebarang penghantaran tentera atau logistik. Berbanding dengan Mesir, Jordan, Syria, Libya dan Turki, peranan Malaysia amat pasif sekali. Negara Arab ini bersempadan daratan dengan Israel khususnya Mesir, Jordan dan Syria.

Keenam

Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak begitu memahami sejarah kewujudan Israel. Memandangkan Orang Melayu berugama Islam , maka mereka patut menyokong Arab/Palestin yang berugama Islam.

Pada peringkat awal, perang ini dilihat sebagai perang antara Islam dan Yahudi. Kemudian bertukar kepada perang Arab-Israel. Seterusnya ditafsir sebagai perang israel-Palestin. Apabila PLO lantang di Palestin, perang ini dilihat antara Israel-PLO. Sekarang perang ini dilihat antara Israel-Hamas atau perang Israel-Hisbollah sahaja.

Bagi menjelaskan isu dan sejarah perang ini, Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan buku khas berhubung sejarah kewujudan Israel ini dan mengapa Malaysia tidak menyokong Israel dan menyokong Palestin.

Ketujuh

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason agalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada tuduhan , ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason didsftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli.

Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan. [2]

Kelapan

Walaupun Singapura telah lama disingkirkan dari Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu menentukan hala tuju Singapura. Lee Kuan Yew mahu Singapura menggunakan teori terkepung iaitu di kelilingi negara Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand. Singapura terpaksa membangunkan angkatan bersenjata dengan bantuan Israel yang juga 'terkepung'.

Lee Kuan Yew mengarahkan Goh Keng Swee untuk menghubungi Mordechai Kidron, Duta Israel di Bangkok pada 9 September 1965, hanya beberapa bulan setelah pemisahan Singapura dari Malaysia. Bukan Singapura yang aktif untuk meminta Israel masuk, tapi Israel lah yang pertama kali menawarkan diri agar bisa terlibat secara aktif di wilayah Asia Tenggara. Singapura adalah tangan Israel di Asia Tenggara.[3]

Selepas Perang Yom Kippur, Singapura membeli 72 kereta kebal MX-13 light dari Israel yang kononnya berlebihan. Sedangkan Malaysia tidak memiliki sebuah pun ketika itu.Pada Mei 1969 Singapura membenarkan Israel membuka kedutaan di Singapura. Singapura juga membeli satelit Indosat dari Indonesia. Angkatan bersenjata Singapura berjaya dibangunkan dengan bantuan 18 pegawai tentera Israel. [4]

Pada November [1986] ,Presiden Israel Chaim Herzog dari Israel melawat negara sahabatnya Singapura. Pesawat Israel terpaksa melalui ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi. Tentangan rakyat Malaysia berhubung penggunaan ruang udara ini tidak diendahkan oleh Dr Mahathir kerana tidak mahu dilihat terlalu anti-Yahudi. Bantahan dari Brunei, Indonesia dan Malaysia ini tidak dipedulikan oleh kerajaan Singapura.

Chaim Herzog menjadi tentera pejuang Israel dalam perang 6 hari antara Israel dengan Mesir dan Syria pada 26 Oktober 1973. Perang ini dikenali juga dengan nama Perang Yom Kippur atau perang Ramadan. Israel menang mutlak dalam perang ini. Malahan Israel menguasai Bukit Golan, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.

Pada Oktober 1993, Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin melawat Singapura dan merupakan perdana menteri Israel pertama melawat negara itu. Yitzhak juga melawat Indonesia. Ketika ini tidak ada lagi bantahan dari rakyat Malaysia. [5]

Kesembilan

Dr Henry Kissinger merupakan seorang Yahudi Amerika yang telah menjadi Setiausaha Amerika Syarikat. Pada 6 Mac 1987 ,pengerusi ISIS , Dr Noordin Sophie telah mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan Dr Henry Kissinger dalam Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur.

Kesepuluh

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia dan boleh mencetuskan pergolakan politik kepada parti pemerintah Barisan Nasional/UMNO. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel. Sebarangan hubungan dengan Yahudi Amerika turut ditafsir Malaysia mengiktiraf negara Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1957. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Kesebelas

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan __ . Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman.[6][7]

Pada Ogos 1984 ,persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur telah dibatalkan. Komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.[8]

Keduabelas

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge" . [9] [10]

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan.

Anwar Ibrahim dihantar ke negara-negara Islam untuk berceramah topik Islam dan demokrasi. Peranan ini diberikan oleh Council of Foreign Relations, New York. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim telah hubungan dengan Wolfowitz , seorang Yahudi Amerika.

Pada Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11]

Zahid meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive".[12]

Ketigabelas

Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan barani mati . Tafsiran semula al Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. [13] Pada 21 Oktober 2003 dalam temubual dengan The Bangkok Post , Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semetic. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini.

Tetapi mereka mengawal dunia.. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas .Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel.

Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitic. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi.[14] Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru. [15]

Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum.Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur.Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.

Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval . Dr Mhathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove , iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat. [16]

Keempat belas

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [17]

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. [18]

Konvoi Malaysia turut terlibat dalamViva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[19][20]

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[21] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[22][23].

Pada 13 April 2010,Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB).

Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.
[24]

Kelima belas

Police Reporting System (RPS) dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2006.Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon. Sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam Fasa 4.

Pada 13 April 2010, di Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan bahawa siasatan dalaman PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

Fasa 1 dan Fasa 2 dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS. 70 % saham Asiasoft (M) Sdn Bhd milik rakyat Malaysia dan 30 % dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga Malaysia dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd.

Namun selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. 49 % saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki oleh Toh Kian Hong seorang rakyat Singapura.Baki 51 % saham dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

RPS Fasa 3 siap pada Oktober 2006. Penstrukturan selepas Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS. Selepas siasatan PDRM, perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Disember 2008. [25]

Rujukan

↑ No Malaysia Delivery to Israel?
↑ Konspirasi Dr. Mahathir & Yahudi
↑ Perjalanan Panjang Singapura menjadi “Singa” di Asia
↑ Menguak Cinta Rahasia antara Israel dan Singapura (3)
↑ Dictionary of the Modern Politics of South-East Asia oleh Michael Leifer
↑ [he New York Times, April 7, 1994]
↑ [South China Morning Post, April 18, 1994]
↑ [An Anti-Semitic Side to the Malaysian Story - The New York Times, May 31, 1985]
↑ Malaysia defends clandestine meeting with Israel
↑ Summertime and the weather is fine
↑ Zahid Pernah Jumpa Netanyahu Nyatakan Pendirian Malaysia
↑ Lubnan Sedia Beli Peralatan Ketenteraan Keluaran Malaysia
↑ Mahathir attack on Jews condemned
↑ [http://www.adl.org/Anti_semitism/Malaysian_1.asp Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad: On the Jews ]
↑ [1]
↑ Ex-Malaysia PM: Abramoff Was Paid $1.2M
↑ [sim INFO : Israel Sudah Mula Menguasai Malaysia]
↑ Penguasaan Israel Secara Halus Di Malaysia
↑ Anwar jelas isu Apco minggu depan
↑ Konsep 1Malaysia tiru 1Israel hanya pembohongan
↑ israel kuasai malaysia melalui singapore?
↑ Perisik Israel Dalam PDRM: KPN Minta Anwar Kemuka Bukti
↑ Dewan Rakyat: Anwar Dakwa Ada Perisik Israel Di Bukit Aman
↑ Dewan Rakyat: Tiada Penglibatan Perisik Israel Dalam Projek PDRM - Abu Seman
↑ Dewan Rakyat: Tiada Penglibatan Perisik Israel Dalam Projek PDRM - Abu Seman
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_Malaysia-Israel
http://ms.wikipedia.org/wiki/Police_Reporting_System

JEBAT_BERANI : MAHUKAH RAKYAT HULU SELANGOR MELIHAT MALAYSIA JAHANAM DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN 1MALAYSIA(1ISRAEL) DIBAWAH PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA?KALAU TAK MAHU "LU PIKIR LA SENDIRI"...BESOK MENGUNDI SENDIRI JANGAN BAGI "HANTU" PULAK YANG MENGUNDI..SKANG NIE BANYAK BETUL HANTU2...

GAMBAR MENDIANG BENG HOCK BIKIN PUAK2 BE-END & KEPANASAN

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berlangsung ini agak rancak dengan karenah pelbagai pihak yang menggantung pelbagi poster yang mencuri tumpuan.

Antaranya, sehelai kain rentang gergasi yang memaparkan gambar bekas setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang didapati mati ketika berada dalam tahanan semasa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).

Kain rentang berukuran 22 X 12 khaki itu memaparkan gambar Teoh yang tersenyum dengan tertera perkataan “Keadilan untuk Beng Hock” dan diletakkan di jalan utama menuju Batang kali.

Selain itu, ia juga tertera perkataan Cina yang menggesa supaya mereka yang mengakibatkan kematiannya dihukum.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengadakan satu upacara perkabungan ringkas dengan lebih 50 orang terbabit memberikan penghormatan kepada Beng Hock mengikut tradisi kepercayaan Cina.

Kenderaan yang lalu lalang kemudiannya kelihatan membunyikan hon mereka sebagai menyokong usaha mencari keadilan untuk Beng Hock.

Bagaimanapun kehadiran kain rentang gergasi itu tidak disenangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengarahkannya diturunkan.

Sekumpulan petugas SPR yang diketuai oleh Saiful Rizza mengarahkan kain itu diturunkan.Kumpulan berkenaan kemudiannya menuntut penjelasan mengenai arahan itu.

Saiful Rizza memberitahu beliau mendapat arahan rasmi daripada Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk menurunkan gambar berkenaan.

Ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon berkata beliau tidak faham mengapa kain rentang itu tidak dibenarkan sedangkan ia, kain rentang yang sama digunakan semasa pengkebumian Beng Hock.

Mereka kemudian meminta untuk bercakap dengan Nor Hisham untuk mendapatkan pengesahan sendiri tetapi Saiful gagal memberikan nombor telefon pegawai daerah berkenaan.Penduduk bagaimanapun akur dan menurunkan kain itu.

Suasana tiba-tiba menjadi kecoh apabila rakan-rakan Saiful bertindak mahu merampas kain rentang gergasi yang sedang dilipat oleh beberapa penduduk tempatan terbabit.

Melihat kejadian itu, Khai Loon sekali lagi tampil mempersoal kewajaran mereka mahu merampas gambar Beng Hock.

“Mengapa takut dengan gambar Beng Hock? Kawan saya ini sudah mati dibunuh.”

“Kenapa perlu takut dengannya? ” beliau bertanya sambil diperhatikan oleh sekumpulan anggota polis yang turut berada di lokasi berkenaan.

Saiful menjelaskan kain rentang itu ada unsur-unsur provokasi serta ia tiada kaitan dengan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat dan P Kamalanathan yang mewakili BN.

Khai Loon yang tidak berpuas hati berkata mereka bukan berkempen tetapi hanya tidak mahu Beng Hock dilupakan, lagipun gambar mendiang Beng Hock hanya satu saja yang dinaikkan.

Hujahnya lagi, gambar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh didapati di sepanjang jalan di Hulu Selangor, walaupun kedua-dua pemimpin BN itu tidak bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

Saiful bersama empat pegawai yang lain kemudiannya membatalkan niat mereka untuk merampas kain rentang gergasi tersebut dan meninggalkan tempat kejadian.

Menurut seorang penduduk, Yap Ah Peng, 56 yang turut cuba menghalang kain rentang itu diturunkan tidak ada sebab pihak berkuasa perlu gusar dengan kehadiran sehelai kain.

“Ini orang Cina punya agama, kalau satu orang sudah mati, dia punya semangat tidak boleh dikenang.”

“Maka, orang awam tidak boleh ganggu dia sebab itu kita sudah memberi amaran kepada dia supaya jangan turun gambar yang kita naikkan,” katanya.

Bagi seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ah San,g tulisan Cina pada gambar gergasi Beng Hock itu langsung tidak berunsur provokasi.

“Tulisan itu adalah 'Berilah keadilan kepada Teoh Beng Hock' dan 'Siapa dia pembunuh sebenar mendiang Teoh',” katanya ujarnya.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : TAKUT BETUL PUAK2 BE-END NIE DENGAN GAMBAR MENDIANG BENG HOCK...MACAM BUDAK2 KECIK TAKUTKAN HANTU PLAK RASANYA...APASAL TAKUT??ADA BIKIN SALAH KA?TAKUT NANTI ROH BENG HOCK DATANG CEKIK KA?ATAU TAKUT PENGUNDI HULU SELANGOR AKAN "CEKIK" PUAK2 BE-END DALAM PILIHAN RAYA KECIL HULU SELANGOR NANTI?HAHAHAHAHA DASYAT JUGA PENANGAN MENDIANG BENG HOCK NIE RUPANYA!!!....AWAS LA KO ORANG PUAK2 BE-END....PENGUNDI HULU SELANGOR PASTI 'MENCEKIK' CALON BE-END DAN JUGA PUAK2 BE-END ESOK 25 HB APRIL 2010........

2,3 PERGI BERATUS DATANG SEBAGAI GANTI....



BUKIT BERUNTUNG: Walaupun ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan meninggalkan parti berkenaan, hari ini sebaliknya berlaku.

Seramai 150 ahli Umno Bahagian Selayang keluar parti dan menyertai PKR dengan alasan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah di kawasan itu sejak hampir 25 tahun yang lalu.

Ketua Penaja PKR Ranting Bukit Botak, Satar Md Saman berkata, tindakan itu dilakukan selepas masalah setinggan penduduk di kawasan Bukit Botak dapat diselesaikan dalam masa dua tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

“Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang prihatin terhadap masalah penduduk.

“Dengan komitmen inilah menjadi daya penarik kita menyertai PKR dan percaya lebih 200 lagi dikawasan Bukit Botak akan menyertai PKR,” katanya yang menyerahkan 150 borang keahlian PKR kepada Abdul Khalid dalam satu majlis hari ini.

Menurutnya, pada masa sama, mereka akan menubuhkan PKR Ranting Bukit Botak dalam masa terdekat ini.

Sumber : Mstar

JEBAT_BERANI : MENGATA ORANG PAKU SERPIH..HAHAHAHA...MENGATA ORANG AHLI DIE LAGI LE LEBIH....SATU DUA YANG KELUAR DIGANTI DENGAN BERATUS...HAHAHAHA....HEBAT2...YANG NIE TAKDE KE TV TIGA SUKU DAN AHBAR BERITA HAIRAN NAK LAPORKAN??...HAHAHAHAHAHA.....

TOK GURU NIK AZIZ : SERANG PRIBADI CALON PKR PERBUATAN ORANG KEHABISAN MODAL


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : PUAK2 BE-END NAMPAK SANGAT TELAH KETANDUSAN MODAL BAGI MEMENANGI HATI PENGUNDI DI HULU SELANGOR SEHINGGA TERPAKSA MENGGUNAKKAN TAKTIK KOTOR MEMBURUKKAN CALON PAKATAN RAKYAT..YANG SANGAT MENGHAIRANKAN HAMBA IALAH CALON YANG MEREKA BURUKKAN INI ADALAH ORANG YANG PERNAH MEREKA BERI KEPERCAYAAN MENJADI CALON MEREKA DAN JUGA PERNAH DILANTIK PUAK2 BE-END INI SEBAGAI TIMBALAN MENTERI...

APAKAH KETIKA DATO ZAID IBRAHIM BERSAMA PUAK2 BE-END INI MEREKA TIDAK SEDAR ATAU TIDAK MENGETAHUI KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH DATO ZAID INI...APAKAH MEREKA HANYA MULA MENYEDARI KESALAHAN YANG DILAKUKAN DATO ZAID SETELAH BELIAU INSAF DAN MENINGGALKAN PUAK2 BE-END...APAKAH MANUSIA YANG TELAH INSAF DAN CUBA MEMBETULKAN KESILAPANNYA HARUS KITA UNGKIT KEBALI KESALAHAN LAMPAUNYA...??INIKAH BUDAYA PUAK2 BE-END?MENGHALALKAN SESUATU PERBUATAN SALAH ITU SELAGI YANG MELAKUKKAN KESALAHAN ITU BERSAMA MEREKA...

SEMOGA PENGUNDI DI HULU SELANGOR DAPAT MENILAI SEMUA INI DENGAN FIKIRAN YANG MATANG..JANGAN BIARKAN DIRI DIPERKOTAK KATIKKAN HANYA UNTUK PUAK2 BE-END YANG PANDAI MENABUR BAKTI APABILA MEREKA MEMERLUKAN UNDI RAKYAT...JANGAN KITA MENGADAIKAN MASA DEPAN GENERASI PELAPIS KITA HANYA KERANA TERMAKAN BUDI(RASUAH) PUAK2 BE-END YANG HANYA MENGENALI RAKYAT APABILA TIBA MUSIM MENGUNDI....SEMOGA ALLAH MEMBERI PERTUNJUK KEPADA PENGUNDI HULU SELANGOR DALAM MEMILIH CALON YANG TERBAIK BUAT MEREKA...AMIN

VIDEO SIDANG MEDIA TOK GURU NIK AZIZ DAN ZAID IBRAHIM



SUMBER : Dicilok dari kekanda http://malaysiaberih.blogspot.com/

DATO SERI ANWAR IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PUCUK PIMPINAN!!!


KUALA LUMPUR 22 APRIL: Kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor dihangatkan lagi dengan berita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim dengan secara rasminya hari ini telah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti PKR (Parti Keadilan Rakyat) dengan memberikan sebab telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Kejutan ini adalah daripada rentetan beberapa peristiwa sebelum ini dimana ramai pimpinan dan ahli-ahli PKR yang membuat pengumuman keluar daripada parti itu dengan memberikan sebab telah hilangnya kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan parti.

Berita terbaru ini merupakan satu pukulan maut kepada PKR dalam menangani beberapa isu yang dibangkitkan oleh BN di dalam siri kempen mereka di Hulu Selangor.

Seluruh jentera parti kini dikatakan telah lumpuh akibat daripada berita yang paling mengejutkan seluruh ahli-ahli dan pimpinan di dalam PKR sendiri. Ramai yang masih tidak dapat menerima berita terbaru ini di dalam kempen di Hulu Selangor yang hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Tinjauan rambang mendapati seluruh rakyat tidak percaya akan berita ini.

Ini adalah kerana hanya mereka-mereka yang tidak boleh berfikiran waras dan mengikut membuta tuli sahaja yang akan percaya akan berita seperti ini.

Inilah berita yang paling diidamkan oleh Najib dan Umno/BN selama ini. Bagaikan bulan jatuh ke riba jika mana-mana media arus perdana yang dapat menyiarkan berita paling hebat masa kini.

Jika anda yang sedang membaca berita ini juga percaya akan berita yang dilaporkan ini, bermakna anda telah membiarkan diri dan minda anda dijajah serta dimanupulasi oleh media arus perdana yang semakin hari begitu menggila menyiarkan berita-berita yang penuh tipu daya tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap berita-berita yang mereka siarkan.

Jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh mereka-mereka setiap hari.

* Berita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. Maaf Dato Seri....

Sumber:Ajijoi
JEBAT_BERANI: HAHAHAHAHA....LAWAK,LAWAK...MELIHAT KEPADA PELBAGAI BERITA FITNAH YANG DILEMPARKAN PUAK2 BE-END HAMBA TAK HAIRAN LANGSUNG KALAU BERITA SEUMPAMA INI DILAKUKAN OLEH PUAK2 BE-END...NAMPAKNYA BE-END BENAR2 TERDESAK UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA KECIL HULU SELANGOR INI BAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA P-END NAJIB BENAR2 TELAH DITERIMA RAKYAT....APA-APA PUN HAMBA YAKIN PENGUNDI DI PARLIMEN HULU SELANGOR TELAH MEMPUNYAI PILIHAN MEREKA SENDIRI..LAKUKANLAH APA JUA TOMAHAN NAMUN PASTINYA IA TAK AKAN MAMPU MENPENGARUHI PENGUNDI DI PARLIMEN HULU SELANGOR KERANA MEREKA BUKANLAH BODOH....

Thursday, April 15, 2010

PECAT JIKA TERPILIH???!!!


Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih hari ini sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam tadi.

Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan (kiri), Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja. Muligan adalah yang teratas dalam senarai."

Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok(hari ini). Kami mahu siasat lebih lanjut.

"Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok,(hari ini)" katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan yang dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya."

Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi ini selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerussi BN dijadual mengumumkan calon BN petang ini.

Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan memberitahu kemudiannya bahawa Samy Vellu dijadual menemui Muhyiddin di Putrajaya pagi ini.

"Kita akan keluarkan maklumat (mengenai calon) selepas jam 10 pagi ini," katanya kepada Malaysiakini.


Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon.

Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah Mugilan.

Semalam, 18 ketua bahagian MIC di Selangor tampil mendesak kepimpinan BN supaya meletak Palanivel - yang dicadangkan oleh presiden parti itu - sebagai calon di Huu Selangor.

Manakala beberapa ketua cawangan MIC di Hulu Selangor mengancam untuk membubarkan cawangan masing-masing jika BN memilih calon lain.

Tindak-tanduk barisan kepimpinan MIC di semua peringkat itu menguatkan lagi khabar angin bahawa Palanivel tidak dipilih bertanding di Hulu Selangor.

JEBAT_BERANI : ADA HAMBA HERAN INI SEMUA??PUAK-PUAK BE-END NIE SEMEMANGNYA MACAM NIE..SALING BEREBUT JAWATAN DAN KEDUDUKAN...DAN AKHIRNYA YANG MENJADI MANGSA RAKYAT...HARAP-HARAP RAKYAT HULU SELANGOR TAK "TERGODA" DENGAN PELBAGAI JANJI KOSONG PUAK-PUAK BE-END NIE..

ZAID IBRAHIM PILIHAN YANG TEPAT!!!


PASIR PUTEH, 14 April: Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor adalah wajar dan tepat dengan situasi politik sekarang.

"Zaid memang seorang yang memang tidak dapat dinafikan ketokohannya dalam banyak bidang termasuk politk, undang-undang dan kehakiman.

"Tambahan pula beliau adalah bekas seorang menteri, sudah semestinya pengalaman berkaitan aspirasi rakyat tidak dapat dipertikaikan dengan mudah," kata veteran yang juga bekas aktivis Umno Tok Bali, Ibrahim Mohd Noor.

Ibrahim percaya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Zaid dalam PRK kali ini beliau mampu membawa satu perubahan baru dalam era politik tanah air.

Zaid menyertai PKR selepas beberapa bulan melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap wartawan, orang politik dan orang awam.


Sementara itu, aktivis sebuah parti di Pasir Puteh, Muhammad Dullah (kiri), tidak menafikan pencalonan Zaid menjadi satu tamparan hebat kepada Umno.

“Semua orang tahu dia (Zaid) itu bekas menteri, jadi tidak ada sebab untuk menolak kewibawaannya dalam membawa suara rakyat ke peringkat nasional.

“Kalau kita ingat bagaimana hasratnya ingin mengembalikan imej badan kehakiman yang dikatakan sudah tercalar semasa baru-baru jadi menteri dulu, saya rasa orang Umno pun perlu sokong dia.

“Sebab apa, sebab di situ sudah nampak kebaikannya demi sebuah keadilan,” katanya.

Dalam pada itu rakannya, Mohd Suhaimi (kanan), berpendapat selain daripada pengalaman serta ketokohan Zaid, kerektornya menggambarkan bahawa beliau memenuhi ciri-ciri sebagai seorang pemimpin.

“Apa yang saya tahu Zaid ni sikapnya terbuka. Tidak pandang status. Dia bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang muda, orang kecil orang besar semua dia bergaul.

“Tengok masa majlis kenduri kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai menteri hari tu yang diadakan di rumahnya di kampung Pasir Hor, tok guru Nik Aziz (Menteri Besar) dan beberapa pemimpin PAS lain dia jemput.

“Sedangkan PAS musuh ketat dialah pada masa itu kalau hendak dikirakan. Tapi atas rasa mahabbah dia ketepikan sementara sentiment politik,” katanya penuh keyakinan bahawa Zaid mampu membimbing rakyat meskipun beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor.

JEBAT_BERANI : KITA MEMERLUKAN ORANG YANG BERKEBOLEHAN SEPERTI ZAID IBRAHIM INI DALAM PARLIMEN UNTUK MENENTANG PUAK-PUAK UMNONGOK/BE-END....

1MALAYSIA=1ISRAEL : 76 JUTA DUIT NEGARA DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT YAHUDI!!!


Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengakui bahawa kos perkhidmatan yang dibayar kepada APCO Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, malah memuji sumbangan APCO dalam usaha memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Sambil menuding jari kepada dua orang bekas Perdana Menteri yang "menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur-Washington", Nazri mendakwa bahawa hubungan dua hala yang terjejas dalam tempoh 28 tahun ini hanya boleh diperbaiki dengan membelanjakan wang.

Nazri Aziz tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide untuk memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, "APCO Worldwide bertanggungjawab untuk membina imej negara kita di Amerika Syarikat, agar hubungan kita dengan Amerika Syarikat lebih erat. Apakah anda menganggap syarikat tempatan Malaysia boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan Amerika Syarikat?"

Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dianggap "kurang erat" semasa zaman pemerintahan PM keempat dan kelima, iaitu Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, jadi Nazri tidak melihat wujudnya masalah untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat atas nama diplomatik dan ekonomi.

"Sekiranya kita tidak berbaik dengan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat langsung tidak akan mempedulikan kita. Kita perlu memperbaiki hubungan yang terjejas semasa zaman pemerintahan 22 tahun oleh Mahathir Mohamad dan enam tahun oleh Abdullah Ahmad Badawi. Anda ingat kita boleh meredakannya tanpa berbelanja?" tanya Nazri ketika ditemuramah media di parlimen, semalam.

Malah, Nazri menambah bahawa kerja melobi adalah sesuatu yang lumrah di Amerika Syarikat. "Anda perlu lobi (barulah kerja diselesaikan dengan baik), dan pelobi terbesar di Amerika Syarikat ialah pelobi Israel."

Memuji Najib

Setelah mempersalahkan Mahathir dan Abdullah, berikutan hubungan kurang erat dengan Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, Nazri seterusnya memuji PM sekarang, Najib Razak, "Najib bukan untuk dirinya, beliau melakukan ini demi negara. Apa salahnya berbaik dengan Amerika Syarikat? Ia hanya akan memanfaat ekonomi kita."

Najib mengambil contoh pertemuan antara Najib dengan Obama, sebagai bukti untuk menunjukkan APCO Worldwide menjalankan tugasnya dengan baik. "Apa yang kita belanjakan amat berbaloi, kita mendapat pulangannya."

"Prestasi APCO Worldwide cukup baik. Setakat ini Obama hanya meluangkan masa untuk berjumpa dengan Najib dan Hu Jintao (Presiden China). China tu China (pengaruh besar), tapi Obama berjanji untuk bertemu dengan Najib," jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim ketika membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dalam persidangan Dewan Rakyat penggal ini mencungkil kontroversi apabila mengkritik kerajaan kerana menggunakan perkhidmatan syarikat Israel, APCO Worldwide, yang juga digunakan oleh diktator negara lain. 【Baca: APCO dan 1Malaysia】

"...Diktator yang kaya akan menggunakan (syarikat) yang terbaik. Jadi, mengapa mereka menggunakan APCO Worldwide? Ini kerana APCO Worldwide terlalu baik (perkhidmatannya). Kalaulah mereka nak membina imej yang baik di Amerika Syarikat, mereka perlu menggunakan APCO Worldwide," ulas Nazri.

Mengambil contoh Karpal dan Anwar

Bahkan, Nazri mengambil contoh peguam terkemuka, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP, "Tahukah anda siapa yang akan mengupah Karpal Singh dalam kes mahkamah? Pembunuh, penyeludup... Kerana mereka nak bebaskan diri daripada hukuman. Mereka perlu mendapatkan peguam yang terbaik. Ada yang berkata Karpal Singh adalah yang terbaik. Jadi mereka mengambil Karpal Singh..."

"Tapi, bolehkah anda berkata Anwar Ibrahim adalah pembunuh kerana beliau menggunakan Karpal Singh sebagai peguam belanya?" tanya Nazri.

Karpal Singh kini adalah peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Oleh itu, Najib menganggap pembangkang tidak harus meringkaskan isu ini, menyamakan penggunaan APCO Worldwide dengan isu lain sewenang-wenangnya. Malah, beliau mendakwa bahawa beliau pernah menyemak senarai nama Zionis, dan akhirnya beliau mendapati lebih separuh daripadanya adalah kawan Anwar.

"Jadi, beliau (Anwar) boleh berkawan dengan orang ini, dan kami tak boleh," sindirnya.

Tian mempertikaikan Nazri

Sebelum ini, ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua mengadakan sidang media di koridor parlimen, mempertikaikan kejujuran Nazri dengan menunjukkan jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri. JPM memberi jawapan bahawa kontrak perkhidmatan APCO Worldwide bernilai RM76,820,563 setahun, jauh berbeza dengan jawapan yang diberikan Nazri sebelumnya ketika ditemuramah media, iaitu RM28 juta.

Namun, Nazri mendakwa bahawa kedua-dua pihak sebenarnya tidak pasti dengan angka RM28 juta itu, tetapi beliau berjanji kepada Tian Chua (gambar kanan) secara peribadi, bahawa beliau akan mengemukakan jawapan yang terperinci seandainya Tian Chua menulis secara rasmi kepada JPM.

"Jadi, inilah jawapan tepatnya," Nazri menegaskan bahawa beliau tidak menolak untuk memberi jawapan, "Anda boleh menyemak minit mesyuarat. Saya (pada ketika itu) berkata saya tidak mempunyai maklumat yang terperinci. Dan saya juga kata, seandainya saya ada maklumat terperinci, maka saya boleh mendedah kepada semua orang."

Dalam satu wawancara bersama Malaysian Insider pada 7 April 2010, Nazri memberi reaksinya terhadap tindakan ahli parlimen Pokok Sena-PAS, Mahfuz Omar yang melaungkan "UMNO-APCO" dalam dewan. Nazri berkata, "'UMNO-APCO' adalah tuduhan yang serius. Parti komponen Barisan Nasional, UMNO menggunakan RM28 juta untuk mengupah APCO. Tetapi, mengatakan UMNO itu APCO dan APCO itu UMNO, membawa makna bahawa kami memasukkan wang kerajaan dalam saku UMNO. Kenyataan sedemikian membawa maksud bahawa kerajaan jelas menyedari bahawa APCO dimiliki UMNO, dan kemudian membayar RM28 juta kepada APCO. Tuduhan ini serius sekali."

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. -MR

JEBAT_BERANI : TAK TAHU NAK KATA APA DAH NGAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI..SANGGUP MEREKA MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN SYARIKAT YAHUDI??APAKAH TIDAK ADA LAGI SYARIKAT LAIN YANG BOLEH MEREKA JALINKAN KERJASAMA?NASIB-NASIB....1MALAYSIA=1ISRAEL

PEMUDA PAS MESTI TENGOK : CERAMAH PERASMIAN MUKTAMAR PEMUDA PAS PEKAN OLEH USTAZ AZMAN SAPAWI

Friday, April 2, 2010

DATO SERI ANWAR IBRAHIM PERJELAS 16 SEPTEMBER


KUALA LUMPUR 2 Apr - Kemungkinan penubuhan Kerajaan Persekutuan yang baru pada September 2008 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat hampir menjadi realiti sekiranya Perdana Menteri ketika itu dan Speaker Dewan Rakyat tidak menolak untuk mengadakan perjumpaan dan persidangan khas Parlimen.

Malah menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat juga telah mengutuskan warkah yang dipersembahan ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon mengadap baginda berhubung perkata itu.

Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan '16 September' adalah rekaan dan pembohongan pihak Pakatan Rakyat kata Anwar.

"Pada 19 September 2008 warkah kepada Yang DiPertuan Agong diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana mereka telah beri mandat kita rujuk kepada istana negara, kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia.

"Kita tidak edarkan surat ini kerana pada ketika itu kita kena jaga kedudukan Yang DiPertuan Agong, kalau jadi kita ikut saluran," tegas Anwar di Dewan Rakyat petang semalam.

Sebelum itu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat juga tekah menghantar surat untuk membuat perjumpaan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.

Kemudian Pakatan Rakyat telah menulis suat kepada Speaker memohon satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri tetapi langkah ini juga ditolak.

"Pada 18 September 2008 setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, KEADILAN, PAS dan DAP, Pakatan Rakyat menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu petisyen bagi mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia. Ini bagi membincangkan usul bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau.

"Mustahil saya berani tulis surat begini kalau saya tidak ada jumlah dan perakuan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau ada pada masa itu mesyaurat seperti yang kita minta mengikut Peraturan 11 (3) tapi itu ditolak.

"Kita melakukan tiga proses, pertama minta pertemuan dengan Perdana Menteri ditolak, kedua tulis kepada Speaker juga ditolak," hujah Anwar ketika mencelah penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Keadaan Dewan menjadi riuh ketika Anwar mengatakan bahawa ramai antara anggota Parlimen yang hadir pada sidang semalam telah menemui beliau bagi membincangkan kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat malah ada yang telah menandatangani surat akuan.

"Saya tidak nafikan perkara ini tidak berlaku tetapi saya nak sebut dalam Dewan Ahli-ahli Yang Berhormat tahu dan saya tahu siapa yang beri perakuan dan siapa yang tandatangan," kata Anwar sambil di sambut dengan laungan," dia orang (Ahli Parlimen Barisan Nasional) dah takut, dah takut".

Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan senarai nama Ahli Parlimen BN yang bersetuju bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Yang Berhormat dari Umno boleh ketawa, ada antara yang ketawa ada yang bincang dengan kita, ada yang talipon tapi itu bukan soalnya. Yang penting baik persahabatan atau perbincangan yang kita anggap tertutup kita hormati prinsip itu dan jangan ada langsung keraguan mengenai perkara ini kerana dalam politik ini ada etika walaupun dengan musuh. Ini kita pertahankan sebab itu saya tidak pernah keluarkan," jelas beliau.

Tegas Anwar Pakatan Rakyat telah mengikut prosedur dan peraturan yang betul yang berlandasan Perlembagaan Persekutuan berhubung perancangan 16 September 2008.

"Jangan kata kita permainkan isu ini kerana kita ikut jalur undang-undang dan kemudian mahu dikatakan ini palsu. Saya sebutkan saya lakukan ini makna setakat menghormati peraturan, undang-undang dan Perlembagaan, tiga-tiga proses kita lakukan, itu tahap yang telah kita lakukan. Soal untuk mengatakan kita tidak ada jumlah itu tidak benar, mustahil saya ambil risiko itu," ujar Anwar lagi.

JEBAT_BERANI : SEBETULNYA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END TAHU BAHAWA DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERJAYA DENGAN RANCANGAN 16 SEPTEMBERNYA..NAMUN MEREKA TIDAK BERANI MENGAKUI AKAN HAKIKAT ITU..RANCANG ITU TERTANGGUH KERANA RASA HORMAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP UNDANG-UNDANG TIDAK SEBAGAIMANA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END YANG HANYA TAHU "MEROGOL" UNDANG-UNDANG...

SALAHKAH RAKYAT MEMANDANG NEGATIF ANGGOTA POLIS???!!!


KUALA LUMPUR, 1 April: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk tidak menyalahkan Pakatan Rakyat (PKR) sekiranya rakyat kebelakangan ini begitu memandang serong kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar), persepsi serong tersebut sebenarnya disedari oleh rakyat sendiri.

"Bukan kami yang mengawal persepsi (negatif terhadap PDRM), semua itu (adalah) persepsi rakyat sendiri,” katanya ketika mencelah penggulungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rakyat, petang ini.

Tian Chua yang juga Ketua Strategik PKR berkata, persepsi buruk tersebut berlaku ekoran berlakunya beberapa kes kematian di dalam lokap.

“Tidak cukup dengan itu, kaedah polis menyiasat kes-kes tersebut menebalkan lagi persepsi negatif rakyat kepada polis.

"Misalnya, seorang lelaki seperti kes (mendiang) A. Kugan yang mati di lokap, tetapi kes-kes kematian itu disiasat sendiri oleh polis," katanya.

Maka, siasatan tersebut, menurut pandangan Tian Chua adalah tidak mencerminkan tahap integriti PDRM.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Hishammuddin supaya menjelaskan insiden tembakan rambang yang menimpa Norizan Salleh pada Oktober lalu.

Beliau juga meminta Hishammuddin memberi jaminan bahawa kredibiliti PDRM masih boleh diperbaiki.

Hishammuddin kemudiannya menjelaskan bahawa mangsa ditembak kerana disyaki penjenayah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, kereta yang dinaiki Norizan bersama empat rakannya disyaki kereta curi.

Tian yang bangun mencelah mempersoalkan tindakan polis menyepak rusuk mangsa, selepas mengeluarkannya yang ketika itu cedera parah akibat ditembak polis.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : KADANG KALA SIKAP POLIS ITU SENDIRI YANG MENJADIKAN RAKYAT MEMANDANG NEGATIF KERJAYA POLIS INI...SEPATUTNYA KERJAYA POLIS INI DIPANDANG TINGGI OLEH MASYARAKAT KERANA MEREKA MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA..
AKAN TETAPI SIKAP KEBANYAKKAN POLIS HARI INI YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH DAN SALAH LAKU MENJADIKAN RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN DAN RASA HORMAT TERHADAP KERJAYA POLIS INI..SIKAP SEGELINTIR ANGGOTA POLIS YANG TIDAK MESRA TERHADAP RAKYAT KETIKA MEMBUAT ADUAN ATAU MEMBERI KETERANGAN AMAT DIKESALI..
SITUASI INI AMAT BERBEZA DENGAN SLOGAN YANG MEREKA SERING LAUNGKAN IAITU "CEPAT,BETUL DAN MESRA"..TAMBAH BURUK APABILA PIHAK POLIS SERING KALI CUBA MEMBELA DAN MENAFIKAN SALAH LAKUB YANG DILAKUKAN OLEH ANGGOTA MEREKA..DAKWAAN DAN ADUAN YANG DIKEMUKAKAN RAKYAT TERHADAP SALAH LAKU ANGGOTA POLIS SERING DIPANDANG SEBELAH MATA...
SIKAP ANGGOTA POLIS YANG SERING MEMIHAK KEPADA PARTI BE-END JUGA MEMBUATKAN SEGELINTIR RAKYAT MERASA MUAL..SEPATUTNYA BADAN UNIFORM SEPERTI POLIS INI BERSIKAP BERKECUALI DALAM MENGENDALIKAN HAL YANG MELIBATKAN SOAL POLITIK..NAMUN TIDAK BEGITU..POLIS SERINGKALI BERAT SEBELAH DALAM MELULUSKAN PERMIT CERAMAH DAN PERHIMPUNAN..
HARAPAN HAMBA SEMOGA LUAHAN INI MEMBUKA MATA PIHAK POLIS AGAR MENGEMBALIKAN MARUAH PASUKAN POLIS DI MATA RAKYAT...PIHAK POLIS HARUS BERSIKAP TELUS DAN ADIL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA AGAR KEPERCAYAAN RAKYAT AKAN KEMBALI SEMULA...