WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, January 25, 2010

KAWE NOK PITIH ROYALTI BUKAN PITIH EHSAN!!!


KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.

Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan.

“Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.

“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.

Terdahulu PAS Kawasan Batu, menyerahkan memorandum sokongan terbuka kepada kerajaan Kelantan, dalam menuntut royalti dari Kerajaan Pusat.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada Nik Aziz di JKR 10.

Ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru sekali lagi menjelaskan kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.

“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.

“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,”ujarnya.

Sambungnya lagi, petrol berkenaan hanya ada di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun kerajaan pusat didakwa mengaku kesemua itu hak mereka dan menafikan hak negeri.

Jelasnya, lebih malang lagi wang ehsan tersebut akan diberi kepada rakyat melalui JPP seolah-olah Kelantan tiada kerajaan.

“Beri wang ehsan tersebut pada Kerajaan Kelantan kerana rakyat dia ada kerajaan, ada bendera sendiri, ada Menteri Besar, ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhan kepada duit,”ujarnya lagi.

"Kalau inginkan wang hasil minyak dari Kelantan, minta dari kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya negeri ini memohon wang ehsan dari Kerajaan Pusat," katanya.

Sumber : Harakahdaily

JEBAT_BERANI : APALAH SUSAH SANGAT BE-END NIE NAK BAGI DUIT ROYALTI MINYAK KAT KERAJAAN PAS KELANTAAN??KENAPA MESTI NAK BAGI DALAM BENTUK WANG EHSAN??APAKAH AGENDA SEBENAR KERAJAAN BE-END NIH??

KAN KE SENANG KALAU BAGI JERK TERUS KAT KERAJAAN PAS KELANTAN WANG ROYALTI TUE DAN BIARKAN KERAJAAN PAS KELANTAN YANG URUSKAN BAGAIMANA UNTUK MENGAGIHKAN WANG TERSEBUT KEPADA RAKYAT....

KALAU KERAJAAN BE-END BENAR-BENAR IKHLAS NAK MEMBANTU RAKYAT KELANTAN WANG ROYALTI INI HARUS DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN PAS KELANTAN....BUKANNYA DIAIHKAN MELALUI JPP..

3 comments:

  1. Salam Tuan,
    Sebagai anok-anok kelate, 1 sen pun kami tak halal umno ngok ambil duit royalti kami.....

    ReplyDelete
  2. salam ziarah, boleh masukkan blog saya di sini untuk meluaskan penyebaran artikel-artikel yang berkaitan dengan dakwah islamiah, semoga kerja baik anda di rahmati ilahi

    http://ustaznoramin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. UMNO ni pandai merompak hak rakyat dia tahu..kalau xbg duit royalti xperlu lah nk bg wang ihsan, rakyat Kelate tahu dah wang ihsan2 bukan sampai ke rakyat kelantan tapi makan puak2 hantu UMNO..

    ReplyDelete