WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, January 24, 2010

PENGERUSI GERAK SUDAH MULA NAK 'BERGERAK'

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 23 — Jika pengerusi pertama Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menyertai Umno dua tahun lalu, penggantinya Mohd Nazree Mohd Yunus pula akan melangkah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok.

Nazree, 26, yang sebelum ini turut disebut-sebut akan mengikut langkah Ezam menyertai Umno, dikatakan sudah memutuskan untuk menganggotai PKR.

Perkara itu yang sepatutnya diumumkan pagi ini hanya akan dimaklumkan kepada umum tengah hari esok.

The Malaysian Insider difahamkan Nazree sudah mencapai keputusan muktamad untuk menyertai PKR dan telah selesai mengadakan perbincangan akhir dengan kepimpinan parti itu beberapa hari yang lalu.

Pun begitu Nazree (gambar) yang dihubungi lewat semalam enggan mendedahkan nama parti yang bakal beliau sertai.

Ketika ditanya bahawa PKR disebut-sebut sebagai parti pilihannya, Nazree berkata, “biar ia tinggal teka-teki (sehingga esok)... saya akan mengumumkan pada Ahad.”

“Apa yang boleh saya katakan adalah, saya telah dijemput untuk menghadiri satu sidang media di Kuala Lumpur pada Ahad ini,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui perbincangan mengenai perkara tersebut sudah selesai.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditanya mengenai perkara tersebut juga enggan memberi sebarang komen.

“Saya belum ada maklumat, bagaimanapun jika beliau hendak menyertai PKR, kami mengalu-alukan... kami mengalu-alukan sesiapa sahaja khususnya mereka yang boleh mendukung perjuangan PKR,” katanya.

Ezam, bekas ketua AMK menubuhkan Gerak dan kemudian menyertai Umno.

Bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melepaskan jawatan pengerusi Gerak untuk menyertai Umno pada Jun 2008.

Ezam juga memaklumkan The Malaysian Insider minggu lalu bahawa beliau tidak pernah mengajak Nazree agar menyertai parti politik.

Nazree, 26, sebelum ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau telah memaklumkan secara rasmi kepada barisan kepimpinan Gerak mengenai pendiriannya untuk menyertai parti politik secara sepenuh masa.

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan PAS dan Umno.

Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia menggariskan bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik.

Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain telah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.

Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada 21 Jan 2009, bertajuk “Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor” dan “Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor” pada 3 Feb 2009 berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi.

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA PENGERUSI GERAK SUDAH MULA 'BERGERAK'....JIKA BENAR TAHNIAH HAMBA UCAPKAN BUAT BELIAU...MUNGKIN DALAM MANA BELIAU MENYUARAKAN SALAH LAKU DAN AMALAN RASUAH YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG PERNAH DAN SEDANG MENTADBIR SELANGOR, AKHIRNYA BELIAU BERJUMPA DENGAN PARTI YANG BERJAYA 'MENAWAN HATI' BELIAU....

SEMOGA KETEGASAN DAN KETELUSAN BELIAU AKANBERTERUSAN WALAUPUN TELAH MENYERTAI PARTI POLITIK..DAN SUDAH TENTU JUGA KEMASUKAN BELIAU KEDALAM PARTI POLITIK PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBERI TAMPARAN KEPADA EZAM DAN JUGA BE-END....INI MEMPERLIHATKAN BAHAWA NAZRI TELAH MENOLAK BE-END DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGIKTIRAF PAKATAN RAKYAT SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG TELUS....

DAN BAGI EZAM PENGARUHNYA NYATA TIDAK MAMPU MEMPENGARUHI NAZRI...NYATA SEKALI NAZRI JUGA TELAH MENOLAK DAN TIDAK MENGIKTIRAF PEMIKIRAN EZAM SEBELUM INI...SYABAS BUAT ANAK MUDA INI...SEMOGA KEHADIRANNYA DALA PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG BERMAKNA BUKAN SAHAJA TERHADAP PARTI TAPI JUGA TERHADAP RAKYAT MALAYSIA.....

2 comments:

  1. Hati-hati,jgn sampai pisang berbuah dua kali.
    Perangkap Umno mmg banyak cabangnya.
    Jangan pulak lepasni Nazri pula termakan umpan atau terperangkap dgn ugutan UMNO.
    Bukan tidak percaya tapi berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. hati-hati memang perlu..tapi kalaulah nazri memilih pas insaallah hamba rasa dengan tarbiyah yang diberikan pas nazri setia bersama pakatan rakyat

    ReplyDelete