WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, January 5, 2010

1MALAYSIA : AYAM CUCUK UNTUK UMAT ISLAM??!!


Suratkhabar Harian Metro Isnin 4 Januari 2010 melaporkan terdapat sebuah kafe di Jalan Penang,Georgetown,Pulau Pinang dikesan menggunakan sijil halal tanpa pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia disamping itu turut menyediakan minuman keras dan ayam yang disembelih tidak mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan islam...

Dan apa yang merisaukan adalah kafe tersebut turut dikunjungi oleh pelanggan beragama islam yang tidak mengetahui muslihat kotor pengusaha kafe tersebut..Kafe tersebut telah diserbu oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepengunaan(KPDNKK) pada 11pagi Khamis lalu hasil permantauan yang dilakukan terhadap kafe tersebut sebulan lalu..

Pengusaha kafe tersebut cuba memberikan pelbagai alasan apabila disoal siasat termasuk mengatakan bahawa beliau tidak tahu tindakan yang dilakukannya itu salah...Nayata pengurus kafe ini sangat tidak bertanggungjawab apabila tidak memikirkan sensetifviti masyarakat islam apabila menyediakan ayam yang tidak disembelih kepada orang islam...

Perkara seumpama ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang,di Kuala Lumpur hamba perhatikan perkara seumpama ini juga turut berlaku..Ada beberapa sebab yang menjadi punca perkara ini berlaku antaranya kelemahan Jabatan Agama di setiap negeri menguatkuasakan peraturan sijil halal ini..Alasan yang sering diberikan ialah kekurangan kakitangan bagi melaksanakan penguatkuasaan ini...Alasan ini menyebabkan ramai pengusaha restoran makan mengambil mudah soal halal haram ini tanpa memikirkan kesannya terhadap masyarakat islam di Malaysia..

Selain itu kelemahan masyarakat islam yang gagal menguasai industri pembekalan ayam menyebabkan ianya dikuasai oleh golongan bukan islam...Golongan bukan islam ini sudah pasti tidak memahami halal haram bagi orang islam..Kalau pun mereka faham kita tidak boleh mengharapkan mereka mengambil berat akan hal ini..Sebagai orang islam kita harus berusaha untuk menguasai pelbagai bidang terutama dalam soal pembekalan makanan agar kita mendapat jaminan dalam soal halal dan haramnya...

Jika kita terus mengharapkan orang bukan islam maka masalah seumpama ini tidak akan selesai selama-lamanya....Maka kita hanya akan terus menunding jari antara satu sama lain bila masalah ini berlaku...Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha untuk menguasai bidang fardhu kifayah ini demi kebaikan umat islam...

4 comments:

  1. Salam Tuan. Itu sebablah orang Melayu Islam di Malaysia sudah banyak yang tertutup hatinya melihat kebenaran, kurang beribadat dan asyik berhibur (AF, Mentor dll) kerana sumber pendapatan dari sumber yang haram dan makanan pun haram juga. Semoga Allah memelihara kita daripada semua itu.

    ReplyDelete
  2. benar sahabatku...maka oleh itu kita sebagai umat islam harus berusaha menguasai bidang fardhu kifayah ini agar kita tidak terus dipermainkan oleh golongan yang tidak tahu menghormati agama islam...

    ReplyDelete
  3. lain kali berhati2 bila nak makan,itu yg dapat didedahkan yg lain2 mungkin banyak lagi.seelok2nya makan lah di restoren org Islam

    ReplyDelete
  4. YA BETUL TUE IJOK..SOKONG PERNIAGAAN ORANG ISLAM MAKAN DI RESTORAN ORANG ISLAM...

    ReplyDelete