WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 22, 2010

MTUC BANTAH KERAJAAN 1MALAYSIA


GST: MTUC bantah cadangan kerajaan

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem percukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana dianggap merugikan kaum pekerja.

Bercakap pada suatu 'Forum GST', Timbalan Presiden MTUC, A. Balasubramaniam menegaskan bahawa perlaksanaan GST tidak mampu membaiki taraf kehidupan kaum pekerja yang berpendapatan rendah.

“Jika GST wujud, kaum pekerja tidak akan boleh membaiki hidupnya...kedudukan MTUC dalam GST adalah membantah (dan) tidak setuju sama sekali,” tegasnya.

Beliau turut menganggap penetapan cukai GST serendah 4 peratus sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah dalam sidang parlimen lepas sebagai suatu langkah permulaan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut.

Jelasnya lagi, sekiranya akta berkaitan GST tersebut diluluskan, bermakna menteri berkaitan boleh sewenang-wenangnya menaikkan kadar peratusan GST tanpa mengambil kira realiti beban inflasi yang ditanggung oleh pekerja yang berpendapatan rendah.

Tambahnya lagi, dengan melaksanakan GST, kerajaan seolah-olah cuba memindahkan beban yang selama ini diperoleh hasil cukai pendapatan dari pekerja yang berpendapatan tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Forum anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut membariskan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP), Exco Aliran Subramaniam Pillay dan Jurucakap PSM Dr. Jeyakumar Devaraj.

Lebih 300 hadirin menyertai forum tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS) semalam berpendapat bahawa punca utama yang mendesak Kerajaan mengambil ‘jalan pintas’ dengan memperkenalkan GST tersebut disebabkan oleh belanjawan negara yang korupsi serta sikap terlalu bergantung pada model ekonomi lama yang berasaskan sistem cukai dan bahan mentah petroleum

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SATU PERSATU TEKANAN YANG DILAKUKAN KERAJAAN '1MALAYSIA' TERHADAP RAKYAT...TAK CUKUP DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG KALI NIE KERAJAAN '1MALAYSIA' NAK MEMBEBANKAN PULA RAKYAT DENGAN CUKAI YANG SANGAT TIDAK RELEVAN INI...

MANA PERGINYA SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN"????JAUH SAMA SEKALI DENGAN APA YANG DILAUNG-LAUNGKAN....APA YANG RAKYAT DAPAT HANYALAH " RAKYAT DIBEBANKAN PERCAPAIAN ENTAH KEMANA"....

DASAR KERAJAAN '1MALAYSIA' NYATA TIDAK MESRA RAKYAT....SEMAKIN HARI SEMAKIN TERTEKAN RAKYAT DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN '1MALAYSIA' INI...TEKANAN YANG DIHADAPI INI BOLEH MENGAKIBATKAN PENINGKATAN KADAR JENAYAH DI MASA HADAPAN...NAMUN HAL INI TIDAK DIPEDULIKAN OLEH KERAJAAN '1MALAYSIA'.....PADA MEREKA APA YANG PENTING KEUNTUNGAN 'PERUT-PERUT' MEREKA SAHAJA.....

No comments:

Post a Comment