Zahid: Kes enjin hilang tunggu tindakan AGMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya peguam negara sahaja yang berhak mengeluarkan kenyataan mengenai siasatan kes kehilangan enjin pesawat jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta menentukan tindakan undang-undang yang bakal dilaksanakan.
"Polis sudah menyerahkan sepenuhnya kertas siasatan (kes itu) kepada peguam vegara, dan kini tunggu peguam negara untuk ambil tindakan undang-undang melalui mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melepaskan peserta Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, lapor Bernama.
Media baru-baru ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara.
TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974, dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.
Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa.
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : KENAPA HANYA PEGUAM NEGARA YANG BOLEH MENGELUARKAN KENYATAAN??AKUT NANTI ADA 'TEMBERANG' YANG AKAN TERBONGKAR??INGAT!!!RAKYAT MENANTIKAN JAWAPAN DIATAS KEHILANGAN ENJIN F-5E INI..RAKYAT PERLU TAHU KERANA YANG HILANG ITU ADALAH DUIT RAKYAT..KERAJAAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB...TERUTAMANYA MENTERI PERTAHANAN KETIKA ENJIN F-5E INI HILANG..JANGAN INGAT BILA KAMU TIDAK LAGI MENJAWAT JAWATAN MENTERI PERTAHANAN KAMU BOLEH TERLEPAS BEGITU SAHAJA....RAKYAT PASTI TIDAK AKAN MELEPASKAN KAMU....


No comments:
Post a Comment