WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, August 31, 2009

NIZAR VS ZAMBRY:HADIAH BARISAN NASIONAL KEPADA RAKYAT SEMPERNA HARI MERDEKA KE-52

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG
KE-52

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA SEHARUSNYE RASE BERBANGGA DENGAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN YANG KITA KECAPI SEKARANG INI...DITAMBAH LAGI DENGAN PEMERINTAHAN OLEH KERAJAAN YANG SANGAT PRIHATIN DALAM MENJAGA KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN RAKYAT DI NEGARA INI....

SEBAGAI BUKTI KEPADA KEPRIHATINAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERHADAP RAKYAT DI NEGARA INI,KITA BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN HARGA MINYAK PETROL YANG TELAH LAMA KITA NANTI-NANTIKAN PADA TEPAT JAM 12 MALAM INI...KENAIKKAN HARGA PETROL INI JUGA MERUPAKAN HADIAH YANG SANGAT BERMAKNA OLEH KERAJAAN BN KEPADA RAKYAT BERSEMPERNA HARI MERDEKA...

DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI DIHARAPKAN RAKYAT DAPAT MENILAI SEMULA BAJET PERBELANJAAN UNTUK BALIK KE KAMPUNG DI HARI RAYA AIDILFITRI NANTI....DI SAMPING ITU BAJET UNTUK PAKAIAN DAN DUIT RAYA ANAK-ANAK HARUSLAH DINILAI SEMULA MEMANDANGKAN PERLUNYA LEBIH BAJET BAGI MENAMPUNG KENAIKKAN HARGA PETROL INI....

WALAUBAGAIMANA PUN RAKYAT SANGAT BERGEMBIRA DAN BERSYUKUR DENGAN KENAIKKAN HARGA PETROL INI..CUMA APA YANG MEMBUATKAN RAKYAT SEDIKIT TERKILAN ADALAH KENAIKKANNYA TIDAK SEBAGAIMANA YANG SEBELUMNYA..KENAIKKAN INI DILIHAT SANGAT SEDIKIT DAN TIDAK MEMENUHI KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA...

SETAKAT INI BELUM ADA LAGI LAPORAN RASMI BERKAITAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI...MUNGKIN KERAJAAN BARISAN NASIONAL HENDAK MEMBUAT KEJUTAN KEPADA RAKYAT DENGAN TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENGUMUMAN...TAHU-TAHU JERK PAGI BESOK PAGI BILA MANA RAKYAT HENDAK MENGISI MINYAK KERETA MEREKA,MEREKA AKAN TERKEJUT MENERIMA HADIAH KENAIKKAN MINYAK PETROL INI..

DARI SATU SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI...DIRAMALKAN KENAIKAN HARGA PETROL ADALAH SEPERTI BERIKUT:-Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.05.

KENAIKKAN HARGA PETROL INI DIHARAP AKAN TURUT MEMBERI KESAN KEPADA BARANG KEPERLUAN SEHARIAN....KEADAAN INI PASTI AKAN MENGEMBIRAKAN RAKYAT KERANA DAPATLAH MEREKA MEMHABISKAN SEGALA BAKI WANG SIMPANAN DI DALAM BANK BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEHARIAN MEREKA...INILAH NIKMATNYA HIDUP DI BAWAH PEMERINTAHAN BARAISAN NASIONAL...BN=BARANG NAIK

KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL AKU MENGHARAPKAN AGAR TERUS DINAIKKAN MANA-MANA HARGA BARANG YANG RASA NAK DINAIKKAN..PEDULIKAN MEREKA YANG MENENTANG DAN MEMBANTAH KENAIKKAN HARGA BARANG NIE...AKU SUKA SANGAT AKAN KENAIKKAN HARGA BARANG NIE BUKAN APA...SENANG KAMI PAKATAN RAKYAT NAK KUBURKAN TERUS BN PADA PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG...DAH TAK TERAGAK-AGAK LAGI NANTI..

KEPADA MEREKA YANG SELAMA INI MENGUNDI BARISAN NASIONAL,TERIMALAH HADIAH KENAIKAN HARGA PETROL INI DENGAN GEMBIRA..BUKAN INIKAH YANG KAMU SEMUA HARAPKAN...SUDAH JENUH DIPERJELASKAN TAPI MASIH HENDAK MENYOKONG BN..SO TERIMA AJER LA...

Wednesday, August 26, 2009

NIZAR VS ZAMBRY:AKU SEDIH HUHUHU


"aku sedih huhuhu"


"Saya sedih kerana rakyat di sini menolak pembaharuan yang ingin kita bawa,"kata Rohaizat Othman 38 calon Barisan Nasional yang tewas dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam.

Menurut Rohaizat,beliau sedih kerana penduduk Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang cuba dibawa kerajaan Barisan Nasional..katanya,status anak emas cuba diberikan kepada kawasan ini jika BN memenanginya ditolak rakyat Permatang Pasir.

"Saya sedia menerima kekalahan ini dengan terbuka.Adat pertandingan dalam sistem demokrasi mesti ada kalah dan menang,"katanya di sidang media di Bilik Gerakan Induk BN di Bukit Merah,di sini malam tadi.

Menurutnya,walaupun tewas,beliau akan meneruskan tugasnya sebagai setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh dan akan bersama kepimpinan bahagian untuk membantu rakyat di kawasan itu.

katanya,pilihan raya kecil kali ini memberikannya pengalaman paling berharga iaitu meyelami isi hati penduduk terutama mengenai kehendak mereka.

MEMBACA ULASAN ROHAIZAT INI MEMBUATKAN AKU TERGELAK SAKAN...KELAKORNYE MENGALAHKAN SKETSA KOMEDI SENARIO...BELIAU MENGATAKKAN RAKYAT MENOLAK PEMBAHARUAN YANG CUBA BELIAU DAN BN BAWAKAN UNTUK RAKYAT PERMATANG PASIR..NIE AKU NAK TANYE SEBETULNYE RAKYAT TOLAK PEMBAHARUAN ATAU RAKYAT SEDANG MELAKUKAN PEMBAHARUAN..???!!!

RAKYAT TIDAK SESEKALI MENOLAK PEMBAHARUAN DAN PEMBANGUNAN...CUMA APA YANG TELAH DITERJEMAHKAN PENGUNDI PERMATANG PASIR ADALAH PENOLAKKAN KEPADA PEMERINTAHAN BN..RAKYAT TELAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PEMERINTAH BN YANG DILIHAT SEMAKIN MEMINGGIRKAN KEPENTINGAN RAKYAT..MEREKA HANYA TAHU BERJANJI DEN BERKATA MANIS KETIKA MERAIH UNDI SAHAJA,SETELAH BEROLEH APA YANG MEREKA INGINKAN,RAKYAT DILUPAKAN..

PENDUDUK PEREMATANG PASIR BUKANNYA GAGAL MEMAHAMI GAGASAN YANG CUBA DIBAWA KERAJAAN BN,MALAH MEREKA SANGAT MEMAHAMINYA...JANJI ANAK EMAS YANG CUBA DIBERIKAN OLEH KERAJAAN BN KEPADA PENDUDUK SANGAT DIFAHAMI PENDUDUK PERMATANG PASIR...KERANA ITULAH MEREKA MENOLAK CALON BN INI...KERANA MEREKA TAHU APA YANG DIJANJIKAN KEPADA MEREKA ITU SEMUANYA ADALAH BOHONG SEMATA-MATA...

KEPADA ROHAIZAT AKU NASIHATKAN JANGANLAH SEDIH SANGAT...KEKALAHAN BELIAU PADA PRK DUN PERMATANG PASIR INI BUKANLAH DISEBABKAN OLEH BELIAU SEMATA-MATA..PADA AKU JIKA P-END NAJIB SEKALIPUN YANG BERTANDING BELIAU JUGA AKAN BERNASIB MALANG SEPERTI ROHAIZAT...PENOLAKKAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAHAN BN TAK DAPAT DIBENDUNG LAGI...

AKU SANGAT PERCAYA JIKA PILIHAN RAYA UMUM DIADAKAN..BN BUKAN HANYA AKAN KALAH MALAH BERKEMUNGKINAN BESAR AKAN TERKUBUR TERUS TANPA BATU NESAN...JADI NASIHAT AKU JUGA KEPADA KEPIMPINAN BN..SEBELUM DITAMATKAN RIWAYAT PEMERINTAN KAMU,BERKHIMATLAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN...SEKURANG-KURANGNYA ADALAH JUGA JASA BAIK KAMU YANG BOLEH DIINGATI RAKYAT....

Tuesday, August 25, 2009

NAJIB ALTANTUYA:PAS/PR MENANG LAGI..UMNO SEDIAKAN KERANDA

TANIAH BUAT USTAZ SALLEH MAN

AKHIRNYA KEPUTUSAN PRK PERMATANG PASIR SEKALI MENUNJUKKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAKATAN RAKYAT DENGAN MEMENANGKAN CALON PAS IAITU USTAZ SALLEH BIN MAN....USTAZ SALLEH TELAH MENGALAHKAN CALON BN ROHAIZAT DENGAN MAJORITI 4,551 UNDI...BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PASIR:-

Ustaz Salleh Man ( PAS ) - 9618 undi
Rohaizat Othman(BN) - 5067 undi
Majoriti : 4551 undi
undi rosak : 83
Keluar Mengundi :14,832 (73.1 %)
Jumlah Pengundi : 20,290 orang
Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 : PAS menang 5,433 undi.


KEMENANGAN CALON PAS INI ADALAH PETANDA BAHAWA UMNO/BN SEMAKIN TIDAK DITERIMA OLEH RAKYAT..NAMPAKNYA KALI INI UMNO HANYA MAMPU BERBANGGA DENGAN KEUPAYAAN MEREKA MENGURANGKAN MAJORITI UNDI...IALAH NAK BERBANGGA NGAN KEMENANGAN DAH TAK BOLEH KERANA ASYIK KALAH JE...

PADA AKU UMNO/BN DAH BOLEH SEDIAKAN KERANDA UNTUK MENGUBURKAN SAHAJA PARTI MEREKA...SUDAH TERANG BAHAWA RAKYAT HARI INI MENOLAK KEPIMPINAN MEREKA..MALAH DATO P-END KITA PON DAH BOLEH BERKIRA-KIRA UNTUK MELETAKKAN JAWATAN...SLOGAN 1 MALAYSIA TELAH DIJAWAP RAKYAT DENGAN HANYA MEMBERIKAN KEMENANGAN TUNGGAL KEPADA BN DI BATANG AI...

KEPADA CALON PAS YANG MENANG AKU MENHARAPKAN AGAR BELIAU BOLEH MENERUSKAN KECEMERLANGAN YANG DITUNJUKKAN ALLAHYARHAM DATUK MOHD HAMDAN KETIKA BELIAU MEWAKILI PENGUNDI PERMATANG PASIR...BUKTIKAN KEPADA PENGUNDI YANG TELAH MEMILIH PAS BAHAWA MEREKA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT...

AKHIR KATA AKU MENGUCAPKAN SEKALI LAGI TANIAH BUAT USTAZ SALLEH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI ADUN PERMTANG PASIR....

Friday, August 21, 2009

NAJIB ALTANTUYA:TOK GURU NIK AZIZ V/S JAWATANKUASA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN



KECOH SEKETIKA BILA MANA TUAN GURU NIK AZIZ DIKATAKAN MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA AHLI UMNO TAK BOLEH MASUK SYURGA....SURATKHABAR DAN STESEN TV TALIBARUT UMNO/BN BEGITU GHAIRAH MELAPORKAN APA YANG DIKATAKAN ADALAH KEYATAAN DARI TOK GURU...


WALAUPUN KENYATAAN ITU SEBENARNYA TELAH DIPUTAR BELITKAN OLEH MEDIA UMNO/BN YANG KITA SEMUA SEDIA MAKLUM AKAN BERBELIT-BELITNYA BERITA YANG SELALU DISAMPAIKAN....PERKARA INI TELAH MENDAPAT PERHATIAN CERDIK PANDAI AGAMA MALAH TELAH DIULAS OLEH JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN..


AKHBAR-AKHBAR TALIBARUT DAN PEMBELIT SEBELUM INI TELAH MELAPORKAN KENYATAAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN SEPERTI BERIKUT:Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan menyifatkan kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.


Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata jawatankuasa berkenaan sebenarnya sudah membincangkan isu itu sejak tahun 2000 dan memutuskan ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. Katanya, keputusan muzakarah itu juga sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.


AKU TIDAKLAH BERMAKSUD HENDAK MEMPERTIKAIKAN KEBIJAKSANAAN AHLI MAJLIS FATWA INI..CUMA APA YANG AKU SANGAT TERKILAN ADALAH KEGELOJOHAN AHLI MAJLIS FATWA INI..JIKA BENAR MEREKA INGIN MENFATWAKAN KENYATAAN TOK GURU NIK AZIZ,MEREKA SEPATUTNYA MEMANGGIL TOK GURU UNTUK MEMBERI PENJELASAN BERKAITAN DAKWAAN TERSEBUT..


AHLI MAJLIS FATWA SEPATUTNYA BERSIKAP ADIL TERHADAP TOK GURU DENGAN MEMBERI PELUANG KEPADA TOK GURU MENJELASKAN PERKARA SEBENAR DISEBALIK KENYATAANNYA...AHLI MAJLIS FATWA TIDAK BOLEH MENGADILI TOK GURU DENGAN HANYA MEMBACA LAPORAN AKHBAR DAN STESEN TV PEMBELIT...MEREKA HARUS SEDIA MAKLUM BAHAWA DI MUSIM PRK INI PIHAK-PIHAK KAHBAR SENTIASA MENSENSASIKAN BERITA DAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN PR...


TOK GURU NIK AZIZ DALAM KENYATAAN LAIN BERKATA BELIAU SEDIA BERSEMUKA DENGAN JAWATANKUASA MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN BERHUBUNG KENYATAANNYA BAHAWA AJARAN ISLAM YANG DIAMALKAN UMNO TIDAK BOLEH MEMBAWA PENYOKONG PARTI ITU KE SYURGA...


“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” KATANYA KETIKA MENGULAS KEPUTUSAN JAWATANKUASA MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN BAHAWA KENYATAANNYA SEBAGAI SALAH DAN MENYELEWENG DARIPADA AJARAN ISLAM SEBENAR..


TOK GURU NIK AZIZ JUGA BERKATA BAHAWA ULASAN-ULASAN NEGATIF YANG DIKELUARKAN PIHAK TERTENTU TERHADAP KENYATAANNYA BERDASARKAN PETIKAN AKHBAR ADALAH TIDAK ADIL..“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini".


TETAPI YANG MENJADI PERSOALAN SEKARANG INI ADAKAH JAWATANKUASA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN INI 'BERANI' MEMANGGIL DAN BERSEMUKA DENGAN TOK GURU NIK AZIZ...JANGAN SAMPAI NANTI MASYARAKAT MENGATAKAN BAHAWA JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN INI HANYA BERTINDAK MENGELUARKAN FATWA KERANA ARAHAN DARI PIHAK TERTENTU SUDAH..


MEREKA HARUS INGAT!!MEREKA BERTANGGUNGJAWAP DENGA FATWA YANG DIKELUARKAN..JIKA FATWA ITU PULAK MENYALAHI AJARAN ISLAM MAKA MEREKA BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP ALLAH S.W.T... JANGAN PLAK JAWATANKUASA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN NAK MENJADI SEPERTI ISA PULAK MENGHUKUM ORANG TANPA PERLU DIBERI PELUANG UNTUK MEMBELA DIRI(HUKUM TANPA BICARA).....

PRK PERMATANG PASIR:YUSRI JAWAB TUDUHAN ROHAIZAT/UMNO/BN

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.


Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.
Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

P/S : SUMBER DARI BLOG RAKAN-RAKAN PR
MENANGKAN PAS DI DUN PERMATANG PASIR

Tuesday, August 18, 2009

PRK PERMATANG PASIR:AYUH KUBURKAN UMNO/BN DI PERMATANG PASIR!!!


PADA 25 HB OGOS 2009 BAKAL MENYAKSIKAN SEKALI LAGI PRK...KALI INI PRK BAGI DUN PERMATANG PASIR BERIKUTAN KEMATIAN PENYANDANGNYA ALLAHYARHAM DATUK MOHD HAMDAN ABDUL RAHMAN....ALLAHYARHAM TELAH MENJADI MEMENANGI DUN PERMATANG PASIR SELAMA 3 PENGGAL BERTURUT-TURUT..

BAGI PRK DUN PERMATANG PASIR KALI INI BAKAL MENYAKSIKAN PERTEMBUNGAN SATU LAWAN SATU ANTARA PAS DAN UMNO...CALON BEBAS YANG SEBELUM INI MENGATAKAN AKAN TURUT BERTANDING,IAITU KAMARUL RAMIZU IDRIS GAGAL MENYERAHKAN BORANG PENCALONAN MENGIKUT MASA YANG TELAH DITETAPKAN...


PERTARUNGAN SATU LAWAN SATU ANTARA PAS DAN UMNO INI PASTINYA AKAN MENYAKSIKAN SATU KEMPEN PILIHANRAYA YANG SANGAT SENGIT...DENGAN PAS MENCALONKAN MOHD SALLEH MAN YANG JUGA MERUPAKAN PERSURUHJAYA PAS NEGERI..MANAKALA UMNO MENCALONKAN ROHAIZAT OTHMAN YANG MERUPAKAN SEORANG PEGUAM SYARIE YANG MANA TELAH DIBATALKAN LESEN GUAMANNYA OLEH LEMBAGA DISIPLIN PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA PADA 7 MAC 2008..

PENCALONAN ROHAIZAT INI DILIHAT AKAN MENGUBURKAN TERUS SISA HARAPAN UMNO UNTUK MEMENANGI PRK DUN PERMATANG PASIR..RATA-RATA AHLI UMNO SENDIRI DILIHAT SANGAT KECEWA DENGAN PEMILIHAN ROHAIZAT SEBAGAI CALON PRK INI..MEREKA BERPENDAPAT SEOLAH-OLAH UMNO TELAH KETANDUSAN CALON UNTUK DIPERTARUHKAN...SEDANGKAN KALAU DIAMATI UMNO BOLEH MEMILIH LAIN-LAIN CALON YANG DIANGGAP LEBIH BERSIH DARI ROHAIZAT...

ROHAIZAT TELAH DIBATALKAN LESEN GUAMANNYA KERANA DIDAPATI GAGAL MENGEMBALIKAN HAMPIR RM161,000 KEPADA KOPERASI PEKEBUN GETAH PULAU PINANG BHD SELEPAS SATU TRANSAKSI PEMBELIAN SATU HARTANAH DIBATALKAN..ROHAIZAT TELAH MERAYU KEPUTUSAN ITU KE MAHKAMAH TINGGI,TETAPI TELAH DITOLAK PADA 12 OGOS LALU,SEKALGUS MENYEBABKANYA TIDAK LAYAK MENGAMALKAN PROFESION PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA..

OLEH YANG DEMIKIAN BAGAIMANAKAH PENGUNDI DI PERMATANG PASIR HENDAK BERGANTUNG HARAP DENGAN ORANG SEPERTI ROHAIZAT INI...BOLEHKAH ORANG SEPERTI INI MENJAGA AMANAT RAKYAT?ATAU ORANG SEPERTI ROHAIZAT INI HANYA BOLEH DIHARAP MENJAGA KEPENTINGAN INDIVIDU TERTENTU SAHAJA?AGAK MALANG BAGI PENDUDUK PERMATANG PASIR JIKA HANYA INILAH CALON YANG MAMPU DIUTARAKAN OLEH UMNO BAGI PRK DUN PERMATANG PASIR...

SIKAP UMNO MENCALONKAN SAUDARA ROHAIZAT JUGA SEOLAH-OLAH MEMPERKECILKAN PEMIKIRAN PENDUDUK PERMATANG PASIR..SEOLAH-OLAH PENDUDUK PERMATANG PASIR TIDAK TAHU MEMBEZAKAN BURUK DAN BAIK SESEORANG...DARI MEMILIH SEORANG PEGUAM YANG TIDAK AMANAH,LEBIH BAIK MEMILIH SEORANG GURU TAKMIR MAJLIS AGAMA DAN KHATIB MASJIB TOK KUN ATAS,BUKIT MERTAJAM......

AKU MEYERU KEPADA PENGUNDI DUN PERMATANG PASIR AGAR RAMAI-RAMAI TURUN MENGUNDI PADA 25HB OGOS INI..SAMA-SAMA KITA MEMASTIKAN AGAR UMNO/BN TERKUBUR SELAMA-LAMANYA...SEMOGA IANYA MAMPU MENJADI PENGAJARAN BERMAKNA BUAT UMNO/BN YANG SENTIASA MENZALIMI RAKYAT DENGAN UNDANG-UNDANG CIPTAAN MEREKA....

AYUH KITA SAMA-SAMA MEMENANGKAN PERJUANGAN MEMBELA RAKYAT YANG TIDAK MENHARAPKAN BALASAN DUNIAWI..PERJUANGAN YANG BUKAN BERLANDASKAN PANGKAT DAN HARTA....PERJUANGAN YANG BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMAKMURKAN RAKYAT DAN MEMASTIKAN HAK RAKYAT KEMBALI KEPADA RAKYAT....OLEH ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMASTIKAN KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PAS/PR....

AYUH BERJUANG DEMI KEMENANGAN PAS/PR
MENANGKAN USTAZ SALLEH MAN

SEKITAR HARI PENAMAAN CALON PRK PERMATANG PASIR

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima. Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..

Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil; Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon dan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.Turut hadir ialah menteri besar Perak dari Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.Beliau tiba di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tetapi tidak menyerang borang pencalonan.Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.

Sunday, August 16, 2009

PRK PERMATANG PASIR:PENEMPATAN PERTUGAS PAKATAN RAKYAT


Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN N11 Pmtg Pasir No Telefon : 04-3984226

1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung

2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor


3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru



4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera

5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor

6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan

Kawasan Pembantu: Nibong Tebal

7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan

8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam

9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas

p/s: sumber blog rakan-rakan pakatan rakyat

Saturday, August 15, 2009

PRK DUN PERMATANG PASIR:PERTANDINGAN TIGA PENJURU BAKAL BERLAKU


PILIHANRAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR BAKAL MENYAKSIKAN PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI ANTARA PAS,BN DAN BEBAS...
PAS MELALUI PRESIDENNYA TELAH MENAMAKAN PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG,SAUDARA MOHD SALLEH MAN 52, SEBAGAI CALON.BELIAU PERNAH BERTANDING DI KERUSI PINANG TUNGGAL PADA 2004 DAN SUNGAI DUA 2008..
MANAKALA UMNO PULA MEMPERTARUHKAN SETIAUSAHA BAHAGIAN PERMATANG PAUH,ROHAIZAT OTHMAN 38 SEBAGAI CALON YANG MANA TELAH DIUMUMKAN OLEH TPM TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN..
SEMALAM SEORANG AHLI PERNIAGAAN,KAMARUL RAMIZU IDRIS 42,MENGUMUMKAN AKAN BERTANDING ATAS TIKET BEBAS.INI MERUPAKAN KALI KETIGA BELIAU BERTANDING SETELAH DUA KALI TEWAS PILIHANRAYA KECIL SEBELUM INI IATU DI PARLIMEN BUKIT GANTANG,PERAK DAN DUN PENANTI PULAU PINANG...
PILIHANRAYA KECIL KALI INI DIYAKINI AKAN DIMENANGI OLEH PAS BERDASARKAN SUASANA POLITIK SEMASA HARI INI..NAMUM APA YANG SANGAT DIKUARTIRI ADALAH PERMAINAN KOTOR UMNO/BN BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN MEREKA..KITA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA UMNO/BN TAK PERNAH LEPAS DARI MEMPERGUNAKAN JENTERA KERAJAAN DAN MEDIA MASA DALAM MENHADAPI PAS/PR...
BAGI CALON BEBAS AKU MERASAKAN KEWUJUDANNYA SEKADAR UNTUK MEMECAHKAN UNDI..SAMAADA BELIAU DITAJA OLEH PIHAK TERTENTU KITA SENDIRI PIKIR LA..UNTUK CALON BEBAS INI MEMENANGI PRK INI SANGAT LA MUSTAHIL...PERTARUNGAN SEBENAR HANYALAH DI ANTARA PAS/PR DAN UMNO/BN...
KEPADA RAKYAT DI PERMATANG PASIR INILAH PELUANG ANDA UNTUK MEMBERIKAN PENGAJARAN YANG SETERUSNYA KEPADA UMNO/BN YANG MANA SEMAKIN HARI SEMAKIN ZALIM TERHADAP RAKYAT..DENGAN PELBAGAI RETETAN PERISTIWA YANG BERLAKU MENUNJUKKAN PEMERINTAHAN UMNO/BN SEMAKIN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI...RAKYAT PERMATANG PASIR BOLEH MENJADIKAN MIMPI NGERI UMNO/BN DALAM PRK BERTERUSAN..
DENGAN KEKALAHAN 6-1 DI PRK SEBELUM INI BELUM LAGI CUKUP MEMBERI PENGAJARAN KEPADA UMNO/BN,PRK PERMATANG PASIR ADALAH MEDAN TERBAIK UNTUK TERUS MENGHUKUM MEREKA..DENGAN ITU KUASA RAKYAT DAPAT DITUNJUKKAN KEPADA UMNO/BN DEN SEKALIGUS MEMJADI PERINGATAN KEPADA MEREKA..RAKYAT PERMATANG PASIR PERLU TERUS MENOLAK UMNO/BN JIKA TIDAK MAHU AGAMA,BANGSA DAN NEGARA TERUS TERGADAI DENGAN KERAKUSAN MEREKA..





Wednesday, August 12, 2009

PERHIMPUNAN GMI:TINDAKAN UNDANG-UNDANG PERLU DIAMBIL TERHADAP POLIS


DEMONTRANSI MEMBANTAH ISA PADA I OGOS LALU MENUNJUKKAN SATU KEJAYAAN DIPIHAK PENGANJUR..PERTAMANYA PIHAK PENGANJUR BERJAYA MENJAGA DISPLIN PARA PESERTA DAN KEDUANYA BERJAYA MENGUMPUL RIBUAN MANUSIA BAGI MENUNJUKKAN KEPADA PIMPINAN BN DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA AKAN KESUNGGUHAN MASYARAKAT HARI INI MENOLAK ISA....

NAMUN APA YANG MENGEWAKAN ADALAH SIKAP PASUKKAN KESELAMATAN PDRM...MEREKA SEBENARNYA BUKAN SAHAJA GAGAL MENJADIKAN PERHIMPUNAN INI AMAN DARI SEBARANG KEKECOHAN MALAH MEREKA ADALAH PUNCA SEBENAR KEKECOHAN YANG BERLAKU..JIKA DI NEGARA-NEGARA LAIN PERHIMPUNAN AMAN AKAN DIJAGA OLEH PIHAK POLIS AGAR PARA PESERTA TIDAK MELAKUKAN KEROSAKKAN DAN JUGA KEKACAUAN...TETAPI DI MALAYSIA PIHAK POLIS BERTINDAK SEBALIKNYA PULA...MEREKA MENCETUSKAN KEKACAUAN TERHADAP PARA PESERTA PERHIMPUNAN...

PARA PESERTA PERHIMPUNAN GMI DITANGKAP SEBELUM MEREKA MEMULAKAN PERHIMPUNAN LAGI...PANCURAN AIR BERASID DARI TRAK WATER CANNON MENGHURU-HARAKAN PESERTA PERHIMPUNAN SEDANGKAN MEREKA TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KEKACAUAN...PASUKAN FRU PULA BEGITU 'MESRA' MELAYAN PARA PESERTA GMI DENGAN HANYUNAN BELANTAN DAN COTA....KEADAAN INI SUDAH TENTU MENJADIKAN SUASANA YANG AMAN PADA AWALNYA BERTUKAR MENJADI KELAM-KABUT DENGAN PARA PESERTA LARI MEYELAMATKAN DIRI DARI 'KEKEJAMAN' PASUKAN KESELAMATAN INI....

OLEH ITU JIKA DIFIKIRKAN SEBETUL-BETULNYA SIAPAKAH YANG MENJADIKAN PERHIMPUNAN GMI INI KELIHATAN HURU-HARA..?ADAKAH PARA PESERTA GMI ATAU PASUKAN KESELAMATAN..?SAYA SANGAT PERCAYA JIKA PASUKAN KESELAMATAN TIDAK BERTINDAK ZALIM DAN MENGANGGU PERHIMPUNAN GMI INI KEADAAN AKAN MENJADI SANGAT AMAN DAN PERHIMPUNAN INI AKAN BERAKHIR TANPA SEBARANG MASALAH....

JIKA PERHIMPUNAN INI DIKATAKAN MENGANGGU LALULINTAS BAGAIMANA PULA DENGAN PERHIMPUNAN DI KEDUTAAN DENMARK YANG TURUT DISERTAI PEMUDA UMNO PAS DAN LAIN-LAIN LAGI...KENAPA PIHAK POLIS TIDAK MENGHALANG PERHIMPUNAN TERSEBUT???!!MALAH PIHAK POLIS MEMBANTU MENGAWAL LALULINTAS SEMASA DEMONTRNSI TERSEBUT....INI TAK LAIN DAN TAK BUKAN KERANA PERHIMPUNAN TERSEBUT TIDAK MENGUGAT KEPIMPINAN UMNO/BN....

MEMETIK KATA-KATA TAN SRI PROF DR KHOO KAY KIM.."polis patut benarkan demontransi secara aman..bukan halang,tangkap dan guna kekerasan.untuk buktikan polis bersalah,ia mesti diselesaikan di mahkamah.orang ramai perlu cari jalan bawa kes ke mahkamah.sekarang kita sudah nampak polis yang selalu melanggar undang-undang"...JADI AKU RASA SUDAH SAMPAI MASANYA PIHAK POLIS DIBERIKAN PENGAJARAN..SUDAH SAMPAI MASANYA PIHAK PEGUAM DARI PR MENGKAJI UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP POLIS YANG SERING MENYALAH GUNAKAN KUASA YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA....

PIHAK POLIS DILIHAT LEBIH SANGGUP MEMBIARKAN DIRI MEREKA 'DIANJINGKAN' OLEH UMNO/BN...MEREKA DIJADIKAN SEBAGAI PERISAI DAN ALAT KEPENTINGAN UMNO/BN DALAM MENGHALANG ARUS KEBANGKITAN RAKYAT YANG MENOLAK PEMERINTAHAN UMNO/BN...MEREKA LUPA BAHAWA PIHAK POLIS JUGA ADALAH SEBAHAGIAN DARI RAKYAT...PERJUANGAN YANG DILAKUKAN OLEH PESERTA GMI INI JUGA ADALAH UNTUK KEBAIKAN MEREKA....

OLEH ITU AKU SEKALI LAGI INGIN MENGESA PARA PEGUAM PR UNTUK MENGKAJI BENTUK TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP POLIS INI KERANA MEREKA SEMAKIN HARI SEMAKIN KEJAM DALAM TINDAKAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ORANG AWAN TERUTAMA PARA PERSERTA DEMONTRANSI AMAN....SEMOGA TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG DIAMBIL MAMPU MEMBERI PENGAJARAN TERHADAP MEREKA DAN SECARA TIDAK LANGSUNG BOLEH MENJAMIN HAK RAKYAT UNTUK BERDEMONTRANSI SECARA AMAN...

Wednesday, August 5, 2009

PESERTA DEMO GMI DI UPAH:ADA AKAI KA ORANG YANG BUAT STATEMENT NIH??!!

BERAPA DUIT YANG UMNO PERLU UNTUK KUMPULKAN ORAN SEPERTU INI??
MELANGKAH DENGAN GAGAH WALAUPUN TIDAK DIBAYAR SESEN PUN
HANYA KESERONOKKAN BERMAIN AIR WATER CONON MENJADI IMBUHAN
MENHARUNGI DUGAAN DENGAN MENHARAPKAN IMBUHAN DARI YANG MAHA ESA
TAK KIRA TUA MUDA..HADIR MENYATAKAN BANTAHAN BUKAN KERANA DIBAYAR
IMBUHAN DARI FRU BERUPA GAS PEMEDIH MATA
PERLUKAH PR MEMERI IMBUHAN UNTUK HADIR MEMBANTAH ISA

DARI GAMBAR YANG AKU PAPARKAN DI ATAS,AGAK-AGAKNYA BERAPA RATUS RIBU DIPERLUKAN BAGI MEMBIAYAI KOS MENGUPAH PESERTA UNTUK MENGADAKAN DEMONSTRASI MEMBANTAH ISA PADA 1 HB OGOS YANG LALU..

KALAU MELIHAT PADA KEHADIRAN PESERTA DEMO YANG PADA ANGGARAN AKU MENCECAH RATUSAN RIBU ORANG,MAKA JIKA SETIAP ORANG DIUPAH DENGAN BAYARAN SEKURANG KURANGNYA RM 1 MAKA PIHAK PENGANJUR TERPAKSA MENYEDIAKAN DUIT SEBANYAK RM 100 RIBU..DAN JIKALAU BAYARAN UPAH ADALAH RM10 MAKA PIHAK PENGANJUR TERPAKSA MENYEDIAKAN PERUNTUKKAN SEBANYAK RM 1 JUTA..

TAPI DALAM KEADAAN EKONOMI YANG HARGA BARANG SERBA MAHAL INI MANA MUNGKIN SESEORANG ITU SANGGUP MENERIMA UPAH SEBANYAK RM 10..PALING KURANG PUN UPAH BAGI MENGHADIRKAN DIRI DALAM DEMO ANTI ISA INI ADALAH LEBIH DARI RM 100..INI KERANA BAHAYA YANG BAKAL DIHADAPI OLEH PESERTA DEMO INI..DAN KALAULAH JUMALAH BAYARAN UPAH ADALAH RM 100,MAKA PIHAK PENGANJUR TERPAKS MENYEDIAKAN PERUNTUKKAN SEBANYAK RM10 JUTA..

DARIPADA PIHAK PENGANJUR MEMBAZIRKAN DUIT SEBANYAK ITU MENGUPAH PESERTA DEMO,BAIK DUIT ITU DIGUNAKAN MEMPERKUATKAN JENTERA PARTI BAGI MEMENANGI PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG..SEKALIGUS JIKA BERJAYA MEMENANGINYA MAKA ISA BOLEH DIHAPUSKAN TERUS..JADI SESIAPA PUN PADA PANDANGAN AKU TAK MUNGKIN AKAN MENGATAKAN PESERTA DEMO ANTI ISA DIUPAH..

TAPI NYATA PANDANGAN AKU INI MELESET SAMA SEKALI...RUPANYA ADA LAGI MANUSIA YANG KURANG BIJAK ATAU LEBIH TEPAT AKU KATAKAN BENGONG YANG AMAT-AMAT(MAAP TERKASAR SEDIKIT)..SEORANG MENTERI YANG PADA PANDANGAN AKU ADALAH ORANG YANG BIJAKSANA NYATA TELAH MEMPERLIHATKAN KEBODOHANNYA DENGAN HANYA MENGELUARKAN KENYATAAN MENGATAKAN PESERTA DEMO ISA DIUPAH..

MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN,DATUK SERI DR RAIS YATIM DILAPAORKAN BERKATA,''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.
''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ."

DALAM PADA ITU PENGERUSI GERAKAN MANSUHKAN ISA(GMI)SYED IBRAHIM SYED NOH MENGELUARKAN KENYATAAN MENGAKUI PESERTA DEMO ANTI ISA MENDAPAT IMBUHAN.."Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah pahala daripada Allah. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan."Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepada Malaysiakini.BELIAU MEMINTA PIHAK YANG MENGATAKAN BAHAWA PESERTA DEMO MENDAPAT IMBUHAN AGAR MENGEMUKAKAN BUKTI..

KETUA PENERANGAN PAS IDRIS AHMAD PULA DILAPORKAN BERKATA,peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga"."Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus."BELIAU DALAM MASA YANG SAMA TURUT MENYINDIR PUAK-PUAK PRO ISA ENGAN BERKATA,"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."Menulis di blog peribadinya, Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun petang Sabtu walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)."Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya.
UMNO TERSILAP BILA MANA MENYAMAKAN PERJUANGAN PR SAMA SEPERTI MEREKA..WANG RINGGIT TIDAK MENJADI TARUHAN KAMI DALAM MENPERJUANGKAN AGAMA DAN BANGSA..KERANA KAMI BENAR -BENAR SEORANG PEJUANG..YANG HANYA MEMAHAMI NIKMAT PERJUANGAN YANG TIDAK BERASAKAN WANG RINGGIT DAN KEBENDAAN...JANGAN SAMAKAN KAMI DENGAN AHLI UMNO/BN YANG HANYA AKAN MENGHADIRI SESUATU PERHIMPUNAN JIKA DIJANJIKAN BAYARAN..


Tuesday, August 4, 2009

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD HAMDAN


PADA 31 JULAI 2009 LEBIH KURANG JAM 6.30 PAGI ADUN PEMATANG PASIR,MOHD HAMDAN ABDUL RAHMAN DARI PAS TELAH MENINGGAL DUNIA DI INTITUT JANTUNG NEGARA(IJN) KUALA LUMPUR.
ALLAHYARHAM MOHD HAMDAN 60 MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG.SEBELUM DARIPADA INI ALLAHYARHAM TELAH MENJALANI PEMBEDAHAN PADA TAHUN 2003 DI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG..ALLAHYARHAM TELAH SEMINGGU BERADA DI IJN BAGI MEMDAPATKAN RAWATAN SUSULAN SEBELUM AKHIRNYA GAGAL DISELAMATAKAN.
JENANZAH ALLAHYARHAM MOHD HAMDAN DIBAWA BALIK KE PUSAT KHIMAT DUN YANG PERNAH MENJADI TEMPAT TINGGALNYA SEWAKTU MEMENANGI DUN PERMATANG PASIR SEJAK PULIHANRAYA UMUM KE 10 TAHUN 1999.
ALLAHYARHAM MERUPAKAN ADUN BAGI DUN PERMATANG PASIR.DALAM PILIHANRAYA UMUM YANG LALU,ALLAHYARHAM MOHD HAMDAN TELAH MEMENANGI DUN PERMATANG PASIR DENGAN MEMPEROLEHI UNDI SEBANYAK 11,004 MENEWASKAN CALON BN,AHMAD SAHAR SHUIB DENGAN MAJORITI 5433 UNDI..AHMAD SAHAR MEMPEROLEHI 5571 UNDI..
ALLAHYARHAM MOHD HAMDAN JUGA MERUPAKAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SELAMA 11 TAHUN SETELAH PEMERGIAN ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ZABIDI ALI PADA PENDHUJUNG TAHUN 1980.ALLAHYARHAM MERUPAKAN SEORANG YANG SANGAT BERDEDIKASI DAN MERUPAKAN PERJUANG YANG SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA TERMASUK HARTA BENDA DEMI MEMARTABATKAN ISLAM..
ALLAHYARHAM JUGA PERNAH DIANUGERAHKAN DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI YANG MEMBAWA GELARAN DATO SEMPENA ULANG TAHUN TUAN YANG TERUTAMA DATO SERI UTAMA DR ABDUL RAHMAN ABBAS YANG KE 71..
PEMERGIAN ALLAHYARHAM MOHD HAMDAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG MENYEBABKAN BERLAKUNYA SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL..SPR TELAH DIMAKLUMKAN OLEH SPEAKER DUN PULAU PINANG DI ATAS KEKOSONGAN KERUSI DUN PERMATANG PASIR INI..
AKU MEMDOAKAN MUGA-MOGA ROH ALLAHYARHAM MOHD HAMDAN AKAN DICUCURI RAHMAT DAN SEMOGA BELIAU DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..AMIN

SEPETANG BERSAMA FRU

INILAH DIE SLOGAN BARU FRU..BUDI BAHASA BUDAYA KITA..BETUL KER???!!
CENDERAHATI DARI FRU


SAMBUTAN PENUH ISTIADAT KEDATANGAN PESERTA GMI OLEH FRU

BERSEMANGAT MENYAMBUT KEDATANGAN PESERTA GMI
UPACARA MAIN AIR DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN TRAK WATER CANON

ACARA MAIN-MAIN ASAP


LAYANAN MESRA FRU KEPADA PESERTA GMI


AKU MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA FRU DI ATAS LAYANAN ISTIMEWA YANG DIBERIKAN KEPADA PESERTA GMI..KAMI TAKKAN LUPAKAN LAYANAN INI..KAMI PASTI AKAN KEMBALI SEMULA BERDEMONSTRASI KERANA KAMI SANGAT RINDUKAN LAYANAN MESRA DAN ISTIMEWA DARI FRU DAN JUGA POLIS MALAYSIA..ANDA SEMUA MEMANG MEMATUHI SELOGAN YANG ANDA LAUNGKAN..CEKAP,BETUL DAN MESRA..