WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 22, 2010

KENAPA TLDM BOLEH TAPI TUDM TAK BOLEH??!!

Kapten kapal TLDM kena dakwa

Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my

LUMUT: Bekas Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura akan dihadapkan ke mahkamah tentera di sini pada 25 Januari ini berhubung kebakaran teruk kapal berkenaan sehingga tidak boleh digunakan lagi pada 8 Oktober tahun lalu.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata pegawai berpangkat Kapten yang sudah dimaklumkan mengenai perkara itu akan menghadapi dua pertuduhan dan dibenarkan mendapatkan peguam untuk membela diri.

"Pertuduhan itu tidak bermaksud orang itu bersalah tetapi dia harus membuat pembelaan malah kita juga akan membantu pegawai itu membuat pembelaan manakala mahkamah itu sendiri akan bersidang secara adil, sama seperti mahkamah sivil.

"Buat masa ini hanya seorang didakwa, tetapi kami masih terus menjalankan siasatan terperinci," katanya pada sidang media selepas melakukan Istiadat Pelucutan Tauliah KD Sri Inderapura dan Kapal Tunda Diraja (KTD) Sotong di Pangkalan TLDM Lumut di sini, semalam.

Kapal KD Sri Inderapura yang berusia 40 tahun dan banyak melakukan tugasan logistik dan operasi, mengalami kebakaran besar pada 8 Oktober tahun lalu dan kebakaran kedua sehari kemudian, mengakibatkannya tidak dapat beroperasi lagi dan kini sebahagian daripada buritannya sudah tenggelam di perairan Lumut.

Abdul Aziz berkata, pertuduhan itu dibuat kerana sudah menjadi tradisi TLDM bahawa pegawai memerintah harus bertanggungjawab dalam memastikan aset negara dalam jagaannya berada dalam keadaan baik dan selamat.

Katanya, kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana kapal tetapi kehilangan sebuah kapal akibat kebakaran adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh pasukan itu.

"Punca sesuatu kejadian mungkin pelbagai seperti sistem kapal tidak berfungsi dengan baik, anggota tidak bersemangat tinggi atau sebagainya, tetapi pada akhirnya, pegawai memerintah sesebuah kapal itu perlu bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pelucutan tauliah KD terhadap Sri Inderapura dilakukan bagi membolehkan kerja pelupusan aset berkenaan dilakukan oleh Kementerian Pertahanan.

Katanya, TLDM mencadangkan kapal berkenaan dijual sebagai besi buruk dengan mana-mana bahan yang masih elok dan menjadi simbol kapal diambil untuk dijadikan artifak sejarah.

Beliau berkata, cadangan menjadikannya sebagai tukun tiruan mungkin tidak sesuai kerana Sri Inderapura merupakan kapal besi yang mempunyai banyak bahan karat dan kakisan yang boleh mendatangkan kerosakan pada sistem ekologi serta alam sekitar jika ditenggelamkan.

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : KALAU PEGAWAI TLDM BOLEH DIDAKWA MENGAPA PEGAWAI TUDM BOLEH TERLEPAS DARI DAKWAAN KECUAIAN SEHINGGA MENYEBABKAN ENJIN PESAWAT PEJUANG F-5E BOLEH DICURI....APAKAH ADA PENGECUALIAN BUAT ANGGOTA TUDM DARI DIDAKWA??

KERAJAAN PERLU MENJELASKAN KEPADA RAKYAT BAGAIMANA ENJIN PESAWAT F-5E YANG HILANG 2 TAHUN LALU BARU KINI DIBONGKAR?...DAN BAGAIMANA ENJIN ITU BERJAYA DISELUDUP KELUAR NEGARA HANYA OLEH ANGGOTA TUDM BERPANGKAT SARJAN??

JANGAN SAMPAI RAKYAT HILANG KEYAKINAN KEPADA PASUKAN KESELAMATAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN NEGARA...KERAJAAN PERLU TELUS MENYIASAT AKAN KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E INI DAN MEREKA YANG TERLIBAT PERLU MENERIMA HUKUMAN YANG SEWAJARNYA...

3 comments:

  1. mesti kabel besar tu..biasa la tu jebat, ada menteri kena dakwa, ada yg tak.hehe

    ReplyDelete
  2. takpe sahabat...diakhirat mereka pasti takkan terlepas...

    ReplyDelete
  3. pendakwaan terpilih.untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

    ReplyDelete