WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 8, 2010

HARGA PETROL : BETUL-BETUL ATAU CUBAAN

Kerajaan beri jaminan harga petrol mungkin turun

SUBANG: Kerajaan memberi jaminan harga runcit petrol sekarang tidak kekal dan akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia mencatatkan penurunan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, masalah berkaitan kenaikan harga barang menjadi agenda utama untuk ditangani kerana ia memberi kesan langsung dan berkait rapat dengan rakyat.

“Ada yang buat spekulasi harga petrol akan naik. Saya tegaskan perkara itu tidak akan berlaku. Malah, kerajaan mahu turunkan harga petrol.

“Kalau harga minyak turun, kerajaan akan turunkan harga petrol dan itu yang kita (kerajaan) akan lakukan. Namun, buat masa ini harga petrol di pasaran tidak berubah,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Identiti Korporat Baru F&N di sini, semalam.

Ketika ini, harga petrol RON95 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 iaitu petrol gred premium dijual pada harga RM2.05 seliter.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata, dua harga petrol berbeza untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei ini.

“Bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, bermakna bukan semua warganegara akan menikmati subsidi.

“Bagi bukan warganegara, harga petrol dikenakan mungkin lebih tinggi. Bagi RON 95, kita beri subsidi sebanyak 30 sen setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10,” katanya.

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : KENAIKAN HARGA MINYAK ADALAH YANG PALING DITAKUTI RAKYAT KERANA IANYA BAKAL MENPENGARUHI KENAIKAN LAIN-LAIN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN...

KERAJAAN PIMPINAN P-END 'HADHARI' SEBELUM INI TELAH MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK PALING TINGGI DALAM SEJARAH APABILA MENAIKAN HARGA MINYAK SEHINGGA MENCECAH RM1....

SELEPAS ITU HARGA MINYAK SEUMPAMA 'YO-YO APABILA NAIK DAN TURUN DENGAN TIDAK MENENTU...DAN MELALUI SUMBER-SUMBER YG BOLEH DIPERCAYAI..DIJANGKA KERAAN AKAN MENAIKAN LAGI HARGA MINYAK DALAM MASA TERDEKAT WALAUPUN BERITA HAIRAN INI MELAPORKAN BAHAWA KERAJAAN MEMBERI JAMINAN HARGA MINYAK TIDAK AKAN DINAIKAN...

APA PUN KITA TUNGGU DAN LIHAT APA YANG BAKAL 'DIHADIAHKAN' OLEH KERAJAAN '1MONGOLIA' KEPADA RAKYAT TAHUN INI..APAKAH BENAR HARGA MINYA TIDAK AKAN DINAIKAN ATAU IANYA HANYA SANDIWARA KERAJAAN...

No comments:

Post a Comment