WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 8, 2010

ORANG PAS DIINGATKAN BERDEMO BANTAH MESIR BUKAN IKUT DEMO UMNONGOK....

PAS seru ahli sertai bantah Mesir esok, bukan demo lain


Nazri Abdullah & Salmah Mat Hussin

KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.

Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.

"PAS telah putuskan untuk membuat bantahan rasmi terhadap kerajaan Mesir esok, jadi kita seru seluruh ahli kita untuk bersama dalam himpunan di Kedutaan Mesir esok, bukan di tempat-tempat lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, masyarakat bukan Islam turut diajak menyertai perhimpunan menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur petang esok.

Program tersebut dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ketuanya, Nasaruddin Hassan berkata, tindakan kerajaan Mesir tersebut membuktikan negara berkenaan tidak berperikemanusiaan dan kurang berminat membebaskan rakyat Palestin daripada terus dizalimi Israel.

“Dewan Pemuda akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bebaskan Palestin tidak lama lagi bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap semua anggota masyarakat yang prihatin penderitaan umat Islam di Palestin turut sama membantah tindakan kerajaan Mesir.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MUSA HASSAN DILAPORKAN BERKATA TIADA KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN SEBARANG DEMONTRASI PADA HARI INI DI MASJID KG BARU KUALA LUMPUR...NAMPAKNYA MUSA HASSAN TELAH MEMBERI AMARAN AWAL BAGI MENGHALANG DEMONTRASI YANG DIRANCANG OLEH PAS INI..

MAKA KEPADA PENDEMONSTRASI MEMBANTAH PERBUATAN MESIR TERHADAP PALESTIN HARI INI HAMBA NASIHATKAN AGAR BERSIAP SEDIA UNTUK BERHADAPAN DENGAN PASUKAN FRU...SAMAADA KITA AKAN BERHADAPAN DENGAN TENTANGAN KERAS ATAU TIDAK PIHAK FRU,PARA PEDEMONSTRASI DINASIHATKAN AGAR BERSIAP DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN HALANGAN DARI PIHAK FRU...

'SIRAMAN' AIR DARI TRAK FRU ANTARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN...BAWALAH TUALA KECIL DAN SEBOTOL AIR MINERAL SEBAGAI LANGKAH BERHADAPAN DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN SERANGAN DARI TRAK WATERFRONT INI...SEMOGA PARA PEDEMONTRASI DILINDUNGI ALLAH .S.W.T DARI SEBARANG MUSIBAH YANG BOLEH MEMUDARATKAN..INSAALLAH HAMBA JUGA AKANN TURUT BERSAMA KALIAN SEMUA...TAKBIR!!!!!!

No comments:

Post a Comment