WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, January 9, 2010

BILA KETAM DISURUH MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS

Pegawai Jais bebas tuduhan seks oral

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Ampang semalam, daripada dua tuduhan melakukan seks oral dan mencabul seorang wanita ketika mengambil keterangannya di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur dekat sini, tiga tahun lalu.

Muhamad Hafiz Kanimon, 24, didakwa melakukan perbuatan itu ketika mengambil keterangan wanita yang sebelum itu ditangkap kerana kes khalwat. Hakim Noradidah Ahmad dalam keputusannya, membebaskan Muhamad Hafiz daripada tuduhan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu.

Noradidah membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan penutup pihak pembelaan dan pendakwaan. Terdahulu, peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhamad Hafiz, berhujah anak guamnya harus dibebaskan dengan alasan keterangan diberikan mangsa adalah tidak konsisten, berubah dan meragukan.

Ariff berkata, keterangan ketika perbicaraan di mahkamah dan kenyataannya kepada wartawan disiarkan akhbar selepas kejadian juga bercanggah.

“Mangsa sengaja membuatkan kes itu menjadi sensasi dengan menyatakan beliau dikurung dan dibebaskan selepas tiga jam, sedangkan bukan itu yang berlaku. Malah ketika memberikan keterangan di mahkamah, ceritanya berbeza dengan apa yang disiarkan akhbar.

“Malah ketika kejadian, mangsa juga tidak berbuat apa-apa seperti melawan, menjerit, melarikan diri, membaling peralatan atau sebarang tindakan bagi menunjukkan dia tidak rela, sedangkan Samsuddin (pasangan khalwatnya) dan se-orang tukang cuci berada di luar bilik serta seorang pegawai penguat kuasa lain juga ada masuk seketika ke bilik itu,” katanya.

Pada 9 Ogos 2006, Muhamad Hafiz yang kini bertugas sebagai penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dituduh melakukan hubungan seks luar tabii dengan wanita berumur 25 tahun, ketika mengambil keterangan daripada mangsa yang sebelum itu ditangkap kerana kes khalwat.

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : BILA KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN...MAMPUKAH KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS??LU ORANG PIKIR LA SENDIRI...

No comments:

Post a Comment