WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 29, 2010

SEPINTAS LALU DI HIMPUNAN PERDANA MENUNTUT ROYALTI MINYAK BUKAN WANG EHSAN





























Sumber : Rakan-rakan blogger(Anak muaalaf,manjadda wajada,kijang)

MB HARAM PERAK BERMAIN "MIND GAMES" DAN ILLEGAL GAMES"



Selena Tay
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pihak yang bermain dengan perang saraf (mind games) sebenarnya adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dia bukan sahaja bermain dengan mind games (perang saraf) bahkan juga perang haram (illegal games)," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seruan Datuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar BN Perak, agar Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perang saraf dengan kenyataan mengatakan ‘Don’t Play Mind Games’.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Nizar berkata bahawa yang bermain ‘mind games’ ialah Datuk Zambry. Bukan setakat itu, dia yang juga sedang bermain ‘illegal games’.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Chang Lih Kang, ADUN Teja pula berasa hairan dengan kenyataan Zambry dan berpendapat mungkin Zambry dengan tiba-tiba telah berasa gelisah menunggu keputusan mahkamah pada 9 Februari nanti.

Chang berpendapat bahawa jika perkara ini sudah jelas dan berpihak kepada Datuk Zambry, maka keputusan Mahkamah akan sudah diberi pada 5hb November 2009 yang lalu iaitu ketika mahkamah itu bersidang.
Oleh itu, beliau berasa mungkin keputusan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar. Namun ini adalah jangkaan beliau sahaja.

“Kami tidak bermain apa-apa game pun, mungkin Datuk Zambry berasa bimbang dan resah akan keputusan yang diberi oleh mahkamah nanti, oleh itu beliau membuat kenyataan sedemikian,” ujar Chang lagi.

Menurutnya, Pakatan telah bersiap sedia untuk Pilihanraya di negeri Perak sejak rampasan kuasa oleh BN pada Februari tahun lalu.

Namun demikian, kami berasa tidaklah senang untuk mendapat kemenangan disebabkan oleh tambahan banyak nama dalam senarai Daftar Pengundi yang disemak oleh pihak Pakatan Rakyat pada September 2009. Kami akan menyemak dengan teliti nama-nama yang baru ini," kata Chang lagi.

Menurut Chang, mungkin nama-nama yang baru ini adalah yang mungkin akan menyokong dan mengundi BN.

Jika begitu BN mungkin boleh menang di kawasan dimana Adun Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, katanya.

"Bukan senang untuk Pakatan Rakyat memenangi kembali Negeri Perak. Pertempuran dijangka sengit dan 50% peluang kemenangan sebelum September 2009 telah turun,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semakin dekat dengan tarikh keputusan, maka semakin hangatlah perang saikologi (psychological warfare) yang dilancarkan oleh pihak BN.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN WALAU APA JUA RINTANGAN....HAK RAKYAT PERAK MESTI DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA RAKYAT AGAR KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN....JIKA BE-END MERASAKAN MEREKA ADALAH PILIHAN RAKYAT TIDAK PERLU MEREKA BERASA TAKUT UNTUK MEMBUBARKAN DUN PERAK..MELAINKAN MEREKA SEDAR BAHAWA MEREKA HANYA MAMPU MEMERINTAH PERAK JHASIL DARI 'PERMAINAN KOTOR' SAHAJA....KEMELUT YANG MELANDA PERAK SANGAT-SANGAT MERUGIKAN RAKYAT PERAK....PERKARA INI PERLU DISELESAIKAN SEGERA DARI MENGAKIBATKAN NEGERI PERAK TERUS KERUGIAN DARI ASPEK PEMBANGUNAN DAN PELABURAN....

10 RIBU PEMUDA PAS PERAK AKAN BERHIMPUN



IPOH, 28 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan untuk memperkatakan agenda Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak yang telah di rancang akan diadakan pada hari Ahad, 31 Januari 2010 ini di Darul Taa’lim, Kubu Gajah, Selama, Larut.

Majlis akan bermula dengan perasmian oleh Ustaz Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak pada jam 10.00 pagi. Pengisian di sebelah pagi ialah persembahan pentas dan juga aturcara pertunjukan. Akan ada juga beberapa gerai pameran yang telah di jemput hadir selain gerai jualan dan juga bahagian derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

DPPN Pk juga akan mengadakan majlis kenduri pemuda setelah kita berhenti berehat untuk makan tengahari dan bersolat Zohor jamaah. Pada sebelah petangnya kita akan mendengar beberapa ucapan pimpinan tertinggi kita. Antaranya ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga akan merasmikan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Perak.

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

DPPN Pk yakin dengan program tersebut akan membuktikan bahawa Pemuda PAS telah bersedia untuk berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. Ayuh Pemuda bersama kami, gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

DPPN Pk meminta supaya semua yang hadir, memakai baju berwarna hijau, simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini. Saya mengalu-alukan kehadiran semua pada hari tersebut. Sekian terima kasih.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : PERSIAPKAN DIRI KERNA 'PERTEMPURAN' AKAN BERLAKU BILA-BILA MASA SAHAJA...MUSUH SEDANG MELIHAT KEALPAAN KITA UNTUK BERTINDAK..JANGAN BAGI MUSUH-MUSUH RUANG UNTUK 'MENYERANG' KITA SEMUA..RAPATKAN 'SAF' AGAR TIADA MUSUH YANG MAMPU MENYELINAP MASUK KEDALAM 'PASUKA' KITA.....

Thursday, January 28, 2010

JANGAN AMBIL WANG EHSAN ITU....HAK KITA WANG ROYALTI...

http://idrisahmad.wordpress.c
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.

Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan.

BN juga menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan negeri Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.

Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma 'wang ehsan' tidak pernah wujud. Hanya terma 'wang royalti' sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan 'terma 'wang ehsan' seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.

PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.

Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.

Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.

Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.

Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.

PAS berharap tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.

PAS menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penarangan PAS Pusat

JEBAT_BERANI : APABILA HAK ORANG LAIN TIDAK DIKEMBALIKAN MALAH DIBELANJAKAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRI PERCAYALAH IANYA AKAN MENDATANGKAN MUSIBAH KEPADA DIRI KITA..APATAH LAGI APABILA TUAN PUNYA HAK YANG TERANIAYA ITU MENADAHKAN TANGAN KE HADRAT ILLAHI MEMOHON AGAR DIRINYA DI"BELA" NESCAYA ALLAH AKAN MEMBERIKAN BALASAN BUAT SI 'PERAMPAS'...BALASAN ALLAH ITU PASTI AKAN DATANG ANTARA LAMBAT DENGAN CEPAT SAJAHA.......

TOK GURU NIK AZIZ MAKAN BERSAMA 200 PEMIMPIN AGAMA

KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor.

PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.

Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.

Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."

Sumber :Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH UM-NO/BE-END MAMPU MENGADAKAN PERTEMUAN SEUMPAMA INI...PERHIMPUNAN INI SAMA SEKALI MENIDAKKAN SEGALA MACAM TOMAHAN UM-NO/BE-END TERHADAP PAS YANG DIKATAKAN AKAN MEMINGGIRKAN PENGANUT AGAMA LAIN JIKA BERJAYA MEMERINTAH MALAYSIA...

PERTEMUAN INI JUGA DAPAT MEMULIHKAN TANGGAPAN BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM EKORAN TINDAKAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MEMBAKAR BEBERAPA GEREJA SEBELUM INI...IMEJ ISLAM DILIHAT SEDIKIT TERCEMAR DENGAN TINDAKAN PIHAK YANG TIDAK MEMAHAMI ISLAM DALAM ERTI KATA SEBENAR APABILA BERTINDAK MENDAHULUI EMOSI BERBANDING APA YANG DIAJAR OLEH ISLAM...

SEMOGA DENGAN PERTEMUAN ANTARA PIMPINAN AGAMA INI DAPAT MEMBERIKAN SESUATU YANG POSITIF TERHADAP ISLAM DAN JUGA KEAMANAN NEGARA.....

Tuesday, January 26, 2010

BAIK KOME MINTA MAAP......!!!!!


Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta, semalam bahawa pegawai khas beliau adalah antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk TV3 dan TV9 memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Kami juga sedang cuba mendapatkan video berkenaan bagi menentukan perkataan yang digunakan," tambah Nizar.

Menurut Nizar besar kemungkinan stesen televisyen berkenaan mendapt maklumat 'palsu' itu daripada sumber yang rapat dengan ahli politik yang berseteru dengannya.

Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : INILAH MASALAHNYA DENGAN MEDIA-MEDIA 'PENGAMPU' NIE...TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DALAM MELAPORKAN SESUATU BERITA...JANGAN KATA NAK PASTIKAN DULU KEBENARAN BERITA YANG DITERIMA...BERITA YANG ADA PUN DIPUTAR BELIT AGAR SESUAI DENGAN KEHENDAK 'BOS' MEREKA...
MAKA KERANA ITU JUGALAH MASYARAKAT HARI MULA BERALIH KEPADA BLOG UNTUK MENDAPATKAN KESAHIHAN SESUATU BERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH MEDIA'PENGAMPU' INI....SILAP HARI BULAN BOLEH BUNGKUS COMPANY MEDIA 'PENGAMPU'NIE KALAU MASIH TAK BERUBAH SIKAP.....

ZUL....ALAHAI ZUL...AWAT LAGU NIH!!!

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyokong tindakan disiplin dikenakan kepada Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar baru, Zulkifli Nordin kerana mendakwa Zulkifli sering membuat tindakan yang melampau.

Zaid merujuk kepada tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Saya harap parti lebih serius kali ini untuk ambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu sidang media di kediamannya pagi tadi.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zulkifli akan menghadapi tindakan disiplin oleh parti kerana sering melakukan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan di dalam dan luar parti. MPT PKR akan bermesyuarat esok dan akan memutuskan tindakan yang akan dikenakan terhadap Zulkifli.

Zaid berkata, Zulkifli sebagai seorang pegamal undang-undang seharusnya lebih arif berhubung isu-isu yang dibangkitkan. "Saya kecewa dengan Zulkifli Nordin. Sepatutnya dia peguam, dia faham maksud keputusan mahkamah itu dan faham enakmen, perlembagaan. kalau tidak setuju beri hujah dia, bukan dengan cara buat laporan polis," katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyeru semua wakil rakyat Pakatan Rakyat lebih bertanggungjawab dalam mengambil sebarang tindakan dan memahami dengan mendalam sebarang isu yang timbul dan berusaha memberikan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat.

"Saya harap bukan sahaja Zulkifli tapi semua wakil rakyat yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab harus diambil tindakan.

"Saya menyeru kita faham apa isu sebenar, apa larangan sebenar berkenaan kalimah Allah ini," katanya.

Zaid turut menjelaskan, tiada apa yang kontroversi berhubung keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald kerana Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah jika ianya khusus untuk orang Kristian, bukan bertujuan untuk pengembangan agama mereka.

"Ahli politik kena lebih bertanggungjawab jelaskan kepda rakyat, jangan tambahkan lagi kekeliruan dalam isu ini," tegasnya.

Sebelum ini, Zulkifli pernah menimbulkan kekecohan apabila menyertai demonstrasi membantah tindakan Bar Council yang mengadakan seminar membincangkan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil.

Sumber : Harakah daily

JEBAT_BERANI : HAMBA TIDAK MAHU MENGULAS BERKAITAN DENGAN YB ZULKIFLI INI...CUMA APA YANG INGIN HAMBA TEGASKAN DI SINI APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU BERWASPADALAH JANGAN SAMPAI IANYA MERUGIKAN PARTI DAN PERJUANGAN KITA UNTUK ISLAM...

KADANG-KALA KITA TERLALU GHAIRAH DALAM SATU-SATU HAL SEHINGGA TANPA KITA SEDARI IANYA TELAH MEMBUATKAN PARTI DAN PERJUANGAN YANG KITA DOKONG MENDAPAT MASALAH...DAN AKIBAT DARI TINDAKAN KITA ITU JUGA PUAK LAWAN BERSORAK KEGIRANGAN....

TIDAK SALAH MENEGUR PARTI ATAU SAHABAT DIDALAM PARTI..TAPI BIARLAH IANYA DILAKUKAN DALAM SEMANGAT KEKELUARGAAN....JANGAN SAMPAI JALINAN UKHWAH YANG SEDIA ATAS ROSAK AKIBAT KEGAIRAHAN KITA INI...JANGAN KITA MENGAMBIL 'BUDAYA' PUAK LAWAN SEBAGAI CONTOH....

APA-APA PUN MASING-MASING DAH BESAR PANJANG DAN JUGA MEMPUNYAI ILMU DUNIA DA AKHIRAT YANG TINGGI...FIKIRLAH..KERANA BERFIKIR SEJANAK ITU LEBIH BAIK DARI BERIA-IA MELAKUKAN SESUATU TANPA BERFIKIR......

BERSIAP!!!DUN PERAK BAKAL DIBUBARKAN.......

PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu
itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku.

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan
mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.

Ini kerana jika DUN dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan
mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan" tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku di Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN demi menjamin kestabilan politik dan pembangunan di Perak.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan
semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi
yang mapan" jelas beliau.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : HANYA DENGAN MEMBUBARKAN DUN SAHAJA KEMELUT YANG MELANDA NEGERI PERAK DAPAT DISELESAIKAN....HAK RAKYAT MESTI DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT....JIKA BENAR UM-NO/BE-END YAKIN MEREKA DITERIMA OLEH RAKYAT PERAK MENGAPA PERLU TAKUT UNTUK MEMBUBARKAN DUN PERAK??

Monday, January 25, 2010

KAWE NOK PITIH ROYALTI BUKAN PITIH EHSAN!!!


KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.

Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan.

“Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.

“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.

Terdahulu PAS Kawasan Batu, menyerahkan memorandum sokongan terbuka kepada kerajaan Kelantan, dalam menuntut royalti dari Kerajaan Pusat.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada Nik Aziz di JKR 10.

Ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru sekali lagi menjelaskan kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.

“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.

“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,”ujarnya.

Sambungnya lagi, petrol berkenaan hanya ada di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun kerajaan pusat didakwa mengaku kesemua itu hak mereka dan menafikan hak negeri.

Jelasnya, lebih malang lagi wang ehsan tersebut akan diberi kepada rakyat melalui JPP seolah-olah Kelantan tiada kerajaan.

“Beri wang ehsan tersebut pada Kerajaan Kelantan kerana rakyat dia ada kerajaan, ada bendera sendiri, ada Menteri Besar, ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhan kepada duit,”ujarnya lagi.

"Kalau inginkan wang hasil minyak dari Kelantan, minta dari kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya negeri ini memohon wang ehsan dari Kerajaan Pusat," katanya.

Sumber : Harakahdaily

JEBAT_BERANI : APALAH SUSAH SANGAT BE-END NIE NAK BAGI DUIT ROYALTI MINYAK KAT KERAJAAN PAS KELANTAAN??KENAPA MESTI NAK BAGI DALAM BENTUK WANG EHSAN??APAKAH AGENDA SEBENAR KERAJAAN BE-END NIH??

KAN KE SENANG KALAU BAGI JERK TERUS KAT KERAJAAN PAS KELANTAN WANG ROYALTI TUE DAN BIARKAN KERAJAAN PAS KELANTAN YANG URUSKAN BAGAIMANA UNTUK MENGAGIHKAN WANG TERSEBUT KEPADA RAKYAT....

KALAU KERAJAAN BE-END BENAR-BENAR IKHLAS NAK MEMBANTU RAKYAT KELANTAN WANG ROYALTI INI HARUS DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN PAS KELANTAN....BUKANNYA DIAIHKAN MELALUI JPP..

Sunday, January 24, 2010

ANWAR IBRAHIM : SAYA TAK AKAN AMBIL SESEN PUN

”Saya berjanji takkan ambil sesen pun duit rakyat Selangor selepas dilantik menjadi Penasihat Ekonomi negeri ini,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan 2,000 penduduk di sini pada ceramah Perdana Isu Semasa, baru baru ini

Anwar berkata, meskipun ditawarkan elaun oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan itu namun beliau menolaknya demi untuk meningkatkan kepentingan rakyat. “Dalam negeri ini, saya tidak akan mengambil wang rakyat. Tetapi di luar sana (luar negara ) selepas memberi ceramah dan sebagainya, saya akan ambil dan bawa masuk ke sini.

“Mereka (negara luar) berminat dengan apa yang diperkatakan dan dibincangkan terutama dari segi ekonomi,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, ahli Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari dan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng.

Dalam ucapannya Anwar mendakwa beliau cukup kesal apabila Kerajaan Pusat didakwa tidak pandai mengurus ekonomi dalam negara ini.

“Pada tahun 1990-an di Asia negara ini adalah nombor satu dalam mencapai pertumbuhan dan pelaburan ekonomi tetapi kini banyak negara sudah kalahkan.

“Ia nyata menunjukkan pemimpin UMNO yang rasuah tidak tahu mengurus ekonomi negara,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

JEBAT_BERANI : INILAH SIKAP SEORANG PEMINPIN YANG MEMENTINGKAN RAKYAT LEBIH DARI DIRI SENDIRI...APAKAH ADA AHLI UM-NO/BE-END YANG MAMPU MELAKUKAN SEBAGAIMANA ANWAR??SEMOGA ANWAR BERJAYA MEMBERIKAN SESUATU BUAT RAKYAT SELANGOR...

BAKAR MASJID : 4 DITAHAN

Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.

Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.

Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer. Mereka ditahan di tempat yang berasingan pagi semalam - kurang 48 jam selepas insiden tersebut. Ismail berkata, suspek, termasuk seorang daripadanya bekerja sebagai pelayan dan seorang lagi penganggur, tinggal berdekatan surau tersebut.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan motif sebenarnya perbuatan tersebut belum diketahui.Menurutnya, polis telah mendapat perintah reman ke atas mereka. Penangkapan mereka dibuat selepas 15 orang ditahan reman ekoran insiden serangan ke atas gereja. Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat, sebahagian besarnya, gereja menjadi sasaran bom api dan perbuatan vandalisme.

Insiden itu dipercayai tercetus ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu, yang mengetepikan arahan kerajaan melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi 'God'. Keputusan itu membolehkan mingguan Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.

Ekoran itu, kerajaan telah merayu terhadap keputusan tersebut dan berhujah bahawa perkataan Allah adalah eksklusif untuk orang Islam sahaja.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : MEREKA YANG MEMBAKAR MASJID DAN GEREJA INI PERLU DIKENAKAN HUKUMAN YANG BERAT KERANA TINDAKAN MEREKA BOLEH MENCETUSKAN RUSUHAN AGAMA DINEGARA KITA...MALAH TINDAKAN MEREKA JUGA MENCEMARKAN KESUCIAN AGAMA ITU SENDIRI...

MEREKA INI JAUH SAMA-SEKALAI LAYAK UNTUK DIPANGGILPEMBELA ATAU PERJUANG AGAMA....TINDAKAN TIDAK RASIONAL MEREKA TELAH MEROSAKAN PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP ISLA DAN JUGA KRISTIAN...

SEMOGA HUKUMAN YANG BERAT DIKENAKAN TERHADAP MEREKA SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA YANG BERNIAT MEMBUAT KACAU TERHADAP KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAU DAN JUGA AGAMA...

TGNA RAI 200 KETUA AGAMA SELURUH NEGARA

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 23 Jan: Seramai 200 orang ketua-ketua agama seluruh negara yang mewakili lima agama utama negara dijangka akan menghadiri majlis Jamuan Muhibbah Antara Agama anjuran Kerajaan Kelantan yang akan diadakan 28 Januari ini.

Majlis yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Islam dan pelbagai agama itu akan dihadiri oleh ulama Islam, Hindu, Budha, Kristian dan Sikh.

16 orang daripadanya adalah ketua-ketua paderi Kristian dari seluruh negara yang sedang bersidang di Kota Bharu, ibu negeri yang negerinya ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata majlis yang diadakan disebuah hotel itu akan diadakan bermula pukul 10.45 pagi dan dijangka berkahir 12.00 tengahari.

"Majlis makan ini adalah lambang kita meraikan tetamu bagi orang Islam. Masa kita dapat anak kita adakan majlis aqiqah, kahwin kita buat kenduri. Semuanya sebagai tanda kita meraikan tetamu dan kegembiraan bukannya permusuhan," kata Nik Aziz dalam wawancara khas dengan tiga wartawan termasuk dari Harakahdaily.

“Kita terpaksa menganjurkan program berkenaan agak awal bagi menghormati sebahagian penganut agama yang tidak boleh makan tengahari melebihi pukul 12.00 tengahari,”ujarnya.

Menurutnya, biarpun kerajaan negeri pernah meraikan golongan berkenaan beberapa tahun dahulu, namun majlis yang bakal berlangsung nanti lebih besar apa lagi kerana ianya melibatkan ketua agama dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelas Tuan Guru lagi, kerajaan negeri meraikan golongan berkenaan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan yang telah sedia terjalin, bagaimanapun untuk mengekalkan suasana aman di negeri itu yang telah ditadbir oleh parti yang berlandaskan Islam.

Tambahnya, lagipun Islam menggalakkan umatnya berbuat baik kepada semua bangsa dan agama termasuk meraikan mereka dengan jamuan.

“Mudahan dengan cara ini masyarakat bukan Islam dapat menyaksikan sendiri bagaimana Islam mengajar penganutnya meraikan golongan bukan Islam,”ujarnya.

Sumber :Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SIKAP DAN KETERBUKAAN TOK GURU NIK AZIZ NYATA MAMPU MENARIK MINAT BUKAN MENERIMA KAEDAH ISLAM YANG DIBAWA OLEH TOK GURU NIK AZIZ...WALAUPUN UM-NO/BE-END MEMAINKAN PELBAGAI ISU UNTUK MENCEMARKAN DAN MENJATUHKAN KREABILITI TOK GURU NIK AZIZ NAMUN IANYA TETAP GAGAL....

TOK GURU NIK AZIZ BUKAN HANYA SEORANG MENTERI BESAR BAGI RAKYAT KELANTAN,TETAPI JUGA SEORANG GURU DAN ULAMA YANG MENDIDIK RAKYAT KELANTAN KE ARAH KEBAIKAN....SEMOGA KEPIMPINAN TOK GURU NIK AZIZ TERUS BERKUASA DI KELANTAN..

F-5E DAN KD SERI INDERAPURA : APAKAH ADA PERBEZAAN
















Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Jika bekas Pegawai Pemerintah (CO) kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Seri Inderapura yang terbakar dihadapkan ke mahkamah, mengapa perkara yang sama tidak berlaku dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dua enjin pesawat pemintas F-5E hilang.

Ketika membangkitkan perkara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kehilangan dua enjin pesawat tersebut lebih serius kerana sangat memalukan negara.

"Kehilangan enjin jet F-5E sangat memalukan negara, kerana ini menunjukan soal tahap keselamatan negara yang berkaitan dengan sektor dan industri pertahanan tersangat buruk.

"Kehilangan enjin jet tersebut juga adalah kehilangan aset milik negara yang gagal dijaga dengan selamat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sepatutnya Panglima TUDM dan Menteri Pertahanan ketika kehilangan enjin pesawat itu berlaku hendaklah dihadapkan ke mahkamah tentera atau mahkamah awam kerana mereka menyembunyikan kehilangan tersebut dari pengetahuan umum selama dua tahun.

"Seolah-olah ada suatu rahsia yang hendak disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

"Sebaliknya Peguam Negara hanya mengumumkan hasil siasatan polis kononnya tiada pegawai kanan atasan TUDM dan Kementerian Pertahanan yang terlibat dalam kehilangan enjin jet tersebut.

"Yang terlibat hanya berpangkat sarjan (sedangkan dalam) kes KD Inderapura pegawai pemerintah kapal tersebut yang dipertanggungjawab, takkan dalam TUDM sarjan yang jadi pegawai yang bertanggungjawab terhadap jet F-5E.

"Pelik sungguh, agaknya di Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab hanya budak pejabat atau pun prebet tentera yang jadi Menteri Pertahanan," sindir beliau.

Beliau mengucapkan tahniah pada TLDM yang mengekal dan membudayakan amalan yang meletakan ketua mesti memikul tanggungjawab.

"Ini suatu amalan dan budaya yang akan memastikan seorang ketua akan melaksanakan tugas dengan baik, adil dan beramanah.

"Amalan ini akan dapat mengelak dari berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta menghindari dan membenteras gejala rasuah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah bermakna kakitangan di peringkat bawah boleh melakukan kesalahan.

"Tetapi amalan tersebut adalah untuk memastikan ketua akan bertanggunjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya termasuk untuk memastikan orang bawahnya bekerja dengan betul dan amanah," kata beliau.

Mahfuz meminta Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera kini menyatakan siapakah pegawai pemerintah kem TUDM ketika enjin jet F-5E itu hilang.

"Adakah pegawai pemerintah tersebut dihadapkan ke mahkamah tentera sepertimana kes kebakaran kapal KD Inderapura," beliau mempersoalkan.

CO kapal KD Seri Inderapura yang terbakar pada 8 Oktober itu akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera di pangkalan TLDM Lumut Isnin ini.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, seorang pegawai pemerintah perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ke atas kapalnya termasuk menentukan aset hak milik negara berada di dalam keadaan selamat.

Kata beliau, TLDM boleh menerima hakikat kebakaran tersebut tetapi bukan sehingga 'kehilangan' kapal itu kerana ia menunjukkan wujud banyak kelemahan.

KD Seri Inderapura yang ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 31 Januari 1995, terpaksa dilucutkan tauliah selepas rosak teruk dalam kebakaran yang berlaku pada 8 Oktober 2009, dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Sepanjang khidmatnya selama 14 tahun, kapal pendarat terbesar milik TLDM itu telah mengharumkan nama negara dengan terlibat dalam pelbagai misi dan operasi luar negara termasuk menyelamatkan tebusan lanun di perairan Somalia.

Kapal dengan nama asalnya USS Spartanburg County itu dibina di San Diego, California, Amerika Syarikat (AS) pada 1970.

Ia kemudian diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 16 Disember 1994 selepas dilucutkan tauliah dalam perkhidmatan Tentera Laut AS.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH ADA PERBEZAAN ATAU DISKRIMINASI DALAM KES KEHILANGAN ENJIN F-5E DAN KEMUSNAHAN KD SERIN INDERAPURA??LU ORANG PUKIR LA SENDIR..........................

TG HAJI HADI DAN TUN SALLEH ABBAS TURUT SERTA PERHIMPUNAN TUNTUT ROYALTI



KOTA BHARU, 23 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dimaklumkan akan turut serta dalam perhimpunan khas royalti minyak 28 Januari ini di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu.

Perhimpunan yang akan bermula dengan Solat Maghrib yang bakal diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan mendengar pidato khas Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas.

Pidato anggota Parlimen Umno dari Gua Musang itu sangat penting kerana beliau adalah pihak yang berjanji bagi pihak Petronas untuk membayar 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan negeri ini.

Janji itu dibuat Razaleigh melalui perjanjian mengenainya ketika beliau mewakili Petronas ketika membuat perjanjian dengan Kelantan.

28 Januari ini, Tengku Razaleigh dijangka mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.

Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat iaitu sebuah NGO yang memperjuangkan royalti untuk negeri Kelantan dan Terengganu. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan.

28 Januari ini bakal menjadi hari yang penting untuk Kelantan kerana di hari itu ketua-ketua gereja seluruh negara juga akan mengadakan perhimpunan mereka di Kota Bharu.

Ia kemudian disusuli dengan majlis Makan Tengahari dengan Menteri Besar Kelantan bersama ketua-ketua agama lain termasuk para ulama dan sami.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : PERJUANGAN MENUNTUT WANG ROYALTI MINYAK INI ADALAH PERJUANGAN MENUNTUT HAK RAKYAT KELANTAN....PEMBERIAN WANG EHSAN ADALAH PEMBERIAN YANG TIDAK TELUS OLEH KERAJAAN 1MALAYSIA KEPADA RAKYAT...PEMBERIAN WANG EHSAN INI DIKETAHUI SERING DISELEWENG OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END DAN YANG SAMPAI KEPADA RAKYAT HANYALAH SAKI BAKI MEREKA SAHAJA...

AWAS!!! ANCAMAN BUAT BLOGGER PAKATAN RAKYAT

Oleh Wan (Putrajaya)

MT Admin,

Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.


Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .

Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO - CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke india.

Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan,sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.

Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.

Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .

Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.

Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Isu Kalimah Allah baru-baru ini juga dirancangkan oleh Najib dan UMNO untuk memperolehi lebih banyak sokongan Melayu.

Ini menjelaskan bahawa Najib dan UMNO akan mencuba segala cara untuk kekal berkuasa untuk terus merompak kekayaan Negara untuk jangkamasa yang lebih lama.

Khutbah-khutbah jumaat dan juga ceramah Ugama telah diarahkan agar menekankan tentang isu Kafir untuk tahun 2010 dan 2011 juga bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap UMNO.

Membeli ahli politik ,wakil-wakil rakyat dan pengundi dari Pakatan Rakyat juga merupakan sebahagian daripada rancangan mereka untuk melemahkan Pakatan Rakyat sehingga mereka boleh tetap berkuasa.

Mereka juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan elaun semua kerabat diraja secara diam-diam, untuk mendapatkan sokongan mereka untuk tetap berkuasa.

Ini adalah terjemahan surat yang telah dikirim oleh seorang pembaca kepada Malaysia Today dan telah disiarkan oleh Malaysia Today..

Sumber : TKO daily

JEBAT-BERANI : APAKAH KERAJAAN MAMPU MENYEKAT ALIRAN BLOGGER YANG BERGERAK BAGAIKAN AIR MENGALIR??WALAU APA JUA RANCANGAN JAHAT KERAJAAN '1MALAYSIA' TERHADAP BLOGGER PAKATAN RAKYAT HAMBA YAKIN RANCANGAN ITU AKAN GAGAL....

KEKUATAN BLOGGER BUKAN PADA JUMLAH DAN PENGARUHNYA..AKAN TETAPI KEKUATAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT ADALAH PADA KESUNGGUHAN MEMBELA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA DARI TERUS DIPERKOTAK KATIKAN OLEH KERAJAAN '1MALAYSIA'....

KEPADA SEKALIAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT TERUSKAN PERJUANGAN TANPA MERASA GENTAR DENGAN SEBARANG UGUTAN ATAU ANCAMAN DARI KERAJAAN '1MALAYSIA'....ALLAH BERSAMA KITA SEMUA MEMBELA KEBENARAN....

F-5E : MISTERI YANG 'DIMISTERIKAN'

tIsu enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kiri) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.

Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.

Analisis Gong Zheng Bao

Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.

Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?

2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?

3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?

4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kiri), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?

5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?

6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?

8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kanan) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.

Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?

9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?

10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?

Sumber : *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

JEBAT_BERANI : KEHILANGAN ENJIN JET F-5E BUKAN SAHAJA MENUNJUKAN KELEMAHAN TUDM AKAN TETAPI JUGA MELIBATKAN KETIDAK TELUSAN PENTADBIRAN NEGARA...

KEHILANGAN ENJIN F-5E YANG BERLAKU 2 TAHUN LALU HAMPIR-HAMPIR 'DIHILANGKAN' DARI PENGETAHUAN RAKYAT OLEH INDIVIDU 'TERTENTU' DEMI MENJAGA KEPENTINGAN PIHAK 'TERTENTU' YANG TIDAK KITA KETAHUI....

KEGAGALAN KETUA AUDIT NEGARA MENGESAN PERKARA INI DALAM LAPORAN AUDIT NEGARA BAGI TAHUN 2007 DAN 2008 AMAT-AMAT MERAGUKAN..APAKAH LAPORAN AUDIT NEGARA TIDAK MELIBATKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN...ALASAN YANG DIKEMUKAN OLEH KETUA AUDIT NEGARA HAJI AMBRIN BIN BUANG BAHAWA KEMENTERIAN PERTAHANAN TIDAK MENGHANTAR LAPORAN ADALAH SANGAT-SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA..

APAKAH KETUA AUDIT NEGARA TIDAK MELAKUKAN APA-APA APABILA TIDAK MENERIMA LAPORAN DARI KEMENTERIAN PERTAHANAN YANG KETIKA ITU DIKETUAI OLEH NAJIB AL-TANTUYA...ATAU KETUA AUDIT NEGARA JUGA TERLIBAT UNTUK MELINDUNGI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB 'MENGHILANGKAN' ENJIN F-5E INI...KEGAGALAN KETUA AUDIT NEGARA MENJALANKAN TUGASNYA INI MENIMBULKAN BANYAK PERSOALAN DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG HARUS DIJAWAB BELIAU..

MENAMBAHKAN LAGI KEMUSKILAN BERKAITAN DENGAN KEHILANGAN ENJIN F-5E INI ADALAH PENANGKAPAN SEORANG SARJAN TUDM DAN SEORANG AWAM..APAKAH TIADA SEBARANG PENLIBATAN DARI PEGAWAI ATAS TUDM ATAU PUN DI PIHAK KEMENTERIAN PERTAHANAN..APAKAH BEGITU HEBAT PANGKAT SEOARAN SARJAN SEHINGGA BOLEH MEMBAWA KELUAR ENJIN PESAWAT F-5E TANPA MELIBATKAN PEGAWAI ATASAN...MALAH SEORANG SARJAN TUDM INI BERUPAYA MENYELUDUP KELUAR ENJIN F-5E INI KELUAR NEGARA TANPA DIKESAN OLEH PIHAK KASTAM..

DAN APA YANG LEBIH HEBAT ADALAH KEUPAYAAN SARJAN INI 'MENYEMBUNYIKAN' KEHILANGAN ENJIN F-5E INI SELAMA 2 TAHUN DARI PENGETAHUAN PIHAK TUDM DAN RAKYAT MALAYSIA....KEHEBATAN SARJAN INI MELAYAKAN BELIAU DIBERI PANGKAT TERTINGGI DALAM TUDM MALAH BOLEH DIANUGERAHKAN JUGA MALAYSIA BOOK OF RECORD KERANA BERJAYA MELEPASI KAWALAN KESELAMATAN TUDM BAGI MEMBAWA LARI ENJIN PESAWAT YG BEGITU BESAR...

APA-APA PUN KESIMPULANNYA HAMBA MENGHARAPKAN PANEL YANG DILANTIK MENYIASAT KEHILANGAN ENJIN F-5E INI AKAN MENYIASAT PERKARA INI DENGAN TELUS...RAKYAT MALAYSIA KESELURUHANNYA PERLU DIBERITAHU KEBENARAN DISEBALIK KEHILANGAN ENJIN F-5E INI....

PENGERUSI GERAK SUDAH MULA NAK 'BERGERAK'

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 23 — Jika pengerusi pertama Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menyertai Umno dua tahun lalu, penggantinya Mohd Nazree Mohd Yunus pula akan melangkah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok.

Nazree, 26, yang sebelum ini turut disebut-sebut akan mengikut langkah Ezam menyertai Umno, dikatakan sudah memutuskan untuk menganggotai PKR.

Perkara itu yang sepatutnya diumumkan pagi ini hanya akan dimaklumkan kepada umum tengah hari esok.

The Malaysian Insider difahamkan Nazree sudah mencapai keputusan muktamad untuk menyertai PKR dan telah selesai mengadakan perbincangan akhir dengan kepimpinan parti itu beberapa hari yang lalu.

Pun begitu Nazree (gambar) yang dihubungi lewat semalam enggan mendedahkan nama parti yang bakal beliau sertai.

Ketika ditanya bahawa PKR disebut-sebut sebagai parti pilihannya, Nazree berkata, “biar ia tinggal teka-teki (sehingga esok)... saya akan mengumumkan pada Ahad.”

“Apa yang boleh saya katakan adalah, saya telah dijemput untuk menghadiri satu sidang media di Kuala Lumpur pada Ahad ini,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui perbincangan mengenai perkara tersebut sudah selesai.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditanya mengenai perkara tersebut juga enggan memberi sebarang komen.

“Saya belum ada maklumat, bagaimanapun jika beliau hendak menyertai PKR, kami mengalu-alukan... kami mengalu-alukan sesiapa sahaja khususnya mereka yang boleh mendukung perjuangan PKR,” katanya.

Ezam, bekas ketua AMK menubuhkan Gerak dan kemudian menyertai Umno.

Bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melepaskan jawatan pengerusi Gerak untuk menyertai Umno pada Jun 2008.

Ezam juga memaklumkan The Malaysian Insider minggu lalu bahawa beliau tidak pernah mengajak Nazree agar menyertai parti politik.

Nazree, 26, sebelum ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau telah memaklumkan secara rasmi kepada barisan kepimpinan Gerak mengenai pendiriannya untuk menyertai parti politik secara sepenuh masa.

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan PAS dan Umno.

Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia menggariskan bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik.

Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain telah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.

Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada 21 Jan 2009, bertajuk “Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor” dan “Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor” pada 3 Feb 2009 berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi.

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA PENGERUSI GERAK SUDAH MULA 'BERGERAK'....JIKA BENAR TAHNIAH HAMBA UCAPKAN BUAT BELIAU...MUNGKIN DALAM MANA BELIAU MENYUARAKAN SALAH LAKU DAN AMALAN RASUAH YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG PERNAH DAN SEDANG MENTADBIR SELANGOR, AKHIRNYA BELIAU BERJUMPA DENGAN PARTI YANG BERJAYA 'MENAWAN HATI' BELIAU....

SEMOGA KETEGASAN DAN KETELUSAN BELIAU AKANBERTERUSAN WALAUPUN TELAH MENYERTAI PARTI POLITIK..DAN SUDAH TENTU JUGA KEMASUKAN BELIAU KEDALAM PARTI POLITIK PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBERI TAMPARAN KEPADA EZAM DAN JUGA BE-END....INI MEMPERLIHATKAN BAHAWA NAZRI TELAH MENOLAK BE-END DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGIKTIRAF PAKATAN RAKYAT SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG TELUS....

DAN BAGI EZAM PENGARUHNYA NYATA TIDAK MAMPU MEMPENGARUHI NAZRI...NYATA SEKALI NAZRI JUGA TELAH MENOLAK DAN TIDAK MENGIKTIRAF PEMIKIRAN EZAM SEBELUM INI...SYABAS BUAT ANAK MUDA INI...SEMOGA KEHADIRANNYA DALA PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG BERMAKNA BUKAN SAHAJA TERHADAP PARTI TAPI JUGA TERHADAP RAKYAT MALAYSIA.....

Saturday, January 23, 2010

9 MAHASISWA DITAHAN BANTAH PROSES PILIHANRAYA KAMPUS


Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.

Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja Laut sebelum berarak ke kompleks membeli belah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.
Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.
JEBAT_BERANI : APAKAH PARA PELAJAR INI TIDAK BOLEH BERFIKIR??SUDAH TENTU TIDAK!!PELAJAR INI MEMPERJUANGKAN HAK MEREKA YANG CUBA DICABULI OLEH PIHAK UNIVERSITY...MEREKA SEDAR JIKA TIDAK DARI SEKARANG MEREKA BERJUANG MENUNTUT HAK MEREKA,SUDAH PASTI APABILA MEREKA TAMAT BEKAJAR MEREKA AKAN MENJADI 'PRODUK' YANG HANYA TAHU MENGIKUT ARAHAN UMPAMA 'LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG' TANPA ADA SEMANGAT 'HANG JEBAT'(menegakkan kebenaran menentang kezaliman)TERUSKAN PERJUANGAN MU WAHAI PEWARIS NEGARA.....

"CAH KETING"..AMARAN BUAT PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Mursyidul Am Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada gabungan parti dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka akan dipulau atau sebaliknya oleh rakyat jika mengamalkan gejala tidak sihat, seperti cah keting, kronisme dan rasuah serta tidak prihatin kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak kekal dan diterima rakyat selamanya jika pemimpinnya tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

“Saya memberi ingatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya.

“Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan Anggota Parlimen Kapar, Selangor, di kediaman rasminya di JKR 10, di sini hari ini.

Hadir sama, anggota Parlimen kawasan itu, S. Manikavasagam dan Ketua PKR cawangan Kapar, Mohd Bakir Abd Wahab. –

Sumber : BERNAMA

JEBAT-BERANI : AMANAT TOK GURU NOK AZIZ INI PERLU DIAMBIL BERAT...SEBAGAI SEBUAT PARTI YANG KINI MULA MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT MALAYSIA SEHARUSNYA PARTI-PARTI POLITIK DALAM PAKATAN RAKYAT BERWASPADA DENGAN BUDAYA TIDAK SIHAT INI....

WALAUPUN BUDAYA "CAH KETING" INI BERLAKU DALAM MANA-MANA ORGANISASI DAN AGAK SUKAR UNTUK KITA MENGHAPUSKAN BUDAYA TIDAK SIHAT INI,KITA TIDAK SEHARUSNYA MEMBIARKAN IANYA BEGITU SAHAJA...JIKA PERKARA INI TIDAK DIAMBIL PERHATIAN ADALAH DIBIMBANGI KITA AKAN HILANG TUMPUAN DALAM MEMBERIKAN PERKHIMATAN YANG BAIK KEPADA RAKYAT...DAN AKIBAT NYA NANTI RAKYAT AKAN MULA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KITA...

"GOD BUKAN ALLAH" TG HAJI HADI NAFI LAPORAN AKHBAR

Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.

Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.

Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SEMUA PIHAK HARUS BERLAPANG DADA MENANGANI ISU KALIMAH ALLAH INI...SIKAP EMOSIONAL HANYA AKAN MERUGIKAN ISLAM DARI SUDUT DAKWAH...MALAH SIKAP EMOSIONAL HANYA AKAN MENCETUSKAN PERBALAHAN DAN AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN NEGARA KITA BERADA DALAM KEADAAN HURU HARA...

AKAN TETAPI JIKA IANYA DITANGANI SECARA RASIONAL MUNGKIN BANYAK KEBAIKAN YANG AKAN KITA PEROLEHI DARI ISU INI...MALAH BANYAK PIHAK YANG BOLEH KITA FAHAMKAN DENGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH INI...MAKA SEBAGAI ORANG ISLAM TUNJUKKANLAH PADA MEREKA(orang bukan islam) AKAN KECANTIKAN ISLAM...SEMOGA TERBUKA PINTU HATI MEREKA KEPADA ISLAM...

UNTUNG RM706.3 JUTA...TAPI TNB MASIH NAK NAIK BIL ELEKTRIK


TENAGA Nasional Bhd (TNB) meraih keuntungan bersih RM706.3 juta dalam suku pertama berakhir 30 November 2009, meningkat 174.8 peratus berbanding kerugian bersih RM944.1 juta dalam tempoh sama tahun kewangan lalu, berikutan peningkatan permintaan elektrik.

Tu dia untung sampai 700juta lebih tahun lepas...itu pon dok canang nak naik lagi takrif bil elektrik..pada aku hangpa nie memang mangkok hayun laa..biz lintah darat atas rakyat Malaysia. Bukan apa kalau ada saingan bab supply tenaga nie aku tak kesah..nie hangpa semangga hangpa jaa dok pulon generate tenaga dan dok pulon jual kat rakyat Malaysia...pusing kot mana pon kira rakyat wajib beli dengan hangpa jugak...ini dinamakan biz monopoli...

Kalau macam nie punya biz..kompom dapat kembung perut punya sebab tak ada saingan..cuba hangpa biz goreng pisang..kompon seminggu tutup punya..sebab ada saingan..dan hangpa jual mahal macam hangpa dok cekik darah rakyat lanie...sudah tentu orang tak kelapaq pie beli punya....

Alahai pemerintah Malaysia hangpa nie buta mata hati ka..? tak nampak lagi ka biz gila babi nie...!! Pada aku yg seorang rakyat yg bayaq cukai nie aku cadangkan wujudkan POWER PLANT SWASTA bagi ada saingan..jika tidak dengan keuntungan RM706juta nie pastikan ianya kembali kat rakyat dengan cara mengurangkan bil-bil yg hangpa dok gila nak penaik nie....RM700 juta nie untung bersih...kalau untung bersih namanya 100% dapat masuk poket sebab dah tolak dengan cukai, kos penyelenggaraan Plant, kos songlap, kos kroni, kos bonos..bla bla bla...

Jadi jika RM700juta nie di balik kan kepada rakyat sudah tentu bil tak akan jadi mahal punya...sebab keuntungan tu dapat menampung. TETAPI malangnya tak jadi macam tuu...saban tahun rakyat dicanang yg takrif akan naik sebab kos gas..kos arang batu.. kos auta..kos bla bla bla..itu pasai kena naik takrif...itu yg hangpa selalu canangkan...

Entah laa awat tak tau PEMIMPIN yg memperbodohkan Rakyat saban hari saban tahun macam nie pon ada yg dok sokongnya..lepas tu mati-mati plak mempertahankan PEMIMPIN tuu..taksub apa dia tak tau...entah laa mungkin BODOH kot..??

Luahan Ketidak puasan,
AnakKedah007
http://AnakKedah007.blogspot.com


JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SERBA-SERBI NAK DINAIKAN OLEH KERAJAAN '1MALAYSIA' NIE...BETUL-BETUL RAKYAT DIHAULUKAN(hakikatnya didungukan).....DAH UNTUNG MACAM TUE PUNYA BANYAK PUN STILL NAK BEBANKAN RAKYAT DENGAN MENAIKAN TAKRIF ELEKTRIK...

SEPATUTNYA KERAJAAN BERUSAHA UNTUK MENYENANGKAN RAKYAT..BUKAN MENYENANGKAN DIRI MEREKA DAN MEMBEBANKAN RAKYAT....HIDUP RAKYAT SEMAKIN HARI SEMAKIN TERSEKSA DENGAN BEBANAN KENAIKAN BERMACAM-MACAM HARGA BARANG TEMASUK JUGA PETROL....

KEMANA PERGINYA DUIT DAN KEKAYAAN NEGARA JIKA TIDAK MAMPU UNTUK MENYENANGKAN RAKYAT??APAKAH KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT INI HANYA TAHU MENYENANGKAN KRONI-KRONI MEREKA SAHAJA...BAGAIMANA DENGAN NASIB RAKYAT YANG MEREKA JANJI UNTUK PERJUANGKAN??

JANGAN SAMPAI RAKYAT MEMBERI TITIK NOKTAH KEPADA PERJUANGAN UM-NO/BE-END PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 NANTI,BARULAH UM-NO/BE-END HENDAK MELAKSANAKAN APA YANG TELAH MEREKA JANJIKAN KEPADA RAKYAT...KETIKA ITU TIADA GUNANYA LAGI....

KHIR TOYO SUDAH TERCEMAR??!!

Bekas Menteri Besar yang dituduh korup itu berkata, imej dan reputasinya telah tercemar teruk sejak Pakatan Rakyat merampas negeri itu pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Menurutnya, beliau telah dijadikan sasaran oleh musuh-musuh politiknya dalam BN mahupun pembangkang ekoran kekalahan parti itu di Selangor.

“Mereka melemparkan pelbagai macam tuduhan terhadap saya dan yang paling teruk mereka menuduh saya seorang pemimpin yang korup.

“Saya tidak takut dengan tuduhan-tuduhan tersebut tapi reputasi dan imej saya yang rosak itu tidak diperbaiki dan tiada jalan keluar bagi saya walaupun saya bersih,” katanya sambil menambah hati kecilnya yakin tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang menjadi menteri besar.

Biarpun kecewa dan terluka dengan tuduhan-tuduhan itu, Mohamed Khir berkata, beliau kini lebih bahagia daripada sebelum ini.

Katanya, pengundi-pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang mendapat khidmatnya yang lebih baik sekarang berbanding ketika beliau menjadi menteri besar.

“Saya punya banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga sekarang, berbanding ketika menjadi menteri besar, boleh dikatakan saya tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga,” ujarnya ketika ditemui sedang membersihkan sampah-sarap di sekitar Pasir Panjang (gambar).-

Sumber : http://bloglistpolitik.blogspot.com/

JEBAT_BERANI : IMEJ SI'TOYO' NIE MEMANG DAH TERCEMAR SEJAK DARI BELIAU MEMERINTAH SELANGOR SEBELUM INI...DAH IMEJNYA BERTAMBAH-TAMBAH TERCEMAR BILA UM-NO/BE-END SELANGOR KALAH DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-12 YANG LALU...

KEKAYAAN MELAMPAU BELIAU MEMBURUKKAN LAGI IMEJ BELIAU...DITAMBAH DENGAN PELBAGAI KEGAGALAN PROJEK-PROJEK BELIAU KETIKA MENJADI MB SELANGOR SEBELUM INI MELENGKAPKAN FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB IMEJ BELIAU SEMAKIN TERCEMAR...

NAMUN MANTAN MB SELNGOR INI UMPAMA ORANG TAK SEDAR DIRI APABILA MENGHENTAM PENTADBIRAN MB KHALID IBRAHIM TANPA MELIHAT REKOD PENTADBIRAN BELIAU SENDIRI..BELIAU ANTARA YANG LANTANG MENGKRITIK PELBAGAI PERANCANGAN YANG DIBUAT OLEH KHALID IBRAHIM BAGI MEMBANGUNKAN SELANGOR...

NAMPAKNYA KHIR YANG SUDAH GAGAL MEMBANGUNKAN DAN MEMAJUKAN SELANGOR KINI DILIHAT CUBA MENGHALANG PULA PEMBANGUNAN YANG CUBA DIBAWA OLEH MB KHALID IBRAHIM....INI LA PERANGAI UM-NONGOK KALAU NAK TAHU.....

SULTAN JOHOR MANGKAT

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan apan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.


Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam ini.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.

Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.

Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam ini waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi esok.

Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang esok.

Friday, January 22, 2010

KENAPA TLDM BOLEH TAPI TUDM TAK BOLEH??!!

Kapten kapal TLDM kena dakwa

Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my

LUMUT: Bekas Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura akan dihadapkan ke mahkamah tentera di sini pada 25 Januari ini berhubung kebakaran teruk kapal berkenaan sehingga tidak boleh digunakan lagi pada 8 Oktober tahun lalu.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata pegawai berpangkat Kapten yang sudah dimaklumkan mengenai perkara itu akan menghadapi dua pertuduhan dan dibenarkan mendapatkan peguam untuk membela diri.

"Pertuduhan itu tidak bermaksud orang itu bersalah tetapi dia harus membuat pembelaan malah kita juga akan membantu pegawai itu membuat pembelaan manakala mahkamah itu sendiri akan bersidang secara adil, sama seperti mahkamah sivil.

"Buat masa ini hanya seorang didakwa, tetapi kami masih terus menjalankan siasatan terperinci," katanya pada sidang media selepas melakukan Istiadat Pelucutan Tauliah KD Sri Inderapura dan Kapal Tunda Diraja (KTD) Sotong di Pangkalan TLDM Lumut di sini, semalam.

Kapal KD Sri Inderapura yang berusia 40 tahun dan banyak melakukan tugasan logistik dan operasi, mengalami kebakaran besar pada 8 Oktober tahun lalu dan kebakaran kedua sehari kemudian, mengakibatkannya tidak dapat beroperasi lagi dan kini sebahagian daripada buritannya sudah tenggelam di perairan Lumut.

Abdul Aziz berkata, pertuduhan itu dibuat kerana sudah menjadi tradisi TLDM bahawa pegawai memerintah harus bertanggungjawab dalam memastikan aset negara dalam jagaannya berada dalam keadaan baik dan selamat.

Katanya, kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana kapal tetapi kehilangan sebuah kapal akibat kebakaran adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh pasukan itu.

"Punca sesuatu kejadian mungkin pelbagai seperti sistem kapal tidak berfungsi dengan baik, anggota tidak bersemangat tinggi atau sebagainya, tetapi pada akhirnya, pegawai memerintah sesebuah kapal itu perlu bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pelucutan tauliah KD terhadap Sri Inderapura dilakukan bagi membolehkan kerja pelupusan aset berkenaan dilakukan oleh Kementerian Pertahanan.

Katanya, TLDM mencadangkan kapal berkenaan dijual sebagai besi buruk dengan mana-mana bahan yang masih elok dan menjadi simbol kapal diambil untuk dijadikan artifak sejarah.

Beliau berkata, cadangan menjadikannya sebagai tukun tiruan mungkin tidak sesuai kerana Sri Inderapura merupakan kapal besi yang mempunyai banyak bahan karat dan kakisan yang boleh mendatangkan kerosakan pada sistem ekologi serta alam sekitar jika ditenggelamkan.

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : KALAU PEGAWAI TLDM BOLEH DIDAKWA MENGAPA PEGAWAI TUDM BOLEH TERLEPAS DARI DAKWAAN KECUAIAN SEHINGGA MENYEBABKAN ENJIN PESAWAT PEJUANG F-5E BOLEH DICURI....APAKAH ADA PENGECUALIAN BUAT ANGGOTA TUDM DARI DIDAKWA??

KERAJAAN PERLU MENJELASKAN KEPADA RAKYAT BAGAIMANA ENJIN PESAWAT F-5E YANG HILANG 2 TAHUN LALU BARU KINI DIBONGKAR?...DAN BAGAIMANA ENJIN ITU BERJAYA DISELUDUP KELUAR NEGARA HANYA OLEH ANGGOTA TUDM BERPANGKAT SARJAN??

JANGAN SAMPAI RAKYAT HILANG KEYAKINAN KEPADA PASUKAN KESELAMATAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN NEGARA...KERAJAAN PERLU TELUS MENYIASAT AKAN KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E INI DAN MEREKA YANG TERLIBAT PERLU MENERIMA HUKUMAN YANG SEWAJARNYA...

MINYAK NAIK: BETUL-BETUL ATAU COBAAN??!!

Bersedia untuk naik minyak

Angkasanuri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini.

Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan.

Jadi pengumuman kerajaan sebelum Mei nanti sudah boleh dijangka, harga minyak akan naik! Kecualilah, kalau betul-betul rakyat didahulukan dan gimik menjadi juara rakyat diutamakan maka harga minyak akan turun.

Bila harga minyak naik maka faham-fahamlah, harga barang akan melambung dan seterusnya inflasi akan meningkat. Tetapi yang peliknya, menteri yang sama kelmarin berkata harga barang dijangka tidak naik lagi selepas ini.

Tak tahulah siapa penasihat ekonomi menteri ini atau menteri ini memang tak belajar bab ekonomi.

Bila harga minyak naik, kita wajar beterima kasih kepada kerajaan 1Malaysia kerana berterusan menjaga kebajikan rakyat agar kita terus berterima kasih dan mengundi parti juara rakyat ini pada pilihanraya umum akan datang.

Maka semua rakyat di negara ini perlu bersiap sedia untuk naik minyak!

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : 'JUARA RAKYAT'.....SLOGAN YANG TAK MEMBAWA SEBARANG MAKNA BUAT RAKYAT...SEPATUTNYA SLAGON INI DITUKAR KEPADA 'JAHANAM RAKYAT'....UM-NO /BE-END NAMPAKNYA SEMAKIN HARI SEMAKIN ANGKUH MENEKAN RAKYAT....MEREKA SEOLAH-OLAH MERASAKAN BAHAWA RAKYAT TIDAK MAMPU MELAKUKAN APA-APA DIATAS PERBUATAN MEREKA INI...

JANGAN RISAULAH WAHAI UM-NO/BE-END....RAKYAT PASTI AKAN 'MENGADILI' KAMU PADA PILHANRAYA UMUM KE-13 NANTI...KETIKA ITU TAK PERLULAH KAMU BERSUSAH PAYAH BERJANJI MANIS DENGAN RAKYAT KERANA RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN 'GULA-GULA- UM-NO/BE-END NIE....