WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, January 6, 2010

ENJIN F-5E : KAMBINGHITAM HANYA SEORANG SARJAN??

Enjin jet F-5E hilang: Dua termasuk sarjan TUDM didakwa hari ini

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007.

Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 atas tuduhan melakukan kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi.

Orang awam berusia 36 tahun yang merupakan pengarah di syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan itu pula didakwa di bawah Seksyen 414 kanun sama.

Kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dalam pertuduhan itu, lelaki awam itu dikatakan diwakili peguam, Pritam Singh Doal.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di sini malam ini mengesahkan mengenai pendakwaan sarjan TUDM dan pengarah syarikat itu esok.

"Siasatan menunjukkan kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persubahatan anggota tentera berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin itu yang diketahuinya harta curi," katanya.

Pendakwaan itu adalah yang pertama berhubung kes kehilangan enjin F-5E itu.

Pada Jun dan November 2007, dua enjin F-5E berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara manakala enjin kedua sebaik meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara.

Ia dipercayai dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, 4 Ogos 2008.

Gani dalam sidang akhbarnya semalam memaklumkan, polis telah melengkapkan siasatan kes itu dan beliau berpuas hati dengan hasilnya yang mendapati tiada pegawai tinggi tentera terlibat.

Lokasi terakhir enjin pesawat itu dikesan adalah di Uruguay.

Sumber : Utusan meloya

JEBAT_BERANI : SEORANG SARJAN ASKAR RUPANYA SANGAT BERKUASA DALAM TUDM SEHINGGA BERUPAYA MEMBAWA KELUAR ENJIN JET PEJUANG TANPA PERLU MEMDAPATKAN KELULUSAN DARI PEGAWAI ATASAN...

DAN LEBIH HEBAT LAGI SEORANG YANG HANYA BERPANGKAT SARJAN DALAM TUDM MAMPU BERURUSAN DENGAN EJEN LUAR NEGARA BAGI MEMBELI ENJIN JET PEJUANG INI..SARJAN INI DILIHAT SANGAT HEBAT KERANA MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN AGEN LUAR SEOLAH-OLAH BELIAU MEMPUNYAI KEHEBATAN SEPERTI SEORANG MENTERI PERTAHANAN...

KEHEBATAN SARJAN TUDM INI PASTINYA MEMBUKA MATA RAMAI LAGI SARJAN-SARJAN DALAM ANGKATAN TENTERA..JIKA SEBELUM INI FILEM LAKONAN P RAMLEE IAITU SARJAN HASSAN TELAH MENGANKAT MARTABAT
SEORANG ASKAR BERPANGKAT SARJAN...KEHEBATAN SARJAN TUDM INI PASTINYA AKAN MEMBERI MOTIVASI KEPADA LAIN-LAIN SARJAN DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA..

KEHEBATAN SARJAN INI JUGA TERSERLAH APABILA KEHILANGAN ENJIN JET PEJUANG INI YANG DICURI PADA 2007 HANYA 'TERBONGKAR' PADA PENGHUJUNG 2009 SETELAH 2 TAHUN PERKARA ITU BERLAKU...SELAIN ITU KEHEBATAN SARJAN ITU JUGA TERSELAH KERANA KEHILANGAN ENJIN JET PEJUANG INI GAGAL DIKESAN OLEH KETUA AUDIT NEGARA DALAM LAPORAN AUDITNYA PADA TAHUN 2007 DAN 2008...

DENGAN KEUNTUNGAN MENCECAH RM100 JUTA HASIL PEJUALAN ENJIN JET ITU,PASTINYA SARJAN TERSEBUT HIDUP MEWAH DAN SENANG LENANG....MALAH SARJAN TERSEBUT JUGA BOLEH BESARA AWAL DARI TUDM TANPA PERLU MENGHARAPKAN DUIT PENCENNYA NANTI....

KEHEBATAN SARJAN INI JUGA MERUPAKAN SATU TAMPARAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI TUDM YANG LAIN KERANA MEREKA SENDIRI TIDAK MAMPU MELAKUKAN PERKARA 'SEHEBAT' YANG DILAKUKAN OLEH SARJAN INI...OLEH ITU PEGAWAI-PEGAWAI TUDM BERMULA DARI LEFTENAN MUDA HINGGALAH KE ATAS PATUT BERASA MALU KERANA MEREKA DIKALAHKAN OLEH ANGGOTA TUDM YANG HANYA BERPANGKAT SARJAN.....

P/S : JEBAT_BERANI TABIK SARJAN NIE...KUANG,KUANG,KUANG

1 comment:

  1. Hebat sarjan tu,boleh curi benda yg dijaga rapi.
    Apa kata lepasni kerajaan arahkan pegi curi jet tentera Amarika yg paling canggih kemudian bawak balik ke Malaysia,tak payah beli jimat duit.hahaha

    ReplyDelete